Categories
Berita Semasa

Kesihatan Balawna dalam tahanan semakin merosot

Jumaat 28-02-2014 –Pihak berkuasa Israel telah menangguhkan perbicaraan Ramisya Balawna, 53 dari kem tahanan Tulkarem sehingga bulan Mac walaupun keadaan kesihatan wanita tersebut semakin merosot, seperti yang diberitahu oleh keluarga Balawna kepada pusat Ahrar.

Menurut maklumat dari keluarga Balawna, wanita tersebut menderita akibat tekanan darah tinggi dan diabetis, di samping keadaan psikologinya yang tidak stabil disebabkan oleh manipulasi berterusan Israel mengenai isu beliau. Perbicaraan Balawna telah ditangguhkan sebanyak 4 kali.

Dari pihak pengarah pusat Fouad Khuffash , beliau mengatakan pihak berkuasa Israel menolak rayuan untuk melepaskan tahanan wanita tersebut walaupun keadaan kesihatan Balawna berada pada tahap yang teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Puluhan terbunuh dalam siri serangan di Iraq

Jumaat 28-02-2014 – Lebih 60 orang yang kebanyakannya pegawai tentera kerajaan terbunuh dan lebih daripada 70 orang tercedera dalam serangan yang berasingan di Iraq semalam.

Sumber kesihatan dan keselamatan berkata bahawa 14 orang terbunuh dan 45 orang yang lain cedera dalam letupan kereta berani mati di Karrada, Baghdad petang semalam. Pasukan keselamatan melepaskan tembakan amaran sejurus selepas letupan tersebut.

Lima anggota polis juga terbunuh dan 15 tercedera dalam letupan kereta berani mati yang mensasarkan Majlis Wilayah Anbar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

20 keluarga di Lembah Jordan terima arahan berpindah

Jumaat 28-02-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) memberikan notis arahan berpindah kepada 20 keluarga di utara Lembah Jordan kawasan Ebzeiq.

Para penduduk berkata notis tersebut diberi pada Selasa malam atas alasan latihan ketenteraan akan dijalankan oleh pihak tentera IOF di kawasan itu pada pagi Rabu.

Mereka berkata arahan pemindahan itu menyatakan bahawa para penduduk harus meninggalkan kediaman dan khemah mereka dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. IOF mengambil kesempatan dari latihan ketenteraan itu dari semasa ke semasa untuk mengganggu golongan Badwi yang tinggal di Lembah Jordan dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Sabah: Penutupan Perlintasan Rafah Adalah “Jenayah Perang”

Jumaat 28-02-2014 –Menteri Undang-Undang Palestin, Athaullah Abu Sabah menuntut Mesir menunaikan tanggungjawabnya membuka sekatan terhadap Gaza dan membuka pintu masuk Rafah secara tetap dan tanpa apa-apa syarat.

Dalam sidang akhbarnya, Rabu (26/2) Abu Sabah menegaskan, Sekatan Gaza merupakan tindakan tidak sah yang menyalahi norma dan undang-undang antarabangsa dan Hak Asasi Manusia. Abu Sabah menganggap Sekatan Gaza merupakan kejahatan perang, yang harus diseret ke pengadilan antarabangsa sebagai jenayah perang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

20 tahanan Palestin ditahan dalam penjara berasingan

Jumaat 28-02-2014 – Kementerian Hal Ehwal Banduan mendedahkan 20 tahanan Palestin telah ditahan di penjara Israel untuk tempoh masa yang berbeza.

Menurut laporan daripada Kementerian tersebut, empat tahanan telah di tempatkan di dalam sel yang berasingan di penjara Eshel, manakala dua tahanan ditempatkan di penjara Ramle. Baki tahanan lain ditempatkan di lain-lain penjara Israel. Kementerian Hal Ehwal Banduan mengutuk dasar pengasingan oleh Israel yang dipraktiskan terhadap tahanan Palestin, dan sekaligus telah melanggar perjanjian yang telah dicapai antara Pergerakan Tahanan Banduan dan pihak berkuasa Israel untuk menamatkan dasar sel tahanan berasingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Laporan: Mesir menutup sempadan Rafah selama 96 hari dalam masa 6 bulan

Khamis, 27-02-2014 – Statistik rasmi Palestin menunjukkan bahawa pada tahun 2013, sempadan Rafah telah ditutup selama 101 hari, sementara jumlah penutupan sempadan tersebut mencecah 96 hari sejak 30 Jun.

Statistik tahunan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Am Sempadan, Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara di Gaza, menunjukkan bilangan pelepasan yang merentasi sempadan Rafah pada 2013 hanya mencecah 152,278 penumpang, yang mana merupakan bilangan kecil berbanding tahun 2012, akibat daripada penutupan sempadan yang kerap terutama pada separuh tahun yang kedua. Sebahagian sempadan Rafah telah dibuka sejak awal Julai lalu selepas rampasan kuasa tentera Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

MK Moshe Feiglin cemar Masjid Aqsa

Khamis, 27-02-2014 – Ahli Knesset Israel, Moshe Feiglin telah mencemari perkarangan Masjid Aqsa awal Rabu lalu dan membuat lawatan di halaman masjid tersebut selama setengah jam. Menurut Pengarah awam Pembiayaan Islam di Jerusalem iaitu Sheikh Azzam Al-Khatib, Feiglin telah
membuat lawatan di kawasan bahagian barat masjid tersebut dan berdiri di halaman Kubah Sakhrah.

Tambah al-Khatib lagi, seorang jurugambar turut serta mengikuti MK dalam lawatan tersebut. Feiglin dalam lawatannya, berkata “ Masjid Aqsa dan Kubah Sakhrah adalah milik orang Yahudi. Orang Arab patut meninggalkan Arab Saudi.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Para Pegawai Tinggi Jordan Tegaskan Hak Mereka Lawan Penjajah Zionis

Khamis, 27-02-2014 – Sejumlah pegawai Tinggi Jordan menegaskan hak mereka untuk melakukan perlawanan terhadap penjajah Zionis, walau ada perbezaan mengenai asas undang-undang keamanan negara yang mengecualikan perkataan ‘perlawanan’ dengan perkataan ‘membenteras terorrisme’.

Sebelumnya, Dewan Senat Jordan menambah perenggan dalam draf undang-undang pengadilan keamanan negara tahun 2013 dengan mengecualikan perkataan bagi kegiatan yang berhubungan perlawanan terhadap Zionis adalah tindakan melawan undang-undang iaitu sebagai satu kejahatan terorrisme.

Dalam perdebatan isu ini di Dewan Kerajaan, (Khamis 20/2) Perdana Menteri Jordan Abdullah Nashur mengatakan bahawa maksud dari perenggan tersebut telah mengurangkan erti perlawanan terhadap penjajahan dan memburukkan sesuatu yang tidak dimaksudkan dengan perlawanan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang melanggar seorang kanak-kanak dekat penempatan Israel di al-Kahlil

Khamis, 27-02-2014 – Seorang pendatang Israel melanggar seorang kanak-kanak Palestin dekat Kiryat Arba di timur al-Kahlil Tebing Barat pada Rabu.

Sumber media Palestin mengesahkan bahawa seorang pendatang melanggar kanak-kanak brusia 7 tahun dan mengakibatkan kecederaan walaupun tidak serius. Kes langgar lari oleh pendatang dan kenderaan tentera Israel terus berlanjutan terutamanya di kawasan jalan pintas yang digunakan para pendatang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin bukanlah rakyat yang teruk

Khamis, 27-02-2014 – Sesetengah orang suka menghentam rakyat Palestin, menuduh mereka mementingkan diri sendiri, tinggal dalam kemunduran dan tidak bersedia untuk berkorban. Mereka bersedia untuk meninggalkan hak-hak tetapi rakyat Palestin seperti kehilangan, dibakar di atas api realiti yang suram, tidak berbaloi pengorbanan dan tidak layak kebebasan kerana mereka peminta sedekah, hidup terbiar dan malas. Semua puak palestin telah hilang kelayakan tetapi pemimpin mereka semua sibuk mengekalkan kerusi.

Inilah kekeliruan antara baik dan buruk, antara realiti dan mimpi, antara pengorbanan dan melakukan, yang mengelakkan realiti rakyat palestin. Di sini terdapat anggapan yang salah. Yang mencerminkan hanyalah psikologi mereka yang tidak mengamalkan kenegaraan, tidak
mengambil bahagian dalam perlawanan, tidak merasai kemanisan pengorbanan lalu menjustifikasikan kekurangan mereka dengan menuduh rakyat Palestin serta menjustifikasikan diri mereka tidak menyertai peperangan dan tidak membenarkan anak-anak lelaki mereka memberi,
dengan memandang ringan terhadap para pejuang. Mereka menuduh rakyat Palestin semuanya bersifat dengan sifat yang tiada kualiti sehingga hubungan dengan Israel – menurut kaca mata mereka ialah cara yang paling pintas untuk mendapat kehidupan yang bermaruah.

Orang yang membenci kebolehan rakyat Palestin adalah orang yang keji kerana mereka memandang rendah pengorbanan rakyat palestin yang tidak didedahkan kecuali hakikat jiwanya yang tumbuh dalam acuan. Mereka memandang rendah aspirasi politik rakyat palestin dan mendarat dengan impian dan cita-cita yang telah dibuang, mereka adalah orang yang hidup di pinggir pendapatan dan rezeki yang murah. Rakyat palestin telah menegur zionis dan perkauman mereka 100 tahun. Mereka menegur orang-orang yang berkomplot atas kes mereka walaupun penipuan lapisan masyarakat. Mereka menegur yahudi yang tamak di rantau Arab tanpa melalui saluran. Rakyat palestin yang mempunyai jiwa yang lemah terus menegur dan tidak hilang keazaman mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik tiga rakyat Palestin pada malam semalam dan awal pagi tadi (Isnin 17-2-2014 )

Jumaat, 21-02-2014 -Angkatan Bersenjata Israel (IOF) meneruskan kegiatan penangkapan harian mereka pada malam semalam dan Ahad pagi lepas di beberapa kawasan di Tebing Barat dan menculik tiga orang rakyat Palestin.

Sumber keselamatan Palestin di bandar Al-Khalil memberitahu Quds Press bahawa IOF telah menculik seorang pemuda yang dikenalpasti sebagai Saeed Al-Aweiwi di satu titik pemeriksaan dekat bandar Bani Na’im dan menculik seorang lagi yang bernama Saddam Abu Sunaina di kawasan Tel Armideh.

Quds Press juga dimaklumkan oleh satu sumber tempatan yang lain di Bandar Beit Ummar, Al-Khalil yang tentera Israel telah memukul teruk seorang pemuda yang dikenalpasti sebagai Ahmed Abu Ayyash malam semalam dan telah membawa pemuda tersebut ke satu pusat interogasi di kawasan penempatan Kiryat Arba yang berdekatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar pertemuan Abbas dengan Israel di Ramallah

Jumaat, 21-02-2014 -Gerakan Hamas menyelar presiden pihak berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas dengan puluhan warga Israel di ibu pejabat PA di Ramallah.

“Pertemuan ini merupakan usaha untuk menjaga hubungan dengan para pembunuh Israel,” jurucakap gerakan itu berkata. “pertemuan ini perlu dihentikan, kerana ia membawa kepada kehancuran kedudukan PA.”

Abbas bertemu delegasi 270 belia Israel di ibu pejabat PA di Ramallah dan menyambut mereka dengan ucapan dalam bahasa Ibrani. Abbas memberi taklimat tentang sokongannya terhadap proses damai yang diselia Amerika Syarikat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Halaiqa: Kuasa untuk membuat jalan kejutan konsensi yang dibuat secara rundingan

Jumaat, 21-02-2014 – Ahli majlis Perundangan Palestin, Samira Halaiqa menganggap bahawa ucapan yang disampaikan Mahmud Abbas, Pihak Berkuasa Palestin semalam, ahad (2-16) di hadapan delegasi yahudi adalah terus-menerus untuk mengelirukan rakyat Palestin tentang kehidupan yang mengelirukan yang dicari oleh beliau.

Halaiqa mengambarkan dalam kenyataan kepada Quds Press bahawa ucapan itu sebagai percubaan yang terdesak untuk keluar daripada situasi takut dan keliru yang dihadapi pihak berkuasa dan membuat konsensi selepas konsensi.

Halaiqa, timbalan blok “Perubahan dan Reformasi” pergerakan HAMAS melihat bahawa kenyataan seperti itu mencerminkan jumlah konsensi yang bersedia untuk melakukan apa-apa yang memihak kepada beliau tidak mahu berperang dengan zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kerugian Zionis Bertambah Parah Akibat Pemboikotan Ekonomi

Jumaat, 21-02-2014 – Pemimpin Inisiatif Nasional Palestin, Dr. Mustafa Barghotsi menegaskan bahawa kerugian pihak Zionis di Tebing Barat terus bertambah akibat pemboikotan ekonomi. Hal tersebut disampaikan Mustafa Barghotsi sewaktu Persidangan Gerakan Pemboikotan Ekonomi untuk Produk Penjajah Zionis yang diadakan di Al Bira, Isnin (17/2).

Beliau mengatakan bahawa gerakan pemboikotan ini bukan hanya berjaya, tetapi telah memasuki tahap kritikal kepada Israel. Beliau menambah ada perluasan besar pada jumlah pihak pemboikotan rakyat dan sivil di Eropah. Dengan demikian, strategi yang menggabungkan antara perjuangan rakyat dan pemboikotan merupakan jalan utama untuk merubah situasi dan elemen perimbangan untuk kepentingan rakyat Palestin serta memaksa penjajah Zionis mengalami kerugian.

Mengenai dana 100 juta Shekel yang diperuntukkan pihak penjajah Zionis untuk melawan kempen pemboikotan, Mustafa Barghotsi mengatakan, “Ini membuktikan kejayaan kempen pemboikotan barangan Israel yang dijalankan.” Beliau bertanya, “Jika benar kempen ini gagal, apakah Israel akan memperuntukkan dana dan melakukan langkah-langkah perlawanan terhadap kempen pemboikotan ini?”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan menyelar keputusan Abbas untuk memadamkan status agama dari kad pengenalan rakyat Palestin

Jumaat, 21-02-2014 – Kerajaan Palestin di Gaza dengan kukuh mengecam keputusan yang diambil oleh Presiden Mahmoud Abbas untuk menghapuskan status agama dari kad pengenalan dan menuduhnya membuka jalan bagi pelan rangka kerja Kerry. Penasihat politik kepada Perdana Menteri Taher Al-Nunu berkata langkah oleh Abbas ini bertujuan untuk menyediakan jalan bagi pelaksanaan pelan Kerry yang menuntut pihak berkuasa Palestin (PA) untuk menyerap pendatang Yahudi ke dalam masyarakat Palestin sebagai warganegara dua kerakyatan negeri yang dicadangkan.

Nunu menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan menerima keadaan itu atau membenarkan Abbas untuk menyerahkan satu inci tanah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada