Categories
Berita Semasa

Merzel mahu buang As-Syiekh Salah dari Palestin

Jumaat, 29/10/2010 – Seorang wakil Knesset Zionis, Baruch Merzel mendesak agar Wakil Hamas di kawasan yang terjajah sejak 1948, Syeikh Raed Salah dari Palestin dalam ucapannya sewaktu perhimpunan Zionis berdekatan dengan Umm El-Fahm yang berbunyi, “Raed Salah akan dibuang dari Umm El-Fahm dan “Israel” kerana dia adalah tidak disenangi.”

Warga Palestin di Umm El-Fahm dan kawasan yang berdekatan telah bersedia berjam-jam sejak subuh untuk menghadapi pendemonstrasi Zionis, yang berhimpun di hadapan rumah Syeikh Salah. Demonstrasi bergerak dalam kumpulan besar di kawasan Wadi ‘Arah, jalan yang menghala ke bandar Umm El-Fahm, yang juga diiringi dengan pesawat pejuang yang berlegar di udara bandar.

Pergaduhan teruk berlaku antara penduduk bandar dan pihak berkuasa Zionis, yang cuba untuk meleraikan kumpulan penduduk, mangakibatkan puluhan warga Palestin cedera dipukul, dan yang lain sesak nafas akibat gas pemedih mata, termasuk pimpinan kawasan 48, antaranya menteri Haneen Zaobi, Afou Ighbariyyeh dan beberapa orang wartawan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru pemecatan pegawai PBB kerana memperlekehkan hak untuk kembali

Jumaat, 29/10/2010 – Gerakan Hamas di Gaza berkata, pengarah pejabat cawangan New York Agensi Bantuan Kemanusiaan PBB (UNRWA) sewajarnya dipecat kerana mempersendakan hak warga Palestin untuk pulang.

Pengarah New York UNRWA, Andrew Whitley berkata, pelarian-pelarian Palestin seharusnya keluar daripada ilusi untuk mendapatkan hak pulang ke Palestin serta menambah bahawa negara-negara Arab mesti mencari tempat bagi mereka menetap.

Jabatan Pelarian Hamas dalam satu kenyataan pada Rabu menyelar kata-kata Whitley serta menyeru tindakan tegas harus diambil ke atasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

IPA Tawaran Rawatan Sebagai Ganjaran untuk Mengurung Sendiri

Jumaat, 29/10/2010 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPA) telah menawarkan rawatan perubatan untuk seorang tahanan wanita Palestin di penjara Damon sebagai ganjaran untuk mengurung diri beliau seorang diri selama tiga bulan di penjara Ramle.

Ahmed Al-Beitawi, seorang penyelidik di Lembaga Solidariti Antarabangsa Tadamun mengatakan bahawa Wurud Qassem dari bandar Teira 1948 dijajah menderita sakit teruk pada gigi dan rahang sehingga beliau tidak boleh bercakap atau makan dengan betul.

Dia meminta IPA untuk rawatan tetapi dia terkejut dengan respon klinik penjara bahawa beliau harus menjalani tiga bulan di pengasingan di Ramle sebagai balasannya.

Beitawi mengatakan bahawa tahanan menolak tawaran tersebut, menambah bahawa beliau lebih suka sakit bersama teman-teman penjara dia daripada perubatan dan pemencilan.

Beitawi mengatakan bahawa IPA memanfaatkan rasa sakit tahanan untuk memeras mereka, mengingati bahawa rawatan perubatan ditawarkan kepada tahanan Palestin sebagai ganjaran atas pengakuan dosa atau buang daerah.

Mengabaikan perubatan dan kurungan seorang diri adalah fokus utama tahanan dalam mogok mereka masa lalu dan tuntutan kini, Beitawi berkata.

Qassem Wurud ditahan sejak bulan Oktober 2006 dan sedang menjalani hukuman enam tahun penjara dengan tuduhan melawan penjajahan. Dua perempuan Palestin yang lain dari tahun 1948 Palestin dijajah menjalani hukuman lain iaitu Lina Jarboni, 18 tahun, dan Khadijah Abu Ayyash, 3 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Speaker Knesset (Parlimen) Israel di Maghribi Menghadiri Persidangan Mediterranean

Jumaat, 29/10/2010 – Speaker Knesset Israel, Reuven Rivlin bergerak ke Maghribi pada rabu lepas untuk menghadiri Persidangan Ahli Parlimen Mediterranean yang diadakan di Rabat.

Radio Israel menyatakan Rivlin akan bertemu dengan ramai rakan sejawatannya semasa persidangan itu di samping akan juga bertemu dengan menteri luar Israel. Dia juga dijadualkan akan menyampaikan ucapan dan bertemu dengan wakil komuniti Yahudi di Maghribi.

