Abu Zuhri menyeru untuk menyokong hak-hak Palestin berbanding perundingan dengan Zionis Israel

Isnin , 20/12/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, juru bicara Hamas, telah mendesak negara-negara Arab untuk menyokong pilihan lain setelah gagal dalam pembicaraan damai dalam memulihkan hak-hak Palestin. Dia berkata kepada PIC pada hari Khamis bahawa keputusan jawatankuasa Arab mencerminkan proses penyelesaian menemui jalan buntu. Juru bicara itu menyebut sebuah pengumuman yang jelas tentang menghentikan … Read moreAbu Zuhri menyeru untuk menyokong hak-hak Palestin berbanding perundingan dengan Zionis Israel

Polis rejim Zionis serbu kedai milik rakyat Palestin di Jerusalem, cederakan pekerja

Isnin , 20/12/2010 – Pada malam Rabu lalu, sepasukan polis rejim Zionis telah menyerbu sebuah kedai di Jerusalem, membuang barang-barang di dalam kedai itu dan menyerang para pekerja kedai itu. Manakala anak lelaki pemilik kedai itu patah kaki dalam insiden tersebut sementara pekerja yang lain ditahan. Dalam insiden itu, pertengkaran sengit telah terjadi antara salah … Read morePolis rejim Zionis serbu kedai milik rakyat Palestin di Jerusalem, cederakan pekerja

13 warga Palestin ditahan di Tebing Barat kerana disyaki aktivis

Isnin , 20/12/2010 – Tentera Israel menahan 13 warga Palestin untuk disoalsiasat pada pagi Isnin dalam kempen menjejaki aktivis di Tebing barat. 2 warga Palestin ditahan di Ramallah untuk disoalsiasat, Radio Israel melaporkan. Identiti dan organisasi mereka tidak dikenalpasti. Lagi 9 yang lain ditahan dalam sesi penangkapan di bandar Al-Khalil, sumber keselamatan Palestin menyatakan. Numan … Read more13 warga Palestin ditahan di Tebing Barat kerana disyaki aktivis

Qabha diseksa ketika dalam penjara Zionis

Isnin , 20/12/2010 – Mantan menteri Palestin, Washfi Qabha menyatakan keadaan amat mengerikan ketika di tahan di penjara Zionis. Beliau dipindahkan dari satu ke penjara yang lain dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk atau cuaca panas. Beliau ditangkap kerana menjadi ahli HAMAS. Hingga saat ini, alasan penangkapan masih tidak dinyatakan. sumber : COMES penterjemah : … Read moreQabha diseksa ketika dalam penjara Zionis

Haneyya: Rakyat Gaza hidup di bawah kepimpinan yang lebih baik

Isnin , 20/12/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyatakan bahawa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ketika ini hidup di bawah kepemimpinan yang lebih baik dari sebelumnya hasil kesetiaan dan dedikasi barisan pemerintahan dan para pemimpin bersama-sama ahli keselamatan yang bagus. Bercakap semasa menerima lawatan dari delegasi mahasiswa yang mengikuti kursus kepimpinan kerajaan, Haneyya mengatakan … Read moreHaneyya: Rakyat Gaza hidup di bawah kepimpinan yang lebih baik

Israel Menafikan Kemasukan Pegawai Bomba untuk Menghadiri Majlis Penghormatan

Isnin , 20/12/2010 – Empat pegawai daripada Perkhidmatan Bomba Pihak Berkuasa Palestin yang membantu mengawal kebakaran di Jabal al-Karmal sepuluh hari lepas dihalang dari memasuki kawasan Palestin yang dijajah pada tahun 1948 untuk menghadiri sebuah perayaan penghormatan untuk mengesahkan bantuan Agensi Palestin dalam mengawal kebakaran. Pegawai Israel membenarkan tujuh pegawai Bomba Palestin untuk melepasi sempadan … Read moreIsrael Menafikan Kemasukan Pegawai Bomba untuk Menghadiri Majlis Penghormatan

Ilmuan Israel akan memberikan syarahan di Riyadh

Isnin , 20/12/2010 – Laporan akhbar menyatakan bahawa ilmuan Israel dari Britain melakukan lawatan ke Arab Saudi untuk memberi ceramah di Pusat Penyelidikan dan Pengajian Islam Raja Faisal sebagai jemputan daripada Putera Turki, al-Faisal, bekas pengarah Perisikan Saudi. Agensi Berita Perancis (AFP) memberitahu bahawa Professor Israel Avi Shlaim, yang memasuki Arab Saudi menggunakan passport Britain, … Read moreIlmuan Israel akan memberikan syarahan di Riyadh

Tawanan dilepas dalam perjanjian pertukaran Shalit selepas melalui mogok makan selama 15 hari

Isnin , 20/12/2010 – Aktivis Nablus, Lenan Abu Ghalma, 28 tahun, telah melalui hari kelima belas mogok lapar terbuka sebagai hak kumpulan Palestin. Pihak penjara Israel bertanggung jawab atas kemerosotan kesihatannya. Israel menahan semula Abu Ghalma dan kakaknya Taghreed di rumah mereka di bandar Tebing Barat Nablus dalam siri pembersihan Julai di kota itu daripada … Read moreTawanan dilepas dalam perjanjian pertukaran Shalit selepas melalui mogok makan selama 15 hari

2 rakyat Palestin termasuk seorang remaja cedera ditembak rejim Zionis

Jumaat, 17/12/2010 – Dua orang rakyat Palestin cedera ditembak oleh tentera rejim Zionis (IOF) pada Rabu lepas semasa mereka sedang mengutip batu-batu gravel daripada runtuhan sebuah bangunan di utara Gaza. Adham Abu Salmiya, jurucakap bagi Jawatankuasa Tertinggi Ambulans dan Kecemasan memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa seorang remaja berusia 16 tahun dan pemuda cedera di … Read more2 rakyat Palestin termasuk seorang remaja cedera ditembak rejim Zionis

Khalifa diseksa teruk oleh agen PA

Jumaat, 17/12/2010 – Pergerakan Jihad Islami memaklumkan bahawa seorang tahanan penjara, Faisal Khalifa sedang diseksa dengan teruk di dalam tangan agen siasatan pihak berkuasa Palestin (PA) di Bandar Tulkarem. Pergerakan itu menggesa Khalifa dibebaskan segera. Kata pergerakan itu lagi, mereka menerima maklumat yang boleh dipercayai yang mengesahkan Khalifa, seorang bekas tahanan di penjara rejim Zionis, … Read moreKhalifa diseksa teruk oleh agen PA

Israel rancang pindahkan populasi Yahudi Iran ke Palestin

Jumaat, 17/12/2010 – Kementerian Penerapan Pendatang Israel mengumumkan perancangan untuk memindahkan 20,000 Yahudi Iran ke Palestin. Kementerian itu mengumpul data mengesahkan bahawa jumlah Yahudi di Iran telah mencapai 20,000. Kos memindahkan mereka dianggarkan berjumlah 2.22 juta dollar, demikian menurut Radio Tentera Israel. Jawatankuasa Parlimen Migrasi Israel telah membincangkan tentang pemindahan Yahudi Iran ini dalam kajian … Read moreIsrael rancang pindahkan populasi Yahudi Iran ke Palestin

Tentera Zionis Israel Serah Notis kepada MP Salhab

Jumaat, 17/12/2010 – MP Hamas Dr Azzam Salhab mengatakan pada hari Rabu bahawa tentera Zionis Israel mengendalikan pos pemeriksaan di pintu masuk ke Masjid Ibrahimi di pusat bandar Al-Khalil menahannya sebelum memasuki masjid bersama isteri dan anak-anak. Dia menambah dalam satu kenyataan bahawa tentera zionis menahannya sebentar sebelum membenarkan dia untuk masuk tetapi menyerahkan notis … Read moreTentera Zionis Israel Serah Notis kepada MP Salhab

Bardawil: Kenyataan Pertemuan Terakhir Tidak Berasas

Jumaat, 17/12/2010 – Pemimpin Gerakan Hamas Dr. Shalah Bardawil menegaskan bahawa apa yang dinyatakan gerakan Fatah berkenaan pertemuan yang akan diadakan akhir bulan Disember ini sebagai pertemuan terakhir antara kedua belah pihak adalah pernyataan yang tidak berasas. Beliau menegaskan bahawa pertemuan terakhir adalah yang menghasilkan kesepakatan dan kesefahaman antara kedua belah pihak. Dalam satu kenyataan … Read moreBardawil: Kenyataan Pertemuan Terakhir Tidak Berasas

Hindi: Media Massa menghadiri ulang tahun Hamas menyatakan sokongan tegas untuk berlawan

Jumaat, 17/12/2010 – Dr Mohammed Al-Hindi, ahli biro politik Jihad Islam, menyeru untuk menghentikan proses perundingan dengan Israel selepas kegagalan terbukti dalam usaha untuk penyepaduan kebangsaan. Bercakap kepada rapat umum Hamas yang diadakan secara besar-besaran pada hari ulang tahun penubuhan di Gaza pada hari Selasa atas nama pasukan kebangsaan dan Islam, nama Hindi disebut untuk … Read moreHindi: Media Massa menghadiri ulang tahun Hamas menyatakan sokongan tegas untuk berlawan

Pasukan rejim Zionis Menyerbu Rumah Ahli Parlimen Halaika

Khamis, 16/12/2010 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menyerbu rumah ahli parlimen Samira al-Halaika di Pekan Shuyukh, daerah al-Khalil pada tengah hari Selasa, kata ahli parlimen itu. Dia menambah bahawa empat kenderaan IOF berhenti di hadapan rumahnya dan memanggilnya bersama anaknya, Osama dan seorang tentera memberitahunya bahawa mereka datang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya. Penggubal undang-undang … Read morePasukan rejim Zionis Menyerbu Rumah Ahli Parlimen Halaika