Pendatang Yahudi cuba culik kanak-kanak Palestin.

Isnin , 15-10-2018 – Penduduk tempatan berjaya menggagalkan percubaan seorang pendatang haram Yahudi yang ingin menculik dua kanak-kanak Palestin. Kejadian itu berlaku di al-Lubban, sebuah bandar yang terletak di selatan Nablus, utara Tebing Barat. Sumber tempatan menjelaskan, pendatang Yahudi itu telah menyusup masuk ke bandar tersebut dan mengejar dua kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan … Read morePendatang Yahudi cuba culik kanak-kanak Palestin.

Warden Penjara Zionis Buat Kecoh

Isnin , 15-10-2018 – Warden penjara Zionis pada hari Rabu menyerbu sel-sel tahanan Palestin di penjara Nafha dan memeriksa mereka dengan zalim. Suruhanjaya Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan berkata dalam satu kenyataan bahawa warden Zionis pada waktu awal pagi memecah masuk beberapa bahagian penjara dan memusnahkan barang milik tahanan Palestin. Dalam konteks yang berkaitan, … Read moreWarden Penjara Zionis Buat Kecoh

Tentera Israel Sekat Pergerakan Rakyat Palestin di Tulkarem

Khamis , 11-10-2018 – Tentera Israel mengetatkan kawalan ketenteraan di dalam dan sekitar wilayah Tulkarem, di utara Tepi Barat, dan menghalang pergerakan rakyat Palestin di dalam dan luar. Bercakap dengan PIC, sumber-sumber tempatan melaporkan tentera Israel yang ditempatkan di pusat pemeriksaan tentera Anab, barat Tulkarem, bergerak di kawasan penduduk Palestin dan memeriksa kenderaan yang melalui … Read moreTentera Israel Sekat Pergerakan Rakyat Palestin di Tulkarem

Wanita ditahan berjam-jam selepas abang lakukan serangan.

Khamis , 11-10-2018 – Rejim Israel akhirnya membebaskan seorang wanita Palestin, Fairus Abu Sheikha, adik kepada seorang pemprotes yang ditangkap kerana didakwa melakukan serangan anti Yahudi berhampiran penempatan haram Yahudi di Barkan. Beliau telah ditahan tentera rejim selama beberapa jam dan terpaksa menghadapi sesi soal siasat yang meletihkan. Suami beliau, Nas Sherim seorang pensyarah di … Read moreWanita ditahan berjam-jam selepas abang lakukan serangan.

Rejim Zionis mencederakan 29 orang Palestin di pantai Gaza

Khamis , 11-10-2018 – Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin cedera pada malam Isnin ketika Regim Zionis Israel (IOF) menembak menggunakan machinegun mereka ke arah ribuan penunjuk perasaan di utara Gaza. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 11 orang cedera akibat peluru hidup, lapan mengalami kecederaan akibat terkena serpihan dan enam terkena bom gas.Sembilan kanak-kanak dan lima wanita termasuk … Read moreRejim Zionis mencederakan 29 orang Palestin di pantai Gaza

Tahanan Palestin berhenti mengambil ubat

Khamis , 11-10-2018 – Tahanan Palestin Mus’ab Akef Ashtiyeh berhenti mengambil ubat untuk 4 minggu berturut-turut sebagai bantahan ke atas tempoh penahanannya yang diperbaharui. Bapa Ashtiyeh menyatakan kerisauan beliau terhadap situasi kesihatan anaknya yang menderita akibat hyperthyroid dan tekanan darah tinggi. Ashtiyeh, 26, telah berhenti mengambil ubat sejak 13 September setelah dipindahkan ke pusat siasatan … Read moreTahanan Palestin berhenti mengambil ubat

500 rakyat Palestin ditangkap gara-gara Facebook.

Selasa , 09-10-2018 – Rejim Zionis telah menahan kira-kira 500 orang Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak dan Ahli Parlimen, hanya kerana memuat naik nukilan di media sosial mereka, yang dilaporkan oleh Palestine Center for Prisoners Studies. Jurucakap pusat Riyadh Al-Ashqar mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel mula menahan orang Palestin ekoran sangkaan menghasut sejak bermulanya Intifada Jerusalem. … Read more500 rakyat Palestin ditangkap gara-gara Facebook.

Israel menimbang untuk usir pelajar AS sokong boikot.

Selasa , 09-10-2018 – Mahkamah Daerah Tel Aviv dijangka memberi tarikh baru untuk mendengar rayuan terhadap keputusan mengusir seorang pelajar perempuan, rakyat AS keturunan Palestin yang ingin memasuki Israel pada minggu lalu kerana didakwa menyokong gerakan memboikot negara tersebut. Lara Alqasem mengemukakan rayuan terhadap perintah usir yang dikenakan ke atas dirinya selepas sebuah Mahkamah Rayuan … Read moreIsrael menimbang untuk usir pelajar AS sokong boikot.

Rejim Zionis melancarkan serangan, menahan rakyat Palestin di Tebing Barat

Selasa , 09-10-2018 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menyoal-siasat dan menahan rakyat Palestin ketika serbuan di bandar Tulkarem rentetan serangan tembakan anti Israel dekat penempatan Burqan