Israel akan mengeluarkan laporan baru membela serangan terhadap masjid.

Selasa , 09/03/2010 – Pasukan rejim Zionis akan mengeluarkan penemuan-penemuan baru mengenai mogok di Masjid Ibrahim Al-Maqadma sepanjang Operasi mereka di Gaza tahun lalu, dalam usaha untuk menyangkal dakwaan Laporan Goldstone yang menyatakan Israel mensasarkan serangan terhadap orang awam. Laporan tersebut menyatakan bahawa insiden itu adalah bukti penting untuk tuduhan bahawa rejim Zionis sengaja mensasarkan … Read moreIsrael akan mengeluarkan laporan baru membela serangan terhadap masjid.

Para penjaga penjara Israel melancarkan operasi pencarian terbesar di Hadarim.

Isnin , 08/03/2010 – Selasa lalu, Pusat pengajian tahanan menyatakan bahawa satu Pasukan khas telah bergabung dengan pihak berkuasa penjara Israel melancarkan operasi pencarian terbesar ke atas sejumlah sel-sel tahanan di dalam penjara Hadarim selama bertahun-tahun. Pengarah pusat Ra’fat Hamdona mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa puluhan pasukan khas tersebut berpecah menjadi sembilan bilik di bangsal … Read morePara penjaga penjara Israel melancarkan operasi pencarian terbesar di Hadarim.

Rundingan damai bermula Ahad, Sidang Abbas dan Perez di Rom.

Isnin , 08/03/2010 – Akhbar berbahasa Ibrani, Herts menjangkakan rundingan tidak langsung antara kerajaan Zionis dengan pihak berkuasa Ramallah yang diketuai oleh Mahmud Abbas (yang sudah tamat tempoh pemerintahannya) mungkin bermula lebih awal, pada hari Ahad akan datang, setelah Abbas menerima persetujuan beberapa buah negara Arab untuk memulakannya. Akhbar itu mengatakan utusan Amerika di Timur … Read moreRundingan damai bermula Ahad, Sidang Abbas dan Perez di Rom.

Terowong Rafah runtuh, pemuda Gaza terkorban.

Isnin , 08/03/2010 – Seorang pemuda Palestin terbunuh malam Rabu lalu dalam kejadian terowong runtuh di selatan Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Muhammad Subhi Al-Najjar, 18, terbunuh dalam satu runtuhan terowong berdekatan kejiranan Alqeshout di Rafah. Menurut laporan pemuda itu yang tinggal di kawasan Al-Brazil, telah disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Abu Yousef Al-Najjar … Read moreTerowong Rafah runtuh, pemuda Gaza terkorban.

600 unit penempatan akan dibina di kawasan penaklukan Baitulmuqaddis timur.

Isnin , 08/03/2010 – Menurut laporan Haaretz pada hari jumaat lalu, Pemerintah pendudukan Israel bercadang membina 600 unit penempatan baru untuk diduduki di Baitulmuqaddis timur. Suruhanjaya perancangan daerah telah meluluskan rancangan untuk menambah 600 unit perumahan berhampiran mukim Pisgat Zeev. Bilangan itu telah diskalakan semula menjadi 600 daripada 1,100 buah asalnya selepas didedahkan bahawa sebahagian … Read more600 unit penempatan akan dibina di kawasan penaklukan Baitulmuqaddis timur.

Tentera Israel ceroboh timur Rafah di Gaza.

Jumaat , 05/03/2010 – Tentera Israel menceroboh timur Rafah pada hari Rabu berdekatan dengan pos sempadan Karem Abu Salem. Sumber dari pasukan keselamatan memberitahu beberapa buah kereta kebal dan jentolak masuk dan memusnahkan kawasan di sekitar pos sempadan Karem Abu Salem. Beberapa buah pasukan tentera khas Israel juga menyertai pencerobohan tersebut yang diawasi helikopter diudara. … Read moreTentera Israel ceroboh timur Rafah di Gaza.

PM Israel masih menunggu Hamas untuk pertukaran tahanan.

Jumaat , 05/03/2010 – Israel masih menunggu jawapan dari Hamas, tiga bulan selepas menawarkan untuk pertukaran tahanan bagi tentera-tentera yang ditawan di Gaza, menurut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu Selasa lalu. “Sehingga hari ini, tiga bulan telah berlalu dan kita belum menerima jawapan dari Hamas,” Netanyahu memberitahu sidang parlimen tertutup komiti hubungan luar dan pertahanan, menurut … Read morePM Israel masih menunggu Hamas untuk pertukaran tahanan.

Haneyya: Kami tidak akan layan rundingan dengan Zionis.

Jumaat , 05/03/2010 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan kerajaannya tidak akan melayan rundingan dengan regim Zionis sama ada secara rahsia atau terang-terangan, secara langsung atau tidak langsung, sambil mengatakan bahawa kerajaannya tidak akan memperakui mana-mana perunding untuk membuat rundingan dengan pihak Zionis ketika serangan dilancarkan terhadap bandar al-Quds dan al-Aqsa. Ia juga akan … Read moreHaneyya: Kami tidak akan layan rundingan dengan Zionis.

Lagi daerah Palestin dicerobohi.

Jumaat , 05/03/2010 – Pasukan tentera penceroboh Israel Rabu lalu telah memasuki daerah-daerah berbeza di Hebron, Tebing Barat namun tiada tangkapan dilaporkan. Sumber keselamatan mengatakan pasukan penceroboh Israel telah memasuki bandar Saeer dan Al-Shyoukh , timur laut Hebron dan membuat rondaan di jalanraya.Pemeriksaan pasukan penceroboh Israel hampir setiap hari dibuat di sekitar Hebron bagi melakukan … Read moreLagi daerah Palestin dicerobohi.

Hamas: Mossad Ada kepentingan dengan pembunuhan Mabhuh.

Jumaat , 05/03/2010 – HAMAS menafikan bahawa pihaknya telah menuduh terdapat beberapa negara Arab kerana terlibat dalam pembunuhan Mahmud Mabhuh dan pernah memburu Mabhuh sebelum beliau dibunuh di Dubai. HAMAS tegas menyalahkan Mossad yang merancang pembunuhan ini. HAMAS turut menyatakan, “Kami menyeru kepada media massa agar tidak memainkan dan terperangkap dengan isu dan mengalih tumpuan … Read moreHamas: Mossad Ada kepentingan dengan pembunuhan Mabhuh.

Pertambahan terowong haram bahayakan al-Quds.

Khamis , 04/03/2010 – Ahli parlimen Nablus, Muna Mansur melahirkan kebimbangan keadaan kawasan al-haram Ibrahimi yang berada dibawah pengawasan Zionis-Israel. Keadaan ini turut mengganggu masjid al-Aqsa. Kerja-kerja penggalian oleh Zionis-Israel ini berujuan jahat. Sokongan dan dokongan rakyat Palestin tidak akan mematikan semangat juang mempertahankan al-Quds. Dalam pada itu, Muna kecewa apabila ada pihak yang sengaja … Read morePertambahan terowong haram bahayakan al-Quds.

Israel buka 2 pintu sempadan Gaza.

Khamis , 04/03/2010 – Penjajah Israel pada hari Selasa telah membuka 2 pintu sempadan Karem Abu Salem dan Al-Montar bagi membolehkan bekalan makanan dan bahan api yang terhad di bawa masuk ke Gaza. Raed Fattouh, pegawai sempadan Palestin, berkata penjajah Israel telah membenarkan 93-103 buah trak yang membawa bekalan dan bahan-bahan komersil dan pertanian termasuk … Read moreIsrael buka 2 pintu sempadan Gaza.

Goldstone gagal cabar tujuan pencerobohan ke atas Gaza.

Khamis , 04/03/2010 – Richard Silverstein merupakan salah seorang pemilik blog yang terbaik yang menulis berkaitan Israel. Baru-baru ini beliau telah diwawancara oleh stesen tv Seattle (Washington State) berkenaan laporan Goldstone. Wawancara tersebut boleh diakses di blog Silverstein – Tikun Olam. Wawancara yang panjang itu berbaloi untuk ditonton kerana beliau mempertahankan laporan Goldstone dengan berani, … Read moreGoldstone gagal cabar tujuan pencerobohan ke atas Gaza.

Haneyya minta Sidang Kemuncak Arab berbincang tentang tahanan Palestin.

Khamis , 04/03/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menyeru agar sidang kemuncak Arab yang akan diadakan di ibu negara Libya hujung bulan ini untuk mengusulkan isu Tahanan Palestin di dalam Penjara Rejim Israel. Haneyya, di dalam ucapan Selasa lalu untuk merasmikan kempen nasional bagi mempertahankan hak-hak tahanan, telah meminta para pemimpin Arab untuk mempersoalkan tentang … Read moreHaneyya minta Sidang Kemuncak Arab berbincang tentang tahanan Palestin.

Drama 90 episod “Sleepless in Gaza … and Jerusalem” berada di dalam laman Youtube untuk tontonan.

Khamis , 04/03/2010 –Isnin lalu menandakan episod utama 90 siri drama yang berjudul “Sleepless in Gaza … and Jerusalem,” yang di dalamnya memaparkan kehidupan empat wanita Palestin, Muslim dan Kristian dengan sebuah pendekatan humanistik baru bagi membincangkan masalah Palestin kepada media global. Dua wanita tersebut yang tinggal di Gaza dan dua lagi di Tebing Barat … Read moreDrama 90 episod “Sleepless in Gaza … and Jerusalem” berada di dalam laman Youtube untuk tontonan.