Persidangan itu dihadiri oleh 22 negara Mediterranean, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara itu. Presiden Israel, Shimon Peres membatalkan penyertaannya dalam persidangan ekonomi di Maghribi minggu lepas setelah Raja Mohammed VI menolak untuk bertemu dengannya semasa lawatannya di negara itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Galloway: Lifeline 5 capai target

Jumaat, 29/10/2010 – MP Britain, George Galloway yang mengetuai Lifeline 5 telah menyatakan konvoi telah berjaya dan mencapai matlamat. Konvoi kali ini merupakan bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan yang terbesar memasuki Gaza melalui jalan darat.
Apa yang sedikit menyedihkan ialah beliau bersama 17 relawan lain tidak dibenarkan bersama konvoi oleh kerajaan Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin maut dibom rejim Zionis

Jumaat, 29/10/2010 – Seorang pemuda Palestin maut Rabu lalu apabila tentera Zionis Israel (IOF) menembak ke arahnya ketika mengumpul batu kerikil di Gaza utara, sumber perubatan berkata.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan ketika memberitahu PIC mengatakan pasukan Zionus Israel melepaskan tembakan di Jihad Afana, 20, timur Jabaliya di Gaza utara. Tembakan itu terus mengenai memukulnya tubuhnya, beliau menambah. Beliau mengatakan dalam insiden berasingan, seorang remaja Palestin berumur 19 tahun detembak oleh IOF berhampiran lintasan Erez (Beit Hanun) ketika sedang mengumpulkan batu kerikil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya meminta delegasi Perancis menyokong hak-hak Palestin

Jumaat, 29/10/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah meminta pelawat dari delegasi hak asasi manusia Perancis membantu rakyat Palestin dalam rayuan untuk kebebasan. Dia mendedahkan kesediaan kerajaan untuk membuka dialog dengan Barat.

Perdana Menteri mendesak para tetamu untuk membantu rakyat Palestin menyingkirkan penjajahan regim zionis Israel, menamatkan kegiatan penempatan haram mereka sekaligus mendirikan negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibukotanya. Dia menekankan betapa pentingnya menamatkan pengepungan yang menindas rakyat Palestin khususnya di Gaza yang kini sudah berubah menjadi penjara besar.

Haneyya menunjuk pentingnya dialog secara langsung dengan kerajaan Barat sehingga mereka dapat mendengar secara langsung daripada kerajaan Palestin tentang bagaimana kedudukan dan idea-idea mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Perkembangan di Israel Mengesahkan Sekatan Ke Atas Gaza Bermotif Politik

Khamis, 28/10/2010 – Pegawai Kanan Hamas, Dr Salah Bardawil mengatakan, kenyataan berunsur perkauman oleh pemimpin pembangkang Israel Tzipi Livni yang menyebut bahawa ‘ tujuan pencerobohan Gaza adalah untuk menghalang Hamas berkuasa ’ mengesahkan sekatan ke atas Gaza merupakan bermotif politik. Sekatan tersebut bertujuan untuk menekan warga Palestin agar melepaskan hak demokrasi mereka.

Mengulas laporan daripada sumber Israel mengesahkan seorang pegawai Israel bekerja sebagai penyelaras sementara di kawasan Hamas selama 3 tahun yang mengawal bahan makanan dan keperluan asas untuk Semenanjung Gaza; Bardawil menyeru kumpulan-kumpulan hak asasi manusia agar mengutuk Israel di atas kekejaman menafikan hak demokrasi rakyat Palestin.

Bardawil turut menyeru kumpulan-kumpulan yang bersikap neutral dengan Israel agar menghentikannya, sebaliknya memberikan tekanan dalam usaha membebaskan dan menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan-kumpulan Hak Asasi Manusia Bertemu Bincang Penyelesaian Penolakan Pasport Kepada Warga Gaza

Khamis, 28/10/2010 – Sebuah perwakilan kumpulan hak asasi manusia Palestin mengecam Selasa Jabatan kerajaan Kementerian Dalam Negeri Ramallah yang menolak permohonan sejumlah pasport warga Gaza diterbitkan di Tebing Barat atas alasan keselamatan.

Sembilan ahli perwakilan membahas melalui persidangan video pada Selasa antara ahli di Tebing Barat dan rakan-rakan mereka di Gaza mengenai masalah pasport, menekankan bahawa menolak pasport warga negara merupakan amalan haram dan melanggar undang-undang kewarganegaraan yang paling asas. Mereka berpendapat identiti ini merupakan hak asasi manusia yang melibatkan sejumlah hak-hak yang lain, seperti hak untuk belajar, bekerja, kesihatan, dan merantau.

