MP Attal Ditahan Selepas Perbicaraan Tentera

Rabu , 26/01/2011 – Mahkamah Tentera Israel di Ofer pada Ahad menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Mohamed Attal.  Rejim Israel menculik Attal tiga minggu lalu daripada rumahnya di Addaheriya, selatan bandar al-Khalil. Kempen antarabangsa untuk membebaskan ahli parlimen daripada tahanan Israel mengutuk tindakan rejim Israel menahan Attal dan mendesak parlimen antarabangsa … Read moreMP Attal Ditahan Selepas Perbicaraan Tentera

HAMAS: Keselamatan Mesir, Arab ialah kedalaman strategi kami

Rabu , 26/01/2011 – Hamas menunjukkan kebimbangan tentang satu kenyataan daripada menteri dalaman Habib Adly yang menuduh Tentera Islam di Gaza (Army of Islam) bertanggungjawab dalam letupan di sebuah gereja di Alexanderia. Pergerakan itu berkata dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa keselamatan Mesir dan Arab ialah keutamaan Hamas, yang menganggap kedalaman strategi Hamas bergantung kepada … Read moreHAMAS: Keselamatan Mesir, Arab ialah kedalaman strategi kami

11 ditahan dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di Silwan

Rabu , 26/01/2011 – 11 warga Palestin termasuk 7 berusia bawah umur dipukul dan ditahan pada Isnin dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di timur Baitulmuqaddis, daerah Silwan. Tentera-tentera menyembur gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam, sumber tempatan mengatakan. Mereka juga memukul seorang lelaki berusia 70 tahun dan menyembur gas pada mukanya … Read more11 ditahan dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di Silwan

Dokumen Rasmi: Fatah Lepas Tangan Hak Pelarian Untuk Kembali Ke Palestin

Rabu , 26/01/2011 – Sejumlah dokumen rahsia yang disiarkan televisyen Aljazeera, Isnin (24/1) menunjukkan tindakan juru runding gerakan Fatah yang menyerahkan hak kembali pelarian kepada penjajah Zionis. Dalam memo dalaman pihak otoriti Fatah bertarikh 24 Julai 2008 menyebutkan, presiden, Mahmud Abbas menawarkan jumlah yang sangat rendah bagi para pelarian yang boleh pulang ke tanah kelahirannya … Read moreDokumen Rasmi: Fatah Lepas Tangan Hak Pelarian Untuk Kembali Ke Palestin

Tahanan di penjara PA mengisytiharkan mogok lapar

Selasa , 25/01/2011 – 13 tahanan di penjara PA Junaid di Nablus telah menyatakan niat mereka untuk terus mogok lapar pada Isnin besok sebagai langkah untuk menuntut pembebasan mereka. Sumber hak asasi manusia menyatakan kepada PIC pada hari Ahad bahawa 13 tahanan politik di Junaid berkata wakil terhadap jawatankuasa bebas untuk hak asasi manusia bahawa … Read moreTahanan di penjara PA mengisytiharkan mogok lapar

Dokumen rasmi skandal “PA Abbas”.. Pendedahan persepakatan dan kerjasama dengan Zionis dan projek tembok Gaza.

Selasa , 25/01/2011 – Stesen Al-Jazeera telah menyiarkan 1,600 dokumen rahsia mengandungi rekod-rekod dialog yang dijalankan di antara PA Fattah dan Zionis serta kandungan proses tersebut, secara langsung mendedahkan meskipun PA Oslo berusaha keras dalam sesi dialog ini namun masih gagal membuahkan sebarang hasil, terutamanya dalam isu Al-Quds, pelarian Palestin, sempadan negara dan isu keamanan. … Read moreDokumen rasmi skandal “PA Abbas”.. Pendedahan persepakatan dan kerjasama dengan Zionis dan projek tembok Gaza.

Zionis Israel seksa secara brutal

Selasa , 25/01/2011 – Sejumlah rakyat Palestin yang akan di buang negeri terus memenuhi pusat bulan sabit merah. Mereka di seksa dengan teruk dan brutal. Kezaliman berterusan ke atas mereka. Rombongan dan delegasi negara Eropah, turut menyaksikan keadaan itu. Para tahanan turut berkesempatan meluahkan pengalaman ngeri yang merka hadapi di dalam tahanan Zionis Israel. Apa … Read moreZionis Israel seksa secara brutal

13 Tahanan Politik Di Penjara Abbas Umum Mogok Lapar

Selasa , 25/01/2011 – 13 tahanan politik di penjara Junaid di Nablus, Tebing Barat menyatakan tekad melakukan mogok lapar, mulai Isnin (24/1) sebagai protes kepada pihak otoriti Abbas. Mereka menuntut segera dibebaskan atau segera dibawa ke muka pengadilan, sesuai dengan undang-undang yang ada, bukan dengan pengadilan tentera yang selama ini dikenakan terhadap mereka. Pernyataan ini … Read more13 Tahanan Politik Di Penjara Abbas Umum Mogok Lapar

Hamas menyelar keputusan siasatan Turkel yang berpihak pada Israel

Selasa , 25/01/2011 – Gerakan Islam Hamas mengutuk keputusan siasatan Turkel terhadap serangan bersenjata tentera Israel ke atas Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Pada Ahad, lembaga tersebut mengeluarkan laporan yang menyatakan serangan itu tidak melanggar undang-undang antarabangsa. Hamas berkata, laporan itu mendedahkan pengaruh politik panel dalam menghalalkan tindakan kejam Israel serta … Read moreHamas menyelar keputusan siasatan Turkel yang berpihak pada Israel

Yahudi mempergunakan hari pohon untuk memperluaskan penempatan haram Tebing Barat

Isnin , 24/01/2011 – Pelampau Yahudi akan memanfaatkan hari cuti yang bermula Khamis untuk memperluaskan penempatan haram antarabangsa di Tebing Barat yang diduduki tanpa sebarang usaha pun untuk pembinaan. Gerakan kanan Israel Kahane mengumumkan rancangan Rabu untuk menandakan perayaan Tu Bishvat dengan melakukan penanaman secara rawak 20,000 pohon di sekitar penempatan di Tebing Barat. Satu-satunya … Read moreYahudi mempergunakan hari pohon untuk memperluaskan penempatan haram Tebing Barat

Tentera Rejim Zionis Menghantar Notis Pindah Baru di Nablus

Isnin , 24/01/2011 – Tentera Rejim Israel mengedarkan notis untuk meruntuhkan rumah di Khirbat al-Tawil, timur bandar Aqraba, daerah Nablus pada Rabu lepas, menurut sumber tempatan. Mereka mengatakan bahawa semua rumah penduduk Palestin di kawasan itu terancam untuk diruntuhkan, dan mungkin kerja-kerja meruntuhkan dijalakan pada Khamis. Kediaman penduduk Yahudi di kawasan itu telah dibangunkan di … Read moreTentera Rejim Zionis Menghantar Notis Pindah Baru di Nablus

Hamas nafikan tuduhan Fatah tentang pertemuan El-Arouri dan pegawai Zionis di Eropah.

Isnin , 24/01/2011 – Hamas menafikan apa yang dilaporkan oleh media Fatah berkenaan pertemuan seorang pemimpin Hamas, As-Syeikh Solah El-Arouri, dengan pegawai Zionis di negara Eropah, sambil menyatakan bahawa laporan media Fatah ini bertujuan untuk merosakkan imej Hamas. Media Hamas berkata dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin berkata, : “Kami barisan Hamas menentang keras … Read moreHamas nafikan tuduhan Fatah tentang pertemuan El-Arouri dan pegawai Zionis di Eropah.

Kementerian Hubungan Antara Agama beri amaran tembok perkauman rejim Zionis yang terbaru di Jerusalem

Isnin , 24/01/2011 – Kementerian Hubungan Antara Agama Palestin berkata tembok pemisah yang sedang giat dibina oleh rejim Zionis di sekeliling Bandar Jerusalem yang dijajah mereka bakal mengasingkan kira-kira 100, 000 penduduk asal Palestin daripada kota suci itu. Mereka akan dibiarkan hidup disebalik tembok itu. Dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu lalu, kementerian itu berkata … Read moreKementerian Hubungan Antara Agama beri amaran tembok perkauman rejim Zionis yang terbaru di Jerusalem

Projek Baru Konvoi Harapan Untuk Menamatkan Sekatan Gaza

Isnin , 24/01/2011 – Keane Okven, Anggota “Konvoi Harapan” yang bertolak menuju Gaza menjelaskan rancangan projek ke hadapan untuk menamatkan sekatan Gaza, melalui persiapan kapal-kapal besar ke Gaza dengan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan yang diperlukan warga Gaza. Rancangan tersebut dinyatakan Okven dalam kunjungannya ke Gaza, Rabu (19/1) sebagai ketua delegasi konvoi harapan ke Fakulti Sains … Read moreProjek Baru Konvoi Harapan Untuk Menamatkan Sekatan Gaza

Tentera rejim Israel mencederakan 4 wanita hamil di Shufat

Isnin , 24/01/2011 – Tentera rejim Israel menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan para pemprotes di kem pelarian Shufat, Baitulmuqaddis pada petang Rabu. Sumber tempatan mengatakan 13 orang awam termasuk 4 wanita hamil cedera dan mengalami kesusahan bernafas disebabkan tindakan ganas Israel itu. Sejumlah besar tentera Israel dikerahkan di pintu masuk kem … Read moreTentera rejim Israel mencederakan 4 wanita hamil di Shufat