Tribunal Ewa Jasiewicz dan Frank Barat Russell tentang Palestin.

Ahad, 21/03/2010 – Sesi pertama Tribunal Russell tentang Palestin (RTP) telah dijalankan di Barcelona, Sepanyol pada awal bulan ini. RTP merupakan inisiatif masyarakat menggunakan undang-undang untuk secara sistematik mengheret mereka yang bertanggungjawab ke atas kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia secara berterusan terhadap penduduk Palestin. Kesatuan Eropah (EU) sedang menghadapi pertuduhan sekarang. Perbicaraan yang baru … Read moreTribunal Ewa Jasiewicz dan Frank Barat Russell tentang Palestin.

150 cedera bertempur pertahan Masjid al-Aqsa.

Ahad, 21/03/2010 – Seramai 150 rakyat Palestin cedera setelah pertempuran berterusan berlaku semenjak waktu Subuh dengan pasukan keselamatan Zionis di beberapa kawasan di Tebing Barat dan bandar al-Quds, setelah pihak Zionis mengisytiharkan pembukaan apa yang didakwa sebagai Kuil Yahudi al-Kharab di bandar al-Quds. Beberapa sumber perubatan seperti Palang Merah dan Persatuan Sukarelawan Arab memberitahu Pusat … Read more150 cedera bertempur pertahan Masjid al-Aqsa.

Ribuan protes di Gaza.

Ahad, 21/03/2010 – Ribuan rakyat mengikuti demonstrasi di Semenanjung Gaza hari ini untuk memprotes pembukaan semula sebuah rumah ibadat abad ke-17 di Baitulmaqdis. “Dengan darah kami, dengan jiwa kami, kami korban untuk anda, Baitulmaqdis,” teriakan dari orang ramai yang kebanyakannya pelajar sekolah saat mereka melambaikan bendera Palestin dan mengangkat poster-poster “Dome of the Rock” di … Read moreRibuan protes di Gaza.

Israel sahkan cadangan penempatan baru di Al Quds.

Ahad, 21/03/2010 – Jawatankuasa Cadangan dan Bangunan Israel teleh bersetuju cadangan baru pembangunan penempatan di bandar al-Quds. Cadangan itu dipersetujui ketika seluruh rakyat Palestin menolak cadangan penembatan baru Zionis ini. Pihak Zionis bercadang membina sebanyak 1600 unit rumah. Cadangan itu turut mendapat persetujuan Amerika. sumber : COMES penterjemah : Abu Awatif

5 cedera bertempur dengan rejim Zionis mempertahankan Baitulmaqdis

Ahad, 21/03/2010 – Sekurang-kurangnya lima orang tercedera tengahari Selasa lalu dalam pertempuran antara penduduk Palestin dan tentera Israel di desa Ni’lin, Ramallah, Tebing Barat selepas orang ramai mengadakan tunjuk perasaan bagi mempertahankan Baitulmuqaddis. Salah Al-Khawaja, jurucakap Jawatankuasa Rakyat terhadap tembok di Ni’lin, berkata: “ratusan warga desa dan mahasiswa terlibat dalam demonstrasi massa untuk kempen mempertahankan … Read more5 cedera bertempur dengan rejim Zionis mempertahankan Baitulmaqdis

Eva Bartlett mengikut jejak Rachel Corrie.

Ahad, 21/03/2010 – Hari ini adalah ulangtahun ke tujuh kematian Rachel Corrie, sukarelawan 23 tahun Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) yang dilanggar jentolak Israel ketika dia cuba menghentikan pemusnahan sebuah rumah di Semenanjung Gaza. Ibubapanya, Cindy dan Craig Corrie, masih merjuang supaya kerajaan bertanggungjawap, dan berada di mahkamah Israel minggu ini dengan kes sivilnya. Bagi ramai … Read moreEva Bartlett mengikut jejak Rachel Corrie.

Pelajaran dan perjuangan di Festival Filem Ann Arbor Palestin.

Festival Filem Ann Arbor Palestin kali kedua telah dirasmikan pada Rabu lepas, 10 Mac 2010, dengan menayangkan filem Pomegranates and Myrrh. Festival filem sperti itu merupakan satu fenomena baru yang semakin berkembang di seluruh Amerika Syarikat. Ikuti wawancara penyumbang Electronic Intifada, Jimmy Johnson dengan penganjur festival iaitu Henna Ashraf, Ryah Aqel, Lauren Thams serta pengarah … Read morePelajaran dan perjuangan di Festival Filem Ann Arbor Palestin.

Bedah siasat terhadap Rachel oleh Israel mengaku langgar perintah.

Ahad, 21/03/2010 – Hari kedua perbicaraan saman keluarga Rachel terhadap kerajaan Israel menyaksikan Dr. Yehuda Hiss pegawai forensik Israel mengaku melanggar perintah mahkamah yang mahu seorang pegawai dari kedutaan Amerika berada disamping beliau semasa beliau melakukan bedah siasat terhadap jasad Rachel. Beliau bertindak demikian kerana ianya menentang polisi beliau sendiri yang tidak mengizinkan mereka yang … Read moreBedah siasat terhadap Rachel oleh Israel mengaku langgar perintah.

Netanyahu menjadi duri antara AS dan penyokong sayap kanan.

Ahad, 21/03/2010 – Rabu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan kepada Kabinet bahawa pengumuman rancangan perumahan baru Yahudi di persekitaran Baitulmuqaddis Timur dianggap kurang tepat pada waktunya sempena kunjungan oleh Timbalan President Joseph R. Biden Jr minggu lalu yang dianggap “disesalkan” dan “menyakitkan. Netanyahu juga mengatakan bahawa kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk “menyemak … Read moreNetanyahu menjadi duri antara AS dan penyokong sayap kanan.

Hari Marah: Intifadah (kebangkitan) meletus di bandar al-Quds

Ahad, 21/03/2010 – Ratusan penduduk dalam bandar al-Quds menunaikan solat subuh Selasa lepas bersebelahan Masjid al-Aqsa, atau lebih tepat di sisi pintu al-Asbat, setelah pihak keselamatan Zionis menghalang sesiapa yang berumur kurang daripada 50 tahun daripada bersembahyang di dalam Masjid al-Aqsa. Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media … Read moreHari Marah: Intifadah (kebangkitan) meletus di bandar al-Quds

Hamas anjur demo membela Al-Quds.

Ahad, 21/03/2010 – HAMAS minggu lepas telah¬† menganjur dan menggesa untuk seluruh rakyat Palestin agar sama-sama berdemo di Gaza. Demo itu bertujuan untuk memberi isyarat kepada dunia agar membela dan menolak kekerasan apa yang berlaku di bandar al-Quds dan masjid al-Aqsa.¬† Demo kali ini akan turut disertai oleh pelbagai peringkat pimpinan di Palestin. sumber : … Read moreHamas anjur demo membela Al-Quds.

Isteri berusaha mencari suami yang hilang selama 2 bulan

Ahad, 21/03/2010 – Hari ini adalah hari yang luar biasa, seperti mana hari-hari perang apabila artileri Israel menembak rumah Yosra Abu El Hussein di Rafah, utara Semenanjung Gaza. Yosra, 39 dan 10 anaknya meninggalkan rumah tetapi suaminya Ateya, 44, menolak dan berkeras untuk tinggal di rumahnya sendiri. “Aku tidak akan meninggalkan rumahku kepada mereka (Israel), … Read moreIsteri berusaha mencari suami yang hilang selama 2 bulan

Kanak kanak Gaza berjuang untuk terus hidup

Ahad, 21/03/2010 – Omsyatte memakai pakaian seragam hijaunya dan berhati-hati memanjat meja di bahagian depan kelasnya. Sipemalu 12 tahun itu memegang gambar cerah dan mula menerangkan kepada rakan sekelasnya apa yang dia lukis. Senario sebegini berlaku di seluruh dunia, tetapi terdapat perbezaan ketara: Gambar Omsyatte tidak menggambarkan percutian keluarga, atau kegembiraan aktiviti luar sekolah, tetapi … Read moreKanak kanak Gaza berjuang untuk terus hidup

Zionis puji peranan pihak keselamatan Abbas di Tebing Barat.

Rabu , 17/03/2010 – Kerajaan Zioins-Israel hari ini memuji Mahmod Abbas di atas pihak keselamatann tajaannya yang banyak menangkap ahli HAMAS. Dengan adanya pihak keselamatan Abbas ini, banyak membantu Zionis-Israel dalam berdepan dengan HAMAS. Seorang komander Zionis, Jeneral Evi Mezrahi menyatakan peranan pihak keselamatan Abbas memberi kesan yang signifikan. Pihak Zionis-Israel tidak akan membiarkan HAMAS … Read moreZionis puji peranan pihak keselamatan Abbas di Tebing Barat.

Persatuan guru-guru Palestin mengecam tindakan PA memotong gaji 2000 guru.

Rabu , 17/03/2010 – Persatuan Guru-gurur Palestin mengecam keras Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah dan kerajaan yang membelakangkan perlembagaan kerana telah memotong gaji dua ribu guru di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat atas alasan sekutu politik mereka. Dekan guru Hamdi Abu Layla disebut dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di bandar Gaza sebagai melindungi … Read morePersatuan guru-guru Palestin mengecam tindakan PA memotong gaji 2000 guru.