Setelah membahas beberapa siri langkah-langkah yang diambil sebelum ini, dewan memutuskan bahawa ia akan mengatur pertemuan dengan Jabatan Dalam Negeri sebagai langkah awal sebelum beralih kepada tindakan undang-undang.

Dalam perkembangan berasingan, militia keselamatan PA teruskan kempen penangkapan penyokong Hamas di Tebing Barat, kerana beberapa penyokong Hamas ditangkap di sana, sumber-sumber tempatan mengatakan pada hari Selasa.

PA menangkap tokoh terkemuka Hamas Omar Ali Jabrini dari kem pelarian Balata di Nablus ditahan selepas kurang dari seminggu dia dibebaskan dari tahanan Israel selepas menghabiskan tiga tahun penjara dan dia ditangkap beberapa kali oleh pasukan Israel.

Ahmed Tayseer Abu Shamiya juga ditangkap di Deir Sharaf selepas rumahnya digeledah dan komputer peribadinya disita.

Unit Pencegahan Keselamatan PA menahan bekas tahanan Ibrahim Ahmed Salama Mur’i dari desa Qarawat Bani Hassan beberapa hari selepas dia dibebaskan dari penjara Israel. Dia dipanggil untuk menghadap perisikan PA tiga hari selepas dibebaskan, tapi unit tersebut menangkap dia dua hari sebelum pertemuan kedua dengan perisikan Salfit.

Fadi Ghunaimat, seorang mahasiswa di Al-Khalil University seoragn hafiz Quran, dari kota Al-Khalil dari Surif ditangkap oleh pasukan keselamatan dan ditahan di sel asing untuk hampir sebulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bekas pegawai Zionis batalkan lawatan ke Sepanyol, takut ditangkap

Khamis, 28/10/2010 – Bekas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri rejim Zionis, Shabak Avi Dichter telah membatalkan lawatannya ke Sepanyol kerana bimbang akan ditangkap berdasarkan kes dakwaan ke atas dirinya
dan beberapa pegawai rejim Zionis yang lain atas tuduhan melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza.

Akhbar Yediot Ahronot melaporkan semalam (Selasa) bahawa Dichter, seorang anggota berpengaruh dalam Parti Kadima telah dipaksa membatalkan lawatannya ke Madrid selepas Menteri Luar Sepanyol memaklumkan kepadanya bahawa pihak Sepanyol tidak mampu melindungi Dichter daripada ditangkap.

Akhbar itu melaporkan bahawa Dichter telah dijemput untuk menghadiri sebuah persidangan bersama organisasi-organisasi keamanan bagi memberi pandangan tentang insiatif ke arah keamanan rantau Arab. Menurut akhbar itu lagi, Dichter sebelum itu telah meminta jaminan pihak berkuasa Sepanyol supaya dia tidak ditangkap tetapi Madrid menolaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Gambar Baru Papar Sadisme Tentera Israel

Khamis, 28/10/2010 – Organisasi Breaking the Silence, yang bertugas di dalam Israel mengeluarkan satu skandal baru tentera Israel selepas tentera itu mengeluarkan lebih gambar menunjukkan sikap memalukan, kejam dan sadisme terhadap penduduk Palestin.

Tiga minggu lepas, sebuah klip video yang bertarikh Disember 2007 yang memaparkan tentera Israel menari mengelilingi wanita Palestin yang diikat, menyebabkan kecaman besar-besaran terhadap tindakan itu. Dua bulan lepas, tentera yang lain memaparkan ulasan yang kontroversi dan rasis berhubung imejnya sendiri yang duduk dan ketawa di sebelah tahanan Palestin yang diikat.

Imej yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan ia telah dirakam semasa perang Israel di Gaza baru-baru ini, kata Yehuda Shaul, seorang daripada pengasas organisasi Breaking the Silence. Foto itu menunjukkan tentera Israel di rumah Palestin yang telah diceroboh oleh Israel. “Dalam sebuah gambar, dua tentera Israel memegang tahanan lelaki, semasa dia diikat dan ditutup matanya, dan salah seorang daripada tentera itu memegang lehernya dan barel senapang diacukan beberapa sentimeter daripada mukanya.”

Sebuah gambar yang lain menunjukkan seorang tentera berdiri di dalam dapur sedang seorang perempuan yang berhijab memasak tanpa mempedulikannya. Tentera yang lain pula berehat sambil duduk di dalam sebuah kereta permainan. Dalam imej yang lain, seorang tentera melukis gambar bintang David (berbucu enam) dan menulis di atasnya dalam bahasa Hebrew: ‘akan kembali semula’. Yehuda Shaul berkata: “Ini ialah norma tentera Israel hari-hari dan realiti yang wujud di tempat yang mereka kawal.” “Bergembira dengan kewujudan tahanan menunjukkan satu fenomena yang kami mempunyai gambar tentangnya. Inilah realiti dan nasib penjajahan,” tambahnya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel tidak benarkan binatang korban masuk ke Gaza

Khamis, 28/10/2010 – Menteri Pertanian di Gaza, Muhammad Agho menyatakan binatang korban, lembu dan kambing tidak dibenarkan masuk ke Gaza sempena Eidul Adha. Tindakan Zionis-Israel melarang semua binatang korban masuk ke Gaza adalah kezaliman yang besar. Agho menyeru pihak antarabangsa campurtangan kerana perbuatan ini menafikan hak asasi. Gaza memerlukan lebih 8000 ekor lembu dan 20000 ekor kambing untuk Eidul Adha kali ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Galloway: Talian-hayat (Life-line) 5 mencapai tujuannya

Khamis, 28/10/2010 – Bekas MP British George Galloway, pengasas dan ketua organisasi Palestin Viva, mengatakan bahawa konvoi bantuan Talian-hayat ke Jalur Gaza telah mencapai kejayaan besar.

Dia mengatakan dalam sebuah seminar yang diselenggarakan oleh kempen awam untuk menyokong rakyat Palestin dan Iraq di Beirut bahawa organisasinya mempunyai banyak perancangan masa depan termasuk menyusun konvoi bantuan Talian-hayat 6.

Sementara itu, Kevin Ovenden, yang memimpin konvoi ke Gaza selepas Mesir menolak laluan Galloway, mengatakan bahawa konvoi melewati sempadan Rafah dan tidak melalui terminal Israel seperti yang telah dinyatakan oleh Amerika New York Times.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan seru tetapkan hukuman untuk pemimpin Zionis dan perbincangan untuk tamatkan kepungan Gaza

Khamis, 28/10/2010 – Kerjaaan Palestin menganggap kenyataan pengganas Zionis terhadap Jalur Gaza sebagai, “percubaan untuk menafikan tentangan dan tuduhan masyarakat antarabangsa berkenaan dengan pengepungan Gaza dan jenayah terhadap rakyat Palestin dan percubaan lakonan (zionis) untuk nampak sebagai mangsa dan bukan pemangsa.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Palestin pada petang Selasa (26 Oktober) selepas mesyuarat mingguan mereka yang beru diterima Pusat Informasi Palestin, mereka bertekad untuk meneruskan usaha untuk membawa para pemimpin Zionis ke muka pengadilan antarabangsa dan bergerak untuk menamatkan kepungan Gaza dan jenayah harian yang berlaku di Tebing Barat.

Kerajaan juga mengutuk usaha melebarkan lagi “kawasan petempatan” Zionsi di Tebing Barat, dan lebih-lebih lagi apabila Al-Quds diishtiharkan sebagai “kawasan petempatan” paling baik bagi mereka, “ini membuktikan lagi pencabulan Zionis terhadap kesemua hak rakyat Palestin dan segala resolusi antarabangsa terhadap hak-hak ini. Ini juga menguatkan lagi bukti kegagalan politik rundingan yang sebaliknya memberi peluang kepada musuh (Zionis) dan mendapat jaminan dari mereka (Zionis) untuk terus menentang rakyat kami (Palestin).”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin Mengalami Kecacatan Mental Akibat Ditembak Militan Israel

Khamis, 28/10/2010 – Seorang warga Palestin, Selasa pagi (26/10) mengalami kecacatan mental akibat tembakkan militan penjajah Zionis yang bermarkas di Beit Hanoun (utara Semenanjung Gaza).

Koordinator Media Layanan Perubatan Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salamia dalam pernyataan akhbar kepada wartawan Infopalestina mengatakan, mangsa yang mengalami kecacatan mental tersebut adalah penduduk kampung Shijaia. Beliau cedera parah akibat ditembak pasukan penjajah Zionis Israel.

Pasukan penjajah Zionis Israel secara rutin dan terus menerus menjadikan mereka yang bekerja mengumpulkan sisa tinggalan runtuhan di daerah-daerah yang musnah di Semenanjung Gaza utara sebagai sasaran serangan. Hampir setiap hari militan Zionis Israel melancarkan serangan ke arah warga yang bekerja mengumpulkan sisa-sisa runtuhan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen