Shalah: Penjara Syurga Bagiku

Selasa, 14/12/2010 – Syaikh Raed Shalah, ketua gerakan Islam di wilayah Palestin Jajahan 48 akhirnya bebas dari penjara Israel di Ramallah Ahad (12/12). Beliau mengatakan, penjara adalah tempat terbaik dalam hidupnya. Syaikh Shalah menggambarkan, penjara yang telah mengurungnya selama lima bulan lebih, bagaikan syurga, beliau dapat berkhalwat (menyendiri) bersama Allah. Penjara adalah tempat terbaik dalam … Read moreShalah: Penjara Syurga Bagiku

Hamas ucap tahniah pada Sheikh Raed Salah atas pembebasannya.

Selasa, 14/12/2010 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al mengucapkan tahniah kepada Syeikh Ra’ed Salah (Syeikh Al-Aqsa) atas pembebasannya pagi Ahad (12 Disember) daripada penjara Zionis selepas dipenjara 5 bulan dengan tidak adil. Dalam kenyataan yang diterima daripada Pejabat Informasi Hamas, “Pengerusi Biro Politik, saudara Khaled Mesh’al dan rakan-rakan pimpinan Hamas, pejuang-pejuang dan para penyokong … Read moreHamas ucap tahniah pada Sheikh Raed Salah atas pembebasannya.

LPS: Masjid al-Aqsa Hampir Runtuh

Selasa, 14/12/2010 – Liga Ulama Palestin (The League of Palestinian Scholars: LPS) telah memberi amaran kepada Arab dan Negara Islam tentang aktiviti Israel tentang pemusnahan, penempatan haram, dan judaisasi di kawasan Jurusalem yang dijajah terutamanya di al-Aqsa. Mereka berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa Pegawai Penjajah Israel telah membuat skema pemusnahan al-Aqsa dan kawasan … Read moreLPS: Masjid al-Aqsa Hampir Runtuh

Mogok lapar tahanan penjara wanita Palestin masuk hari ke-7

Isnin , 13/12/2010 – Pada Khamis lepas, tahanan penjara, Linan Abu Ghulma telah memasuki hari ketujuh melakukan mogok lapar bagi menuntut pihak rejim Zionis memindahkannya dari Penjara Hasharon ke Penjara Sharon supaya dia dapat bersama dengan adik perempuannya. Linan yang berasal dari Perkampungan Beit Forik di Nablus memberitahu seorang peguam yang mewakili Pertubuhan Tahanan Penjara … Read moreMogok lapar tahanan penjara wanita Palestin masuk hari ke-7

Abu Sha’ar menyelar General Electric atas tindakan mereka menyokong peluasan penempatan haram

Isnin , 13/12/2010 – Menteri Urusan Agama Palestin Dr Taleb Abu Sha’ar mengecam hebat syarikat Amerika General Electric kerana menyokong dan menyertai dalam projek penempatan haram di Abu Ghunaim Gunung antara Baitulmuqaddis dan Betlehem. Dr Abu Sha’ar dalam siaran media pada hari Khamis mengatakan bahawa syarikat itu bekerja sama dengan syarikat Ligon yang turut mengambil … Read moreAbu Sha’ar menyelar General Electric atas tindakan mereka menyokong peluasan penempatan haram

Muhammad Daud Masuki Tahun Ke 24 Di Penjara Israel

Isnin , 13/12/2010 – Jawatankuasa Pembela Tawanan melaporkan bahawa Muhammad Adil Hasan Daud, Abu Ghazi (46) yang berasal dari kota Qalqilia Tebing Barat memasuki tahun ke 24 di penjara Israel secara terus menerus, terperosok di sel penjara Gilboa. Pengarah Jawatankuasa tersebut, Riyad Asyqar dalam pernyataannya Khamis (9/12) menjelaskan bahawa Daud di tawan sejak 8/12/1987 dengan … Read moreMuhammad Daud Masuki Tahun Ke 24 Di Penjara Israel

Abu Marzouk : Fattah sekutu Zionis, PA semakin terabai.

Isnin , 13/12/2010 – Dr. Mousa Abu Marzouk, Timbalan Pengerusi Politik Hamas menyatakan bahawa tapak kaki Mahmoud Abbas terhadap PA semakin menjauh, dan Fattah sebenarnya adalah sekutu Zionis. Abu Marzouk berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh stesen media “Al-Jazeera” petang Khamis (9 Disember), “Fattah semakin berlepas tangan, ini adalah kerana ianya sejak dari mula lagi … Read moreAbu Marzouk : Fattah sekutu Zionis, PA semakin terabai.

Hantaran Bantuan Asia Dalam Perjalanan ke Gaza

Isnin , 13/12/2010 – Sebuah konvoi dari Asia yang dipenuhi dengan bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang dikepung telah tiba di bandar Zaidan, Iran selepas melebihi banyak bandar untuk menambahkan bantuan dalam perjalanan itu. 125 Institusi bantuan yang terdiri daripada India, Pakistan, Iran, Malaysia, Indonesia, Turkey dan negara Asia lain telah menyumbang kepada konvoi itu yang … Read moreHantaran Bantuan Asia Dalam Perjalanan ke Gaza

Zahar menggesa Fatah untuk menghentikan proses perdamaian yang tidak membawa hasil

Isnin , 13/12/2010 – Tokoh pemimpin Hamas, Mahmoud Zahar menyeru semua rakyat Palestin daripada pelbagai pihak termasuk Fatah supaya menarik diri daripada proses perdamaian dengan Israel, sebaliknya menentang Israel. “Penentangan bersenjata secara berterusan merupakan satu-satunya cara untuk memerdekakan Palestin,” kata seorang pemimpin Islam veteran sewaktu majlis meraikan ulangtahun penubuhan Hamas yang ke 23. Hamas telah … Read moreZahar menggesa Fatah untuk menghentikan proses perdamaian yang tidak membawa hasil

Anggotan militia Abbas culik 28 penyokong Hamas

Isnin , 13/12/2010 – Pasukan militia PA yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas telah menculik 28 penyokong Hamas dalam 24 jam terakhir di daerah Al-Khalil, Nablus, Bethlehem, Tulkarem, Salfit, dan Jenin, menurut sumber tempatan Khamis lalu. Mereka menyatakan antara yang diculik di Al-Khalil adalah pemimpin berusia 60 tahun dan seorang wartawan manakala di Nablus, aktivis … Read moreAnggotan militia Abbas culik 28 penyokong Hamas

Keluarga tahanan di Penjara Jericho merayu agar nyawa anak mereka diselamatkan

Jumaat , 10/12/2010 – Keluarga kepada 6 orang tahanan penjara warga Palestin yang ditahan di Penjara Jericho merayu organisasi-organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk menyelamatkan nyawa anak-anak mereka daripada menemui ajal secara perlahan-lahan akibat diseksa dengan teruk oleh para penyoal siasat daripada pihak berkuasa Palestin (PA). “Bahagian keselamatan PA di Tebing Barat telah menahan anak-anak kami sejak … Read moreKeluarga tahanan di Penjara Jericho merayu agar nyawa anak mereka diselamatkan

Pendatang Israel akan membina 130 unit rumah baru di O. Baitulmuqaddis

Jumaat , 10/12/2010 – Beberapa jam selepas pihak berkuasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) menyatakan keinginannya untuk membina lebih daripada 652 unit perumahan di penempatan Ze’ev Pisgat di bahagian timur Baitulmuqaddis yang diduduki minggu lepas, kini mereka menyetujui pula rancangan untuk membina 130 unit lain di penempatan Gilo. Ia dilaporkan dalam kegiatan penempatan Israel … Read morePendatang Israel akan membina 130 unit rumah baru di O. Baitulmuqaddis

Israel Mengkritik Brazil Kerana Mengiktiraf Negara Palestin

Jumaat , 10/12/2010 – Israel pada Sabtu mengkritik presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva kerana mengiktiraf negara Palestin dengan persempadanan 1967 dalam mesej yang disiarkan pada Jumaat. Jurucakap Kementerian Luar Israel berkata bahawa kerajaannya sedih dengan tindakan itu dan menyatakan kekesalan terhadap tindakan Presiden itu yang akan melepaskan jawatannya kepada presiden baru dalam masa … Read moreIsrael Mengkritik Brazil Kerana Mengiktiraf Negara Palestin

Kerugian kebakaran Carmel berjumlah 454 juta dollar

Jumaat , 10/12/2010 – Kerugian harta benda disebabkan kebakaran hutan yang melanda pergunungan Carmel berdekatan Haifa boleh mencapai 454 juta dollar, media Israel melaporkan pada Ahad. Akhbar harian Hebrew berkata jumlah tersebut tidak merangkumi kesemua kerosakan secara langsung dan tidak langsung. Kejadian ini mendedahkan kelemahan Home Front dalam berhadapan dengan kebakaran besar yang telah berlaku … Read moreKerugian kebakaran Carmel berjumlah 454 juta dollar

Erdogan : Israel mesti meminta maaf sebelum dimaafkan

Jumaat , 10/12/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada hari Ahad (5 Disember) lalu, bahawa hubungan Turki tidak akan berbaik dengan Zionis selagi entiti itu belum, “membersihkan Laut Mediterranean daripada darah 9 Turki” yang syahid dalam serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla dalam perjalanan ke Gaza. Erdogan berkata : “Turki mahu Israel meminta … Read moreErdogan : Israel mesti meminta maaf sebelum dimaafkan