Direktor baru Mossad rombak jawatankuasa

Selasa, 12/07/2011 – Sumber dalaman Zionis-Israel mengeluarkan pelbagai jawatan tertinggi dalam Mossad telah ditukar kepada orang baru. Rombakan ini adalah mengikut kehendak direktor Mossad yang baru. Imej Mossad begitu teruk bilamana berlakunya kes pembunuhan pimpinan Hamas di Dubai. Pelbagai pihak antarabangsa telah mengutuk tindakan Mossad yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa. sumber : COMES penterjemah : … Read moreDirektor baru Mossad rombak jawatankuasa

Rejim Zionis terus menentang protes di Tebing Barat

Selasa, 12/07/2011 – Tentera rejim Israel (IOF) menghalang demonstrasi aman pada Ahad yang mengalu-alukan kedatangan aktivis asing pro-Palestin dekat Dome Barrier di luar Bethlehem. Tentera-tentera tersebut menembak gas pemedih mata dan peluru ke arah orang ramai yang jumlahnya lebih kurang 200 orang, lalu menyebabkan ramai sukar bernafas. Penganjurnya berkata, perarakan itu diadakan untuk menyokong gerakan … Read moreRejim Zionis terus menentang protes di Tebing Barat

Askar Rejim Zionis tahan wartawan Palestin

Selasa, 12/07/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan wartawan Palestin, Mohammed Basharat dari rumahnya di kampung Tamun, wilayah Tobas Ahad lalu , beritahu sumber di kampung itu kepada wartawan PIC. Mereka berkata askar IOF memasuki ke dalam rumah Basharat dan menggeledah di dalamnya sebelum membawanya keluar. Basharat, 25, diculik lebih daripada sekali di tangan … Read moreAskar Rejim Zionis tahan wartawan Palestin

Rejim Zionis serbu kawasan Issawiya, serang pemuda-pemuda dengan kejam

Selasa, 12/07/2011 – Beberapa orang pemuda Palestin dari kawasan Issawiya yang terletak di Baitulmaqdis yang dijajah, mengalami kecederaan yang serius malam tadi selepas sepasukan tentera rejim Zionis (IOF) secara tiba-tiba menyerbu kawasan penempatan mereka serta melepaskan tembakan ke arah mereka. Menurut saksi-saksi kejadian, seorang mangsa yang dikenali sebagai Ahmed Al-Masri cedera teruk di lehernya ketika … Read moreRejim Zionis serbu kawasan Issawiya, serang pemuda-pemuda dengan kejam

Laporan: jumlah penculikan kanak-kanak meningkat tahun ini

Sabtu, 09/07/2011 – Persatuan Ansar Al-Asra memaklumkan ia telah merekodkan penahanan 1,552 rakyat Palestin pada 6 bulan pertama tahun ini. Jumlah itu termasuk 215 kanak-kanak. Menurut laporan yang dikeluarkan pada Khamis, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah penculikan kanak-kanak tahun ini di mana jumlahnya mencapai 350 kanak-kanak. 19 ahli Parlimen dari gerakan Hamas juga merupakan tahanan … Read moreLaporan: jumlah penculikan kanak-kanak meningkat tahun ini

Laporan HAM Tepis Klaim Israel Ringankan Blokade Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Jawatankuasa Hak Asasi Palestin menempelak kenyataan Zionis-Israel, bila mana Zionis menyatakan mereka telah memberi banyak kemudahan kepada rakyat Palestin yang melalui sekatan yang dikenakan oleh Zionis. Sekatan ini telah berjalan bertahun-tahun lamanya. Bekalan yang masuk ke Gaza telah disekat dan dilarang untuk masuk ke Gaza. Pelbagai barangan yang telah dilarang memasuki Gaza … Read moreLaporan HAM Tepis Klaim Israel Ringankan Blokade Gaza

Pihak berkuasa Greek tahan kapal Perancis semasa mengisi bahan bakar

Sabtu, 09/07/2011 – Penganjur Freedom Flotilla II pada hari Khamis lalu memaklumkan bahawa kapal Perancis yang merupakan sebahagian daripada armada mereka telah ditahan di pelabuhan Crete atas perintah pihak berkuasa Greek. Claude Aostic, jurucakap penganjur berkata kapal itu sedang mengisi bahan bakar apabila pengawal pantai Greek mengarahkan kapal tersebut ke pelabuhan lain dan ditahan atas … Read morePihak berkuasa Greek tahan kapal Perancis semasa mengisi bahan bakar

Timimi menghentikan mogok lapar selepas dibebaskan dari pengasingan

Sabtu, 09/07/2011 – Penjara Hasharon Israel telah memindahkan banduan Ahlam al-Tamimi yang diasingkan kepada kumpulan banduan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian yang mengakhiri mogok lapar banduan tersebut. Tamimi memberitahu peguamnya semasa lawatan bahawa beliau menghentikan mogok lapar selepas pentadbiran penjara bersetuju memenuhi permintaan beliau untuk mengatur lawatan khas dengan suaminya dan menghubungi keluarganya di Jordan. … Read moreTimimi menghentikan mogok lapar selepas dibebaskan dari pengasingan

Freedom Flotilla 2 menuju Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Konvoi Eropah untuk kepungan Gaza memberitahu bahawa kapal Sweden-Norway, salah satu Flotilla 2 berjaya mengatasi segala kehendak protokol Greece yang bertujuan untuk menghalang pelayaran kapal tersebut ke Gaza, yang berlaku selepas insiden sabotaj enjin kapal yang disyaki dilakukan oleh kumpulan luar Israel. Konvoi itu, salah sebuah perintis projek Flotilla, berkata dalam kenyataan … Read moreFreedom Flotilla 2 menuju Gaza

Konvoi bantuan perubatan tiba di Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Konvoi bantuan perubatan yang di bawa oleh Persatuan Doktor Arab telah selamat tiba di Gaza. Konvoi memasuki Gaza melalui sempadan Rafah. Sebanyak 24 jenis ubat-ubatan yang bernilai USD 290 000 telah diusahakan oleh persatuan itu. Setiausahanya, Ibrahim Za’farani menegaskan mereka komited untuk membantu keluarga mereka yang berada di Gaza. Ketua persatuan penduduk … Read moreKonvoi bantuan perubatan tiba di Gaza

Hamas menyelar tindakan Britain tunduk pada lobi Zionis

Sabtu, 09/07/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Britain kerana tidak menangkap penjenayah perang Amer Peretz, bekas menteri perang Israel, sebaliknya mengada-adakan alasan untuk menahan Sheikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam di tanah jajahan Palestin. Dalam kenyataan pada Rabu, dinyatakan bahawa Peretz termasuk senarai dikehendaki sejak bertahun-tahun di mahkamah Britain dan Eropah atas kesalahan jenayah perang. … Read moreHamas menyelar tindakan Britain tunduk pada lobi Zionis

Haneyya: Penderitaan rakyat Palestin di lintasan Rafah masih belum dapat diselesaikan

Sabtu, 09/07/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata penderitaan rakyat Palestin di terminal sempadan Rafah masih wujud dan menyeru kepimpinan Mesir untuk menamatkannya. Bercakap kepada media selepas mesyuarat bersama pegawai-pegawai keselamatan di sempadan bandar Rafah, Haneyya meminta kerajaan Mesir meringankan penderitaan tersebut dan menghapuskan halangan yang menyekat perjalanan lancar para penumpang. Beliau … Read moreHaneyya: Penderitaan rakyat Palestin di lintasan Rafah masih belum dapat diselesaikan

Banduan Wanita Mogok Lapar Selepas Dikurung Berasingan

Khamis, 07/07/2011 – Banduan wanita Palestin Ahlam al-Tamimi berkata beliau bercadang meneruskan mogok lapar itu sehingga tuntutan beliau dipenuhi, selepas pentadbiran penjara Hasharon itu mengurung beliau secara berasingan apabila beliau enggan tunduk kepada arahan untuk menanggalkan pakaian beliau. Beliau berkata dalam surat yang dia bocor kepada peguamnya ketika melawat beliau pada 3 Jun dan diterbitkan … Read moreBanduan Wanita Mogok Lapar Selepas Dikurung Berasingan

Mesir tolak permintaan Amerika untuk bebaskan perisik Zionis Israel

Khamis, 07/07/2011 –Tentera Mesir menolak permintaan Amerika untuk membebaskan salah seorang perisik Zionis-Israel yang kini berada dalam tahanan. Ilan Gavriel ditahan oleh tentera Mesir ketika berlakunya revolusi rakyat Mesir. Illan didakwa menimbulkan suasana tegang, menghasut dan melakukan provokasi terhadap rakyat mesir. Setakat ini, pihak tertinggi tentera Mesir masih belum respon terhadap permintaan itu. sumber : … Read moreMesir tolak permintaan Amerika untuk bebaskan perisik Zionis Israel

Persediaan dibuat untuk menerima para syuhada dari Perkuburan Nombor Israel

Khamis, 07/07/2011 – Palestin bersedia sepenuhnya untuk menerima 84 orang para syuhada yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Nombor Israel yang dirahsiakan, menurut pengumumam kempen kebangsaan untuk mengambil mayat syahid. Rundingan dengan Israel telah membawa kepada perjanjian awal mengeluarkan 84 daripada 334 rakyat Palestin yang ditanam di empat kawasan perkuburan rahsia yang dikenali sebagai Perkuburan Nombor, … Read morePersediaan dibuat untuk menerima para syuhada dari Perkuburan Nombor Israel