Kapal Bantuan Iran Akan Berangkat Ahad Ini.

Khamis, 24/06/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bertekad mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang akan bergerak Ahad ini (27/06) diberi nama “Kapal untuk Anak-anak Gaza”. Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Abdul Rauf Habib Zada, menyatakan, Selasa (22/6), persatuannya akan mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 … Read moreKapal Bantuan Iran Akan Berangkat Ahad Ini.

Pemuda Palestin ditahan selepas dibebaskan sebulan yang lalu w/pun telah menjalani hukuman 8 tahun.

Rabu, 23/06/2010 – Rejim Zionis telah menangkap/menahan seorang pemuda daripada bandar Nablus hari ini selepas/sejurus/setelah membebaskannya sebulan yang lalu/lepas. Pemuda tersebut telah menjalani hukuman 8 tahun di dalam penjara Israel selepas dibebaskan pada kali pertama. Sumber-sumber Palestin telah berkata bahawa Mazen Aldanbak, 34, merupakan ahli gerakan Fatah di Nablus. Kuasa pendudukan Israel telah membebaskannya pada … Read morePemuda Palestin ditahan selepas dibebaskan sebulan yang lalu w/pun telah menjalani hukuman 8 tahun.

PBB akan mendesak penarikan semula sekatan Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Penarikan penuh sekatan ke atas Gaza akan memberikan peluang wilayah itu untuk dibangunkan semula, demikian menurut agensi PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin pada hari Isnin, sehari selepas kerajaan haram Israel berkata akan mengundurkan kawalannya. Kerajaan haram Israel, yang menutup laluan di perairan wilayah Gaza untuk menghalang Hamas daripada mendapatkan senjata, … Read morePBB akan mendesak penarikan semula sekatan Gaza

Semalam Hari Pelarian Antarabangsa

Rabu, 23/06/2010 –Pusat Biro Statistik Palestin (PCBS) mengeluarkan sebuah laporan berkaitan status pelarian-pelarian Palestin di seluruh dunia sempena Hari Pelarian Antarabangsa yang jatuh pada 20 Jun. Taburan terkini sejumlah 4.8 juta penduduk Palestin yang menjadi pelarian (menurut laporan UNRWA) adalah seperti berikut : 41.6% di Jordan, 23.2% di Semenanjung Gaza, 16.3% di Tebing Barat, 10.0% … Read moreSemalam Hari Pelarian Antarabangsa

Wanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel

Rabu, 23/06/2010 – Pusat Pengajian dan Perundingan Al-Zayouna merupakan organisasi Lebanon yang terlibat dalam kajian strategik dan futuristik terhadap masyarakat Arab dan dunia Muslim, (memberi penekanan) terhadap isu Palestin. Pada awal tahun 2010, ia telah menerbitkan siri kedua iaitu “Am I Not a Human”. Sebuah laporan “The suffering of Palesinian Woman Under the Israeli Occupation”, … Read moreWanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel

Warga Palestin, Israel Kritik Pentadbiran Israel

Rabu, 23/06/2010 – Keputusan Israel untuk mengurangkan kepungan atas Gaza telah dikritik Palestin yang mengatakan itu tidak cukup dan Israel sebenarnya takut itu akan menguatkan lagi Hamas di wilayah itu. Pentadbiran barat, bagaimanapun, termasuk Amerika Syarikat, telah memuji langkah itu sebagai langkah ke arah yang benar. Presiden Palestin Mahmud Abbas, yang telah terbatas kuasa di … Read moreWarga Palestin, Israel Kritik Pentadbiran Israel

Rusia tuntut Zionis segera batalkan sekatan terhadap Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Kementerian Luar Rusia menyeru regim Zionis agar membatalkan segera sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza dengan mengambil langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan tragedi dan kesengsaraan kemanusiaan yang berlaku di Gaza yang telah dikepung untuk tahun keempat berturut-turut. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berkata, Menteri Luarnya, Sergei Lavrov melalui panggilan telefon … Read moreRusia tuntut Zionis segera batalkan sekatan terhadap Gaza

Israel melancarkan kempen kebencian terhadap Arab

Rabu, 23/06/2010 – Lebih daripada setengah juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah yang diduduki sejak 1948 sangat gembira untuk hidup dengan tenang selama setahun dengan kurangnya gangguan daripada pendatang Israel, di mana dunia telah mengiktiraf pendatang-pendatang tersebut untuk menduduki wilayah ini dan mendiaminya serta mengganggu penduduk asal. Penduduk Palestin yang telah menduduki wilayah ini … Read moreIsrael melancarkan kempen kebencian terhadap Arab

Parlimen Eropah menuntut penghentian kepungan keatas Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Parlimen Eropah mengeluarkan resolusi bersama menuntut penghapusan segera kepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, serta (menuntut supaya) membuka laluan laut, di samping mengutuk pembunuhan Zionis ke atas aktivis keamanan antarabangsa yang berada di kapal armada, kebebasan dua minggu yang lalu. Rami Abdoh, salah seorang ahli “kempen Eropah untuk menghapuskan kepungan atas … Read moreParlimen Eropah menuntut penghentian kepungan keatas Gaza

Sabri : Pengusiran Perwakilan al-Quds adalah permulaan kepada dasar Penghijrahan

Rabu, 23/06/2010 – Pengerusi Hal Ehwal Islam dan Khatib Masjid al-Aqsa, Syeikh Sabri menganggapkan keputusan pasukan penjajah Zionis mengusir Perwakilan Penduduk dari bandar Baitulmaqdis, sebagai langkah permulaan kepada dasar penghijrahan yg merupakan pelaksanakan kepada resolusi ketenteraan (1195) yang zalim. Dia berkata “Jika pasukan penjajah berjaya dalam pelaksanaan resolusi ini, serta mengusir empat tokoh, ianya akan … Read moreSabri : Pengusiran Perwakilan al-Quds adalah permulaan kepada dasar Penghijrahan

Mitchell akan berjumpa Barak pada Khamis ini

Selasa, 22/06/2010 – Sumber Israel memaklumkan bahawa Diplomat Amerika ke Timur Tengah, George Mitchell akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan kerajaan haram Zionis, Ehud Barak dan beberapa pegawai rejim Zionis pada Khamis ini. Mitchell akan tiba di negara itu pada malam Rabu untuk memulakan rundingan baru dengan pegawai-pegawai rejim Zionis, bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas … Read moreMitchell akan berjumpa Barak pada Khamis ini

Abbas kepada diplomat AS : Kepungan mesti dihentikan

Selasa, 22/06/2010 – Bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat lepas memberitahu diplomat AS, George Mitchell bahawa AS mesti memberi tekanan kepada rejim Zionis untuk menghentikan kepungan ke atas Semenanjung Gaza. “(Bekas) Presiden Abbas menekankan dalam mesyuarat itu betapa pentingnya usaha AS diteruskan untuk menghentikan kepungan ke Gaza,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada … Read moreAbbas kepada diplomat AS : Kepungan mesti dihentikan

Terdesak Mencari rekrut, Warga Asing Jadi Sasaran

Selasa, 22/06/2010 – Ia dahulunya kibbutz, imej-imej kutip buah-buahan dan kehidupan bersama yang menarik ramai sukarelawan Yahudi ke Israel. Sekarang ramai yang mencari suatu jenis perkhidmatan yang berbeza, iaitu yang melibatkan persediaan/senaman sebelum subuh, satu dos kem latihan dan kemungkinan beberapa tindakan barisan hadapan. Satu organisasi baru giat mengambil beberapa orang Yahudi yang bukan warga … Read moreTerdesak Mencari rekrut, Warga Asing Jadi Sasaran

Mengurangkan Pengepungan Gaza: Penipuan dan Tidak Dapat Diterima

Selasa, 22/06/2010 – Pada 17 Jun, Pengarang Haaretz; Barak Ravid dan Tajuk Utama Reuters, “Israel akan mengurangkan kepungan terhadap tanah Gaza, berkata: “Kabinet Pertahanan Israel bersetuju untuk mengurangkan kepungan di Genting Gaza pada hari Khamis, susulan kepada serangan ganas terhadap bantuan kemanusian flotilla yang terikat kepada penguasaan Hamas.” Dan sebetulnya, ia adalah kerjajaan yang sah. … Read moreMengurangkan Pengepungan Gaza: Penipuan dan Tidak Dapat Diterima

Presiden Mubarak Bertemu Mitchell

Selasa, 22/06/2010 – George Mitchell, Utusan Khas Amerika Syarikat untuk Timur Tengah, bertemu pada hari Sabtu dengan Presiden Mesir Mohammad Hosni Mubarak di Mesir, sebagai sebahagian daripada kunjungannya ke wilayah yang merangkumi Israel, Jordan dan Palestin. Mereka membincangkan dalam pertemuan mereka usaha-usaha untuk menghidupkan kembali rundingan tidak langsung antara Palestin dan Israel, untuk mencapai penyelesaian … Read morePresiden Mubarak Bertemu Mitchell