Konvoi “Miles of Smiles 2″ teruskan perjalanan ke Rafah

Khamis ,  05/08/2010 – Konvoi “Miles of Smiles 2” yang membawa bantuan dari Eropah untuk rakyat Palestin telah tiba di Alexandria, Mesir. Mengikut wakil konvoi Rasya Baz, konvoi akan menuju ke al-Arish dan akan masuk ke Gaza melalui Rafah. Konvoi kali ini membawa sebanyak 46 buah ambulans yang lengkap dengan peralatan moden dan tunai berjumlah … Read moreKonvoi “Miles of Smiles 2″ teruskan perjalanan ke Rafah

Agen Mossad Di Lebanon Ditangkap

Khamis ,  05/08/2010 – Kementerian Keselamatan Lebanon menahan salah seorang pegawai di perusahaan Ojero yang bertanggung jawab dalam perhubungan antarabangsa. Beliau ditangkap sewaktu sedang berhubung dengan pihak Mossad. Bukti menunjukkan bahawa beliau bekerja dengan pihak perisikan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Telefon yang beliau gunakan juga mempunyai jaringan dengan pihak Mossad. Akhbar Al-Safir Lebanon, terbitan … Read moreAgen Mossad Di Lebanon Ditangkap

Cucu PM Palestin bernama Tayyip “Recep Erdogan”.

Khamis ,  05/08/2010 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah telah menamakan cucunya yang baru lahir dengan nama Perdana Menteri Turki, Tayyip “Recep Erdogan.” Sumber dari keluarga Haniyah mengatakan Perdana Menteri di Gaza memutuskan untuk menukar nama cucunya kepada “Erdogan” bagi menghargai Perdana Menteri Turki itu kerana kedudukan dan sokongan beliau serta sokongan dari … Read moreCucu PM Palestin bernama Tayyip “Recep Erdogan”.

Rejim Zionis Tembak Pekerja Palestin di Gaza

Khamis ,  05/08/2010 – Seorang pekerja Palestin terluka pagi hari ini selepas ditembak oleh tentera Israel di utara bandar Beit Hanoun, di Jaluran Gaza utara. Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Kementerian Kesihatan di Gaza, Muawiya Hassanein, berkata bahawa petugas perubatan pindahkan Bilal Ibrahim Obeid (22 tahun) ke Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, menggambarkan keadaan beliau … Read moreRejim Zionis Tembak Pekerja Palestin di Gaza

Israel Musnahkan Lebih Banyak Kampung dan Rumah

Khamis ,  05/08/2010 – Satu angkatan besar tentera rejim Israel yang dilengkapi jentolak-jentolak dan unit-unit khas menyerang beberapa kampung yang tidak dikenalpasti di Negev di daerah selatan di sempadan yang telah diduduki sejak tahun 1948, dan mereka mara untuk memusnahkan berdozen-dozen rumah dan menghalau sebilangan besar keluarga yang memiliki rumah tersebut. Jentera Israel telah mula … Read moreIsrael Musnahkan Lebih Banyak Kampung dan Rumah

Rejim Zionis beri notis runtuhkan masjid dan rumah di Jenin

Rabu , 04/08/2010 –Tentera haram rejim Zionis (IOF) melakukan operasi di Khirbet Irza, timur Tubas di Tebing Barat dan menyerbu masuk rumah-rumah di sini. Pemilik-pemilik rumah pula diberikan waran untuk memusnahkan rumah-rumah mereka dan masjid. Ketua jawatankuasa kampung itu, Mokhlis Massaeid memberitahu bahawa notis pemusnahan itu merangkumi sebuah masjid yang dibina dalam kawasan bersaiz 100 … Read moreRejim Zionis beri notis runtuhkan masjid dan rumah di Jenin

Demonstrasi Boikot Israel di Perkampungan Bil’In; 2 Cedera

Rabu , 04/08/2010 – Seramai 200 warga Palestin, Israel dan pelbagai negara termasuk sekelompok pemuzik hip-hop dari US dan Britain telah menyertai demonstrasi protes pada petang Jumaat bertempat di Perkampungan Bil’in di Palestin. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa agar memboikot Israel bagi menghentikan amalan dasar apartheidnya. Diiringi nyanyian, para pemprotes membawa sepanduk-sepanduk menggesa … Read moreDemonstrasi Boikot Israel di Perkampungan Bil’In; 2 Cedera

Komander al Qassam syahid, 13 cedera dalam serangan terbaru rejim Zionis.

Rabu , 04/08/2010 – Issa Batran, komander dari pasukan Hamas’ al-Qassam, telah terbunuh dalam serangan di mana peluru roket telah terkena pada kafilahnya dalam siri pembongkaran Gaza. Di samping itu, 13 orang yang lain telah turut tercedera. Batran, menurut laporan al-Jazeera adalah pembuat roket senior. Israel menyatakan serangan ini adalah sebagai respons terhadap serangan roket … Read moreKomander al Qassam syahid, 13 cedera dalam serangan terbaru rejim Zionis.

Netanyahu Salahkan HAMAS serangan di Gaza

Rabu , 04/08/2010 – Perdana menteri Israel, Benyamin Netanyahu menyalahkan HAMAS dalam serangan yang berlaku di Gaza baru-baru ini. HAMAS juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang di alami oleh rakyat Palestin katanya lagi. Netanyahu turut mengatakan dia berhak melakukan apa saja bagi melindungi rakyat Israel. Serangan dan kezaliman yang terus dilakukan Zionis dengan mudah … Read moreNetanyahu Salahkan HAMAS serangan di Gaza

Rejim Zionis meceroboh Hebron.

Rabu , 04/08/2010 – Rondaan tentera Zionis Israel hari ini telah memasuki sekitar desa dan bandar di Hebron, selatan Tebing Barat. Sumber keselamatan berkata rondaan tentera Zionis Israel sejak waku pagi telah menjelajahi beberapa kawasan di Hebron serta bandar ‘Halhoul’, ‘Nuba’ dan ‘Thahereyeh’. Sumber yang sama mengatakan rondaan tentera Zionis Israel berada di kawasan operasi … Read moreRejim Zionis meceroboh Hebron.

Abbas Kemukakan Usul Melalui Amerika Syarikat

Rabu , 04/08/2010 –Ketua perundingan PLO, Shaeb Uraiqat mengatakan, presiden Mahmud Abbas mengajukan beberapa usul kepada Netanyahu melalui orang tengah Amerika, George Mitchell yang dipanggil sebagai “perdamaian yang sakit”. Usul tersebut ternyata melampaui apa yang beliau usulkan terdahulu terhadap mantan perdana menteri Ehud Olmert. Menurut akhbar Haaretz Zionis yang meyiarkan ucapan Uraiqat menyatakan bahawa di … Read moreAbbas Kemukakan Usul Melalui Amerika Syarikat

Jet Israel Bom Rafah

Rabu , 04/08/2010 – Pesawat pejuang Israel mengebom hari ini dua lokasi yang berbeza yang terletak di selatan Jaluran Gaza tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom sebuah peluru berpandu di zon bebas di ‘timur Khan Younis, dan barat terowong Abassan kem pelarian Yebna di Rafah Jaluran Gaza selatan. Gaza … Read moreJet Israel Bom Rafah

3 Cedera, 2 Ditahan Susulan Serangan Rejim Israel ke atas Tunjuk Perasaan di Tebing Barat

Rabu , 04/08/2010 –Tentera Rejim Zionis telah menyerang tunjuk perasaan anti-tembok pemisah yang dianjurkan di beberapa lokasi di Tebing Barat. Rakyat Israel dan penyokong antarabangsa turut meyertai penduduk Palestin di Bil’in, Nil’in dan Nabi Saleh di pusat Tebing Barat di samping di Ertass dan Al Ma’ssra yang terletak di selatan Tebing Barat. Askar Israel menggunakan … Read more3 Cedera, 2 Ditahan Susulan Serangan Rejim Israel ke atas Tunjuk Perasaan di Tebing Barat

Tentera rejim Zionis lindungi pendatang haram Yahudi yang menyerang rumah penduduk Palestin

Isnin ,  02/08/2010 – Ketika terbit matahari, kira-kira 30 orang pendatang Yahudi yang dikawal dan dilindungi oleh tentera rejim Zionis (IOF) cuba untuk merampas sebuah rumah penduduk Palestin yang dimiliki oleh keluarga Qirsh yang terletak di Kota Lama Jerusalem. Para saksi memberitahu bahawa pendatang-pendatang Yahudi yang di bawah perlindungan IOF itu cuba memecah masuk ke … Read moreTentera rejim Zionis lindungi pendatang haram Yahudi yang menyerang rumah penduduk Palestin

Cameron: Sekatan Gaza mesti ditarik balik

Isnin ,  02/08/2010 – Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata bahawa Israel (rejim Zionis) patut serta-merta menarik balik sekatan yang dikenakannya ke atas Genting Gaza. Beliau turut menggambarkan Gaza sebagai penjara terbuka. Cameron berkata ketika berucap di hadapan sekumpulan korporat di Ankara, “Mari perbaiki situasi di Gaza kerana ia mesti ditukar, kita tidak boleh dan … Read moreCameron: Sekatan Gaza mesti ditarik balik