Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel halang penduduk Palestin mahu beri sokongan pada petani.

Khamis, 28-06-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak kasar terhadap sekumpulan penduduk Palestin yang berkumpul bagi menyokong petani tempatan yang mengadakan bantahan kerana tanah mereka bakal dirampas pihak rejim di bandar Bani Naim, barat al-Khalil.

Tanah yang akan dirampas itu dianggarkan berkeluasan 20 dunum (ekar) dan terletak di al-Hamra, kawasan yang termasuk dalam bandar tersebut. Tanah yang dirampas itu akan diguna bagi pembesaran petempatan haram Yahudi Beni Heifer.

Peserta terlibat mengatakan bahawa tentera rejim Israel menyerang, menahan dan menghalang sebahagian dari mereka yang ingin menyertai bantahan itu dengan alasan mereka berkumpul di zon tentera yang tertutup dan terlarang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Israel ancam roboh tiga rumah penduduk Palestin di Bethlehem.

Rabu, 27-06-2018 – Tentera rejim zionis Israel memberi notis arah roboh ke atas tiga buah rumah milik warga Palestin di Nahaleen, bandar yang terletak di sebelah barat bahagian Tebing Barat selatan, wilayah Bethlehem. Timbalan Datuk Bandar Nahaleen, Hani Fonoon berkata bahawa tentera rejim telah mengedarkan notis roboh ke atas tiga rumah di bandar tersebut dan dipetik telah memberi alasan tindakan dibuat kerana ia dibina tanpa permit

Rejim zionis mensasarkan kawasan kediaman yang diarah roboh berkeluasan sekitar 80 hingga 120 meter persegi. Tambah pegawai itu lagi, tindakan kekerasan yang dilakukan rejim Israel terhadap penduduk Palestin tempatan kian meningkat dengan merampas tanah, memberhentikan kerja pembinaan yang sedang berjalan dan meroboh rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

5 warga Palestin cedera, 5 lagi ditahan tentera Israel.

Isnin, 25-06-2018 – Lima warga Palestin cedera ditembak manakala lima lagi ditahan selepas berlakunya pertempuran antara tentera rejim zionis Israel dengan pemuda Palestin di bandar Beit Fujjar, selatan Baitulmuqaddis.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita WAFA, pertempuran berlaku selepas sekumpulan tentera rejim menceroboh masuk ke dalam bandar itu dan melancarkan operasi besar-besaran mengeledah rumah penduduk Palestin.

Pengarah Bahagian Kecemasan, Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS), Mohammed Awad berkata, ramai pemuda cedera ringan selepas terkena peluru “Toto” di bahagian bawah tubuh. Mereka kemudian dibawa ke hospital di al-Khalil untuk mendapat rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel halang tiga mayat warga Palestin dikembalikan.

Jumaat, 22-06-2018 – Mahkamah Tinggi Israel menghalang tiga mayat warga Palestin yang terbunuh akibat ditembak tentera rejim zionis di Tebing Barat beberapa bulan yang lalu supaya dikembalikan.

Hakim memutuskan bahawa “Negara Israel” perlu mengemukakan dokumen perisikan yang berkaitan dan telah disahkan sekiranya kerajaan membuat keputusan mahu menyerahkan ketiga-tiga mayat itu untuk dikebumikan.

Keputusan itu dibuat selepas pihak keluarga Goldin yang mana anak lelakinya, Hadar ditangkap oleh sayap tentera Hamas semasa Israel menyerang Gaza tahun 2014, meminta mahkamah campur tangan supaya kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengembalikan mayat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Terowong Bawah Tanah Hamas

Selasa, 12-06-2018 – Tentera Rejim Zionis mendedahkan bahawa mereka telah memusnahkan terowong bawah tanah Hamas di Gaza seminggu yang lalu. Jurucakap Rejim Zionis mendakwa bahawa dalam satu siri serangan udara di Gaza pada Ahad yang lalu, mereka mensasarkan tapak ketenteraan milik tentera laut Hamas di utara Gaza. Beliau menambah bahawa terowong itu direka untuk membenarkan penyelam Hamas keluar dari Gaza dan menyerang sasaran Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar Hassan Shokeh masuk hari ke 7.

Selasa, 12-06-2018 – Seorang tahanan warga Palestin, Hassan Shokeh berumur 30 tahun telah melakukan mogok laparnya yang masuk hari ke tujuh dan mogok itu dimulakan sebagai salah satu jalan untuk menyatakan bantahan atas penahanan tanpa bicara dan tidak sah yang dikenakan ke atas dirinya. Beliau kini ditahan di penjara Hadarim.

Yayasan Muhjat al-Quds dalam satu kenyataan menjelaskan, Hassan Shokeh telah ditahan semula pada 29 September, 2017 kurang sebulan selepas dibebaskan dari penjara di Israel. Kali ini, baru sahaja 6 bulan menjalani hukuman penjara, beliau terus membuat keputusan memulakan mogok laparnya.

Menurut laporan akhbar Quds Press, memetik kata ibunya menerusi panggilan telepon, sebagai ibu beliau dinapikan hak untuk melawat anaknya, sebaliknya hanya adik lelaki Shokeh seorang yang dibenarkan melawat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menutup Masjid Ibrahimi

Selasa, 12-06-2018 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menutup Masjid Ibrahimi di al-Khalil, selatan Tebing Barat tanpa makluman awal. Laman web Israel 0404 mendakwa yang peralatan letupan dijumpai sekitar Masjid pada awal Ahad. Rejim Israel mempertingkatkan kehadiran di kawasan tersebut serta menutup masjid berikutan kejadian tersebut, sumber menambah. Tiada maklumat lain dinyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel sekat pintu depan, warga Palestin sekeluarga terkurung dalam rumah

Isnin, 11-06-2018 – Seluruh ahli sebuah keluarga warga Palestin terkurung di dalam rumah yang terletak di Jalan Shuhada, bandar al-Khalil, wilayah selatan Tebing Barat yang dikuasai Israel selepas tentera rejim zionis bertindak mematri pintu depan rumah mereka.

Selepas pintu disekat, anggota tentera rejim mengarahkan ahli keluarga itu keluar melalui tingkap, demikian kata tuan rumah, Sami Zahdeh. Warga Palestin di al-Khalil kerap diganggu dan dilayan dengan buruk oleh tentera Israel. Begitu juga dengan sikap pendatang Yahudi. Rumah mereka sering diserang dan dirompak oleh kumpulan pendatang yang datang dengan tujuan mahu merampas bangunan milik penduduk tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kapal Freedom Flotilla yang menuju ke Gaza berada di perairan Britain untuk beberapa hari.

Isnin, 11-06-2018 – “Freedom,” salah satu kapal kempen Freedom Flotilla yang belayar dari Sweden ke Palestin untuk memecahkan sekatan 11 tahun oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza, berada di Pelabuhan Brighton pada Selasa lepas.

Menurut agensi berita Anadolu, kapal itu disambut oleh sekumpulan aktivis di Brighton Marina dengan laungan dan slogan termasuk “Kebebasan untuk Palestin” dan “Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas”

Hon turut dibunyikan oleh para aktivis apabila kapal menghampiri marina sebelum meneruskan perjalanan ke Shoreham, bandar pantai Britain di mana ia akan berlabuh selama 3 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Konvoi’Miles of Smiles’ tiba di Gaza

Isnin, 11-06-2018 – Konvo bantuan ke 34 ‘Miles of Smiles’ tiba di Semenanjung Gaza yang bergolak pada petang Selasa melalui sempadan Rafah. Konvoi ini merupakan yang pertama seumpamanya tiba di Gaza sejak keganasan ketenteraan Israel pada tahun 2014. Konvoi tersebut turut disertai oleh delegasi dari Britain, Belgium, Jerman, Algeria, Jordan, Indonesia dan Kuwait.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lelaki 60 Tahun di Tahan Tentera Israel

Jumaat, 08-06-2018 – Seorang lelaki Palestin ditangkap oleh pasukan keselamatan Israel pada petang Rabu berhampiran Masjid Ibrahimi, di Old City al-Khalil. Tentera Israel yang ditempatkan berhampiran Masjid Ibrahimi telah menahan Rafiq al-Qudusi yang berusia 60 tahun sebelum mereka menangkapnya. Beliau kemudiannya dibawa oleh tentera Zionis ke pusat tahanan Israel di Old City sementara menunggu siasatan menyeluruh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Kata MP Rajoub: Tangkapan rambang besar-besaran di Tebing Barat bukti Israel lakukan “jenayah kemanusiaan”.

Jumaat, 08-06-2018 – Ahli dewan perundangan Palestin, Nayef al-Rajoub mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel melaksanakan kempen secara tergesa-gesa, menahan penduduk Tebing Barat dengan mensasarkan golongan pemuda, wanita dan kanak-kanak, terutamanya di al-Khalil dan tindakan itu boleh ditakrifkan sebagai “satu lagi jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel.”

Melalui kenyataan akhbarnya, beliau dipetik sebagai berkata ” ia satu kempen terancang yang tertumpu di al-Khalil yang berjalan selama seminggu dan bertujuan untuk menakut-nakutkan warga Palestin bagi menghalang berlakunya gerakan di Tebing Barat seperti mana yang berlaku di Gaza.”

“Rejim penjajah itu cukup takut sekiranya berlaku kebangkitan di Tebing Barat terutama dari mana-mana kumpulan pemuda. Sekiranya terdapat tanda-tanda ia akan berlaku maka pihak rejim akan bertindak proaktif untuk mencegah agar tiada sebarang perhimpunan yang boleh diadakan di situ dan setengah polisi itu bukan baru, bagaimanapun ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat kami,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Bakal Bina Lagi Penempatan Haram

Khamis, 07-06-2018 – Menteri Perumahan dan Pembinaan Israel, Yoav Gallant merancang untuk untuk membina penempatan baru bersebelahan sempadan Gaza. Penempatan yang direncanakan itu akan ditempatkan beberapa kilometer jauhnya dari tanah Palestin berhampiran pagar sempadan.

Penempatan, yang dinamakan “Hanun” itu, dilaporkan terletak kira-kira tujuh batu dari perbatasan, bersebelahan dengan komuniti Kibbutz Saad Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Keretapi lalui sempadan Gaza dihentikan untuk elak layang-layang bawa api.

Khamis, 07-06-2018 – Perkhidmatan keretapi antara Ashkelon ke Netivot, di wilayah yang dikuasai rejim zionis Israel terpaksa dihentikan pada hari Ahad, kelmarin untuk mengelak ancaman dari layang-layang membawa api yang berterbangan di udara berdekatan Sderot. Layang-layang itu diterbangkan secara besar-besaran dari Semenanjung Gaza, demikian lapor laman web Walla.

Siaran TV Yahudi Channel 14 mengatakan bahawa layang-layang yang dibakar itu turut menjadi punca kepada kebakaran yang berlaku di dua petempatan haram Yahudi Yad Mordechai dan Nir Am.

Akhbar Yedioth Ahronoth pula berkata, pada hari Ahad sahaja, layang-layang api dari Gaza tersebut telah menjadi punca kebakaran yang memusnahkan tanah pertanian seluas 3,000 dunum (ekar), menjadikan hampir 23, 000 dunum terbakar sejak bermulanya protes Great Return March.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pemuda Gaza membakar pos ketenteraan Israel dekat sempadan

Khamis, 07-06-2018 – Sekumpulan pemuda Palestin pada Ahad berjaya memasuki sempadan di timur bandar Khan Younis dan membakar peralatan ketenteraan Israel. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang para pemuda itu kembali lari ke Semenanjung Gaza setelah mencetuskan kebakaran di kawasan tentera Israel itu. Saksi mata melaporkan mereka nampak tentera rejim dan kenderaannya bersegera menuju ke kawasan tersebut dan menjalankan carian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati