Kecederaan dilaporkan dalam kejadian serbuan oleh Rejim Zionis di al-Khalil

Isnin, 08-08-2016 – Seorang pemuda Palestin telah dimasukkan ke hospital kerana cedera akibat peluru manakala yang lain sesak nafas akibat gas pemedih mata ketika pertelingkahan dengan IOF pada petang Khamis di kampung Beit Ummar, utara al-Khalil. Tentera rejim IOF menyerbu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata serta peluru getah dan hidup. Seorang pemuda berusia 19 … Read moreKecederaan dilaporkan dalam kejadian serbuan oleh Rejim Zionis di al-Khalil

Tentera Israel roboh kediaman keluarga pemuda yang menentangnya.

Isnin, 08-08-2016 – Tentera rejim Israel memulakan kerja-kerja meroboh rumah kediaman dua tahanan bersaudara Khalid dan Muhammad Makhamreh yang terletak di bandar Yatta, selatan al-Khalil di awal pagi Khamis, kelmarin. Semasa tentera rejim membuat kawalan di sekitar rumah kedua-dua mangsa, penduduk tempatan warga Palestin datang dan berlaku pertempuran dengan pihak tentera. Bagaimana pun, jentolak milik … Read moreTentera Israel roboh kediaman keluarga pemuda yang menentangnya.

Persediaan kumpulan pelampau Yahudi mengadakan program anti-Aqsa

Jumaat, 05-08-2016 – Kumpulan pelampau Yahudi telah memulakan persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk menghasut pengikut-pengikut mereka mengambil bahagian dalam acara-acara di Yerusalam serta perarakan besar-besaran ke Masjid Aqsa yang akan dianjurkan sepanjang bulan Ogos sempena memperingati apa yang mereka dakwa sebagai hari kemusnahan kuil pertama dan kedua. Menurut laman web berita Qpress, persediaan ini termasuk … Read morePersediaan kumpulan pelampau Yahudi mengadakan program anti-Aqsa

Arij: Israel mengeluarkan tender baru walaupun dunia Arab menyeru menghentikan pembinaan penempatan

Jumaat, 05-08-2016 – Institut Penyelidikan Gunaan – Arij menyatakan yang rejim Israel mengabaikan seruan dunia Arab agar menghentikan aktiviti penempatan pendatang dan mengeluarkan 4 tender pembinaan 323 unit kediaman baru bagi pendatang di Baitulmuqaddis. Tender-tender tersebut adalah untuk pembinaan 89 unit rumah tambahan di Gilo, 36 unit di Neve Ya’akov, 68 di Pisgat Ze’ev, dan … Read moreArij: Israel mengeluarkan tender baru walaupun dunia Arab menyeru menghentikan pembinaan penempatan

Israel keluarkan perintah hadir siasatan kepada kakitangan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 05-08-2016 – Polis rejim penjajah Israel, mengeluarkan surat perintah untuk hadir bagi memberi keterangan terhadap Ketua Media dan Perhubungan Awam, Jabatan Wakaf serta Pegawai Keselamatan, Masjidil al-Aqsa. Kedua-dua mereka, Firas al-Debs dari Jabatan Wakaf, Baitulmuqaddis dan Arafat Najeeb, Penyelia Keselamatan, Masjidil al-Aqsa telah diberi surat tersebut untuk hadir ke pejabat bahagian siasatan Qishleh di … Read moreIsrael keluarkan perintah hadir siasatan kepada kakitangan Masjidil Aqsa.