Tentera perisik Israel menculik kanak-kanak Palestin

Jumaat , 06/01/2012 – Tentera perisik keselamatan Israel telah menculik seorang kanak-kanak Palestin di Aisawiye, ke timur utara Baitulmuqaddis, pada malam Selasa, kata sumber-sumber tempatan. Mereka berkata bahawa askar menyamar memecah masuk ke kampung dan mengejar beberapa kanak-kanak yang berjaya melarikan diri kecuali kanak-kanak yang berusia 6 tahun Mohammed Ali Dirbas. Sumber-sumber menyatakan bahawa unit … Read moreTentera perisik Israel menculik kanak-kanak Palestin

Zionis menyamar dan culik remaja Palestin.

Jumaat , 06/01/2012 – Satu pasukan khas Zonis yang menyamar sebagai pejuang Palestin telah menyerbu dan menculik remaja di Issawiya. Dengan taktik kotor ini, seorang kanak-kanak berjaya sementara ramai yang berjaya meloloskan diri mereka. Di samping itu, Zionis turut menyerbu penempatan awam Palestin dan melepaskan gas pemedih mata. Ramai yang mengalami sesak nafas lalu meninggalkan … Read moreZionis menyamar dan culik remaja Palestin.

Marwan Barghotsi: Proses Perdamaian Telah Gagal

Jumaat , 06/01/2012 – Pemimpin Gerakan Fatah, Marwan Barghotsi mengecam situasi yang berlaku terhadap proses kompromi dengan penjajah Zionis dan kesannya terhadap Otoriti Palestin di Ramallah. Anggota Dewan Legislatif Palestin, yang ketika ini masih terperosok di penjara Zionis Israel, ini menegaskan bahawa “proses perdamaian telah gagal dan berakhir, tidak ada gunanya mengerahkan usaha yang sia-sia … Read moreMarwan Barghotsi: Proses Perdamaian Telah Gagal

Pusat: Kematian Issa buktikan amalan jenayah Israel terhadap tahanan

Jumaat , 06/01/2012 – Pusat Perlidungan Tawanan Palestin berkata kematian tahanan yang telah dibebaskan, Zakaria Issa membuktikan perilaku jenayah Israel terhadap tahanan Palestin. Dalam satu kenyataan pada Isnin lepas, ia berkata “syahidnya Issa” adalah hasil daripada dasar pengabaian perubatan tahanan. Ia menambah Israel telah menyekat rawatan perubatan yang betul untuk tahanan Palestin dan menafikan mereka … Read morePusat: Kematian Issa buktikan amalan jenayah Israel terhadap tahanan

Tindakan Israel meruntuhkan lintasan di Gaza di kecam.

Jumaat , 06/01/2012 – Pihak Berkuasa Palestin mengutuk pada Selasa langkah Israel meruntuhkan satu lintasan tertutup di Gaza,ia akan memperketatkan sekatan di sekitar pantai. Stesen radio Israel Rishet Bet melaporkan pada Isnin yang letupan-letupan kuat telah kedengaran apabila angkatan tentera Israel meruntuhkan bangunan-bangunan di Karni , ini ada lah amaran kepada pejuang-pejuang Palestin dan perancangan untuk … Read moreTindakan Israel meruntuhkan lintasan di Gaza di kecam.

Bekas Tahanan Mati Akibat Keadaan Kesihatan yang teruk sewaktu di penjara

Jumaat , 06/01/2012 – Zakariyya Daoud, seorang bekas tahanan politik Palestin, yang sakit teruk sewaktu berada di penjara Israel dan hanya dibebaskan pada 22 Ogos 2011, telah meninggal dunia akibat kanser pada hari Isnin. Die telah didiagnosis ketika di penjara Israel dan tidak diberikan perhatian bagi rawatan perubatan yang khusus serta keperluan. Israel telah membebaskan Daoud, … Read moreBekas Tahanan Mati Akibat Keadaan Kesihatan yang teruk sewaktu di penjara

Barhoum:Wawancara Dengan Pihak Berkuasa Penjajah Adalah “Pemasaran”.

Jumaat , 06/01/2012 – Jurucakap Gerakan Perlawanan Islam “Hamas’,Fauzi Barhoum berkata,bahawa apa yang berlaku pada pertemuan diantara pihak berkuasa Ramallah dan penjajah dengan kewujudan wakil-wakil Kuartet,adalah satu sandiwara dan membuang masa dan tidak serasi dengan segala harapan,cita-cita dan inspirasi rakyat Palestin yang menolak semua kes-kes rundingan dengan penjajahan. Barhoum berkata dalam satu kenyataan bertulis melalui … Read moreBarhoum:Wawancara Dengan Pihak Berkuasa Penjajah Adalah “Pemasaran”.

Laporan: “4500 Warga Palestin Masih Ditahan Oleh Israel”

Jumaat , 06/01/2012 – Abdul-Nasser Farawna, bekas tahanan politik dan penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal tahanan, telah menerbitkan satu laporan, mendedahkan bahawa sehingga tahun baru 2012, dan walaupun Israel telah membebaskan seramai 1027 tahanan sebagai perjanjian pertukaran-tahanan, masih terdapat 4500 orang tahanan Palestin dan berdozen tahanan Arab, masih dipenjarakan di beberapa pusat soal … Read moreLaporan: “4500 Warga Palestin Masih Ditahan Oleh Israel”

IOF geledah rumah, culik 13 rakyat Palestin

Jumaat , 06/01/2012 – Menjelang waktu Subuh Isnin lalu, tentera rejim Zionis (IOF) telah menculik seramai 13 orang rakyat Palestin dari beberapa buah kawasan yang berbeza, kebanyakkannya dari Bandar Al-Khalil. Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menculik 6 orang rakyat Palestin dari Bandar Al-Khalil, yang mana 2 orang daripada mereka dari Kem Pelarian Al-Aroub semasa … Read moreIOF geledah rumah, culik 13 rakyat Palestin

Abu Zuhri: Kami menyeru kepada PA di Ramallah untuk menghentikan mesyuarat dengan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, telah menggesa Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah untuk tidak menghadiri mesyuarat hari Selasa dengan Israel di Amman kerana mesyuarat itu pasti hanya akan menyebelahi pihak Israel. Beliau berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa Israel akan mengeksploitasi mesyuarat, yang akan dihadiri oleh jawatankuasa kuartet antarabangsa, … Read moreAbu Zuhri: Kami menyeru kepada PA di Ramallah untuk menghentikan mesyuarat dengan Israel

Hamas : 72 penyokongnya ditahan oleh PA Ramallah bulan lepas.

Rabu , 04/01/2012 – Hamas menegaskan bahawa pihak berkuasa Fatah di Tebing Barat terus melancarkan penangkapan terhadap penyokong dan penggerak Hamas, “dan hal ini bukan semakin berhenti malaah menjadi-jadi meskipun peremuan untuk membincangkan rekonsiliasi sedang berjalan di antara Fatah dan Hamas.” Laporan ini telah dikeluarkan oleh pihak media Hamas yang memantau perjalanan kerajaan Perjanjian Oslo … Read moreHamas : 72 penyokongnya ditahan oleh PA Ramallah bulan lepas.

Tahanan yang dibebaskan berada dalam koma

Rabu , 04/01/2012 – Tahanan Palestin yang dibebaskan, Zakaria Issa berada keadaan koma sejak pagi Isnin lalu kerana keadaan kansernya merosot selepas kehilangan penglihatan, percakapan dan keupayaan untuk menggerakkan kaki dan tangan kanannya. Ahli-ahli keluarga berkata Issa, 43, meninggal dunia selepas cuba mendapatkan rawatan di Tebing Barat dan Jordan namun gagal untuk menyembuhkannya. Rejim Zionis … Read moreTahanan yang dibebaskan berada dalam koma

Haneyya ulas tentang Marmara: Darah para syuhada Turki berjaya menentang serangan

Rabu , 04/01/2012 – Perdana Menteri Gaza Ismail Haneyya berkata, darah para syuhada Turki yang tumpah ketika cuba menembusi sekatan Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Beliau berkata, ketika melawat kapal Marmara pada Isnin, Israel telah melakukan jenayah lanun yang paling ganas terhadap Freedom Flotilla dalam rangka keganasan ke atas dunia yang menyokong Gaza. Haneyya … Read moreHaneyya ulas tentang Marmara: Darah para syuhada Turki berjaya menentang serangan

Israel Rampas 13 Hektar Tanah Wadi Jauz di Al-Quds

Rabu , 04/01/2012 – Sumber Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Rakyat mengungkapkan tentang sejumlah rampasan tanah rakyat di beberapa wilayah industri di Wadi Jauz, Al-Quds terjajah. Ia mencakupi 13 hektar tanah dimana terdapat 170 kedai yang melibatkan 700 warga Palestin. Kawasan ini terbentang antara sempadan universiti Arab hingga muzium Palestin yang dikenali sebagai Muzium Raukfar. … Read moreIsrael Rampas 13 Hektar Tanah Wadi Jauz di Al-Quds

Amman bakal menjadi tuan rumah mesyuarat antara Palestin dan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jordan berkata Amman akan menjadi tuan rumah mesyuarat Palestin-Israel pada Selasa depan dalam usaha untuk menghidupkan semula rundingan damai antara kedua-dua pihak. Jurucakap kementerian itu menyatakan bahawa Menteri Luar Jordan, Naser Judeh akan menjadi tuan rumah mesyuarat di Amman yang akan dihadiri oleh wakil utusan antarabangsa … Read moreAmman bakal menjadi tuan rumah mesyuarat antara Palestin dan Israel