Penunjuk perasaan membantah kenaikan harga barang dengan membakar patung Fayyad di al-Khalil

Isnin , 10-09-2012 – Beratus-ratus rakyat Palestin menganjurkan bantahan besar-besaran di dataran Ibn Rushd di bandar al-Khalil pada hari Selasa berkenaan kos sara hidup dan meminta Perdana Menteri PA Salam Fayyad agar meletak jawatan. Puluhan teksi, jentolak dan kenderaan awam mengembara dari selatan ke pusat bandar al-Khalil untuk membantah kenaikan kos bahan api, memandu kenderaan … Read morePenunjuk perasaan membantah kenaikan harga barang dengan membakar patung Fayyad di al-Khalil

Tunisia menjadi tuan rumah kepada persidangan menyokong tahanan Palestin yang terbesar

Isnin , 10-09-2012 – Ibu negara Tunisia dijadualkan menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa terbesar dalam menyokong tahanan Palestin dan Arab di penjara Israel pada November nanti di bawah tajaan rasmi presiden republik itu, Moncef Marzouki. Jawatankuasa Persediaan untuk persidangan yang bermesyuarat pada Selasa telah mengambil keputusan bahawa persidangan akan diadakan pada 10 dan 11 … Read moreTunisia menjadi tuan rumah kepada persidangan menyokong tahanan Palestin yang terbesar

Keputusan Makhkamah Memihak Kepada Guru yang Dipecat

Isnin , 10-09-2012 – Makhkamah Agung Ramallah yang bersidang pada hari selasa, membuat keputusan membatalkan pemecatan sewenang-wenangnya beratus-ratus guru atas alasan politik berikutan pembahagian negara pada 2007 dan mereka kembali bertugas. Pada tahun 2008, hampir 400 orang guru dipecat daripada pekerjaan mereka disebabkan kegagalan mereka menjalani “pemeriksaan keselamatan” dan dihalang daripada bekerja di sekolah-sekolah swasta. … Read moreKeputusan Makhkamah Memihak Kepada Guru yang Dipecat

Rejim Israel ingin menerapkan unsur Yahudi di kawasan Buraq

Khamis , 06-09-2012 – Tentera rejim Israel menjalankan langkah-langkah menerapkan unsure Yahudi di kawasan Buraq dan sekitarnya di Masjid Aqsa, demikian menurut pendedahan Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa. Pihak berkuasa Israel telah mempertingkatkan acara-acara “Tavilah” untuk golongan muda Yahudi dekat Tembok Buraq yang mana ianya ditaja oleh Jabatan Presiden Israel, menurut Yayasan itu. Yayasan Aqsa … Read moreRejim Israel ingin menerapkan unsur Yahudi di kawasan Buraq

Pidato Mursi di Tehran, Isyarat Kelahiran Projek Arab

Khamis , 06-09-2012 – Sebelumnya, banyak pihak meragui kunjungan Mursi ke Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran. Namun setelah menyampaikan pidato, banyak pihak menaruh harapan besar kerana banyak yang menyatakan persidangan kali ini lebih banyak akan dimanfaatkan oleh Iran yang dilihat memiliki projek membangun pakatan baru yang berpihak kepadanya. Wajar mereka yang meragui Mursi … Read morePidato Mursi di Tehran, Isyarat Kelahiran Projek Arab

13 Yahudi Serang Nelayan Palestin Sejak Dua Bulan Lalu

Khamis , 06-09-2012 – Pusat Hak-hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) merekodkan tiga belas keganasan terhadap nelayan Palestin di Tebing Gaza yang didalangi oleh tentera laut Israel sejak dua bulan yang lalu. PCHR merekodkan bahawa keganasan Yahudi terhadap nelayan Palestin bermula pada tempoh aduan bermula 26 Julai hingga 1 Ogos termasuk sepuluh insiden dimana tentera Israel … Read more13 Yahudi Serang Nelayan Palestin Sejak Dua Bulan Lalu

Rejim Zionis menubuhkan pusat pemeriksaan di al-Khalil dan memanggil bekas banduan

Selasa , 04-09-2012 – Regim zionis Israel (IOF) menubuhkan pusat pemeriksaan ketenteraan pada petang Sabtu di utara al-Khalil di Tebing Barat dan mula memeriksa identiti orang yang lalu-lalang. Saksi memberitahu PIC bahawa askar-askar mempergiatkan lagi kehadiran mereka di jalan-jalan utama di al-Khalil dan mereka secara tiba-tiba menubuhkan dua pusat pemeriksaan ketenteraan berhampiran jambatan Halhoul, utara … Read moreRejim Zionis menubuhkan pusat pemeriksaan di al-Khalil dan memanggil bekas banduan

Hamas menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa , 04-09-2012 – Gerakan Hamas mendakwa rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan Palestin yang mogok lapar di penjaranya dan menggesa agar mereka dibebaskan segera. Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas berkata para pemogok lapar tersebut diabaikan penjagaannya dan dikenakan hukuman pengasingan di penjara Israel manakala pihak berkuasa penjara Israel terus mengabaikan tuntutan … Read moreHamas menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan yang mogok lapar

Israel musnahkan kediaman rakyat Palestin di Negev dan Baitulmuqaddis

Isnin , 03-09-2012 – Jentolak Israel memusnahkan tiga kediaman rakyat Palestin pada Rabu di Negev, selatan tanah jajahan-1948 Palestin dan menghantar pemberitahuan untuk pemusnahan di Baitulmuqaddis. Sumber tempatan memberitahu PIC bahawa jentolak-jentolak yang diiringi oleh tentera menyerbu Rukhmh dan Bir Hadaj di Negev dan memusnahkan 3 kediaman atas alasan tiada permit pembinaan. Salah satu kediaman … Read moreIsrael musnahkan kediaman rakyat Palestin di Negev dan Baitulmuqaddis

Abbas Dituntut Minta Maaf kepada Rakyat Palestin

Isnin , 03-09-2012 – Pemerintah Palestin di Gaza meminta ketua pihak otoriti Palestin, Mahmud Abbas untuk meminta maaf kepada rakyat Palestin setelah beliau menyatakan bahawa Israel memiliki hak di tanah Palestin dan tidak boleh diusir. Sebelumnya, dalam pertemuan beliau dengan para rabi Yahudi di pejabat presiden di Ramallah, Isnin lalu, Abbas menyebutkan bahawa Israel ada … Read moreAbbas Dituntut Minta Maaf kepada Rakyat Palestin