Categories
Berita Semasa

Rejim Israel jual senjata kepada Myanmar.

Isnin, 11-09-2017 – Akhbar Haaretz mendedahkan tindakan Kementerian Perang Israel yang tetap enggan menghentikan penjualan senjata kepada Myanmar (Burma) biarpun pemerintah negara itu melakukan penghapusan etnik ke atas kaum minoriti Islam Rohingya.

Menurut Akhbar itu, pada September, 2015 seorang pegawai kanan tentera Myanmar berpangkat jeneral telah melawat Israel dan mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel bagi urusan pembelian kelengkapan ketenteraan. Pertemuan itu menunjukkan bahawa kerajaan Israel sejak sekian lama telah menjual senjata kepada pihak “junta tentera di Burma”.

Rundingan ketenteraan antara Israel dan rejim Myanmar itu juga telah membuktikan berlakunya urusniaga lebih giat walaupun Amerika Syarikat dan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas penjualan peralatan senjata kepada rejim tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu merayu ICRC untuk membantu mengembalikan tentera yang hilang

Isnin, 11-09-2017 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Peter Maurer, untuk campur tangan dalam urusan membawa pulang tentera Israel yang hilang di Gaza.

Laman web akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa permintaan Netanyahu tersebut dinyatakan semasa pertemuannya dengan Maurer di Baitulmaqdis. Beliau juga meminta presiden ICRC itu membantu kerajaannya dalam memperoleh maklumat tentang tentara mereka.

Bagi pihaknya, Maurer berkata bahawa ICRC telah berada di rantau ini untuk jangka masa yang lama dan sentiasa berusaha untuk mencari cara yang berkesan dalam menyelesaikan cabaran yang berlaku di rantau ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kematian Tahanan Adalah Jenayah Melampau Israel

Isnin, 11-09-2017 – Hamas menyeru Israel supaya bertanggungjawab atas kematian tahanan Palestin yang cedera Raed al-Salhi. Jurucakap Hamas, Hazem Kasem, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kematian Salhi disebabkan oleh “jenayah” Israel. Beliau juga menegaskan bahawa, isu tahanan akan menjadi keutamaan Hamas sehingga mereka memperoleh kebebasan.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan berkata, tahanan yang cedera, Raed al-Salhi, 21, yang meninggal dunia pada Ahad, cedera parah apabila askar Israel cuba menangkapnya semasa serbuan di rumahnya pada bulan Ogos.

Kira-kira 1,200 tahanan Palestin dari 7,000 penjara Israel mengalami masalah kesihatan yang serius akibat kegagalan menerima bantuan perubatan. Hampir 21 banduan telah didiagnosis dengan pelbagai jenis kanser manakala 17 daripadanya mempunyai masalah berkaitan dengan jantung.

Peguam dari Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan pada petang Isnin memfailkan rayuan awal kepada pihak pendakwaan Israel yang menuntut penyerahan segera jenazah Salhi yang masih ditahanoleh pihak berkuasa Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Sabri: Tindakan ganas rejim Israel cemari sambutan Aidil Adha di Palestin.

Khamis, 07-09-2017 – Sambutan Aidil Adha di seluruh wilayah Palestin lebih sukar dari apa yang kamu semua sangka, demikian kata Ketua Jawatankuasa Majlis Tertinggi Agama Islam Baitulmuqaddis, Sheikh Ekrema Sabri.

“Kami merayakan Aidil Adha, sedangkan ramai dari kalangan warga Palestin masih berada di penjara, cedera atau malah dibunuh rejim Israel,” kata beliau kepada PIC. “Penjajahan ke atas Baitulmuqaddis menyebabkan kami berada dalam keadaan sukar kerana bergelut dengan kepungan tentera rejim dan pada masa sama bergembira merayaan hari mulia ini.”

“Penduduk Palestin hanya akan gembira jika penjajah Israel keluar dari tanah air kami,” dan tambah beliau lagi, “Bagaimana kami boleh gembira di sini sedangkan kami berhadapan dengan rejim Israel yang sedang menganas?”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar rejim Israel kerana membenarkan apartheid di al-Khalil

Khamis, 07-09-2017 – Pada Ahad, Hamas mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel kerana memberi kebenaran rasmi kepada para pendatang untuk menguruskan hal mereka di wilayah al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Jurucakap Hamas Abdulatif al-Kanou’ menyifatkan keputusan itu sebagai perlanggaran kesemua undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB. Beliau menambah yang keputusan itu menggambarkan sikap pelampau rejim Israel dan polisi apartheid ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas membantah penubuhan majlis perwakilan peneroka haram

Khamis, 07-09-2017 – Gerakan penentangan Islam, Hamas pada Isini lepas membantah keras langkah kerajaan Israel mewujudkan majlis perwakilan bagi mewakili para peneroka haram yahudi di wilayah al-Khalil.

Jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanou’, mengesahkan kepada media bahawa langkah tersebut adalah bagi memberikan lebih kuasa kepada peneroka haram kerana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan perbandaran secara bebas tanpa perlu bergantung kepada majlis perbandaran sedia ada.

Pihak berkuasa Israel telah memutuskan untuk membenarkan peneroka haram untuk menguruskan hal perbandaran mereka sendiri di wilayah al-Khalil. Penduduk Palestin membantah tindakan tersebut kerana ianya memberi imej bahawa peneroka haram Israel mempunyai hak keatas tanah Palestin yang dicerobohi.

Qanou’ menyatakan bahawa tindakan tersebut menonjolkan sikap ekstremis kerajaan Israel dan polisi ‘barabaric’ terhadap penduduk Palestin, sambil menambah ianya adalah bukti jelas akan kegagalan sebarang perjanjian dengan Israel. Beliau menggesa PBB dan masyaralat antarabangsa untuk memberikan tekanan kepada Israel agar mereka menghentikan jenayah dan keganasa terhadap penduduk Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Qatar Mengutuk Keputusan Israel untuk Membina Penempatan Baru

Khamis, 07-09-2017 – Qatar dengan tegas mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menubuhkan penempatan baru di Nablus, Tebing Barat. Menteri Luar Qatar dalam satu kenyataan menggambarkan bahawa langkah itu adalah melanggar Resolusi Hak Antarabangsa.

Kenyataan yang dikeluarkan juga menekankan bahawa kesinambungan pelanggaran Israel itu akan melemahkan usaha antarabangsa untuk mencapai penyelesaian kedua-dua negara tersebut dan menyeru komuniti antarabangsa agar memaksa Israel untuk menghentikan dasar penyelesaiannya di wilayah Palestin itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Abbas Bakal Bertemu Erdorgan Pada Isnin

Selasa, 05-09-2017 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba pada malam Ahad di ibu negara Turki, Ankara untuk lawatan selama tiga hari. Abbas dan delegasinya yang dijadualkan akan bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan pegawai kanan Turki pada hari Isnin.

Menurut agensi berita Wafa, kedua-dua pihak akan membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan dua hala dan mengenai isu kepentingan bersama. Lawatan itu atas usaha Turki untuk memulihkan perdamaian Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Ratusan warga Israel turun ke jalanan membantah “Netanyahu yang korup”

Selasa, 05-09-2017 – Sekitar 1,500 orang membantah kerajaan rasuah pada Sabtu malam di Bandar Israel Petah Tikva, berdekatan kediaman Peguam Negara Avichai Mendelblit.

Menurut sumber akhbar Israel, ratusan pembantah berkumpul di hadapan kediaman Peguam Negara Israel pada Sabtu bagi menuntut agar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa atas kesalahan rasuah.

Bantahan-bantahan tersebut merupakan pelopor kepada gerakan protes ke atas salah laku kewangan hubungan haram dengan para eksekutif media, perniagaan antarabangsa dan Hollywood.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel lanjutan tempoh penahanan Shabana.

Selasa, 05-09-2017 – Rejim Israel bertindak melanjutkan tempoh penahanan Mahmud Shabana buat kali ke empat. Menurut Pusat Tahanan Palestin, tempoh hukuman tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan itu telah dilanjutkan untuk tiga bulan lagi.

Beliau ditahan sebanyak 11 kali dan telah menghabiskan 21 tahun hidup di penjara Israel, termasuk 17 tahun di bawah tahanan tanpa bicara dan kali terakhir beliau ditahan ialah ketika berada di rumah pada 20 Julai, 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Loji kuasa Gaza menggunakan turbin ketiga selepas menerima bahan api

Selasa, 05-09-2017 – Pihak berkuasa dan tenaga sumber Palestin di Semenanjung Gaza hari ini berkata, loji kuasa itu mengendalikan turbin ketiga setelah menerima penghantaran bahan api Mesir.

Dalam siaran akhbar, pihak berkuasa tenaga menambah bahawa program bekalan tenaga harian akan disokong secara beransur-ansur selepas menjalankan turbin ketiga, mengesahkan bahawa ia akan meneruskan usahanya untuk meningkatkan perkhidmatan elektrik di Gaza.

Sehubungan itu, jam semasa pengagihan elektrik akan meningkat dan menggantikan jadual harian bekalan kuasa selama empat jam dan pemadaman selama 12 jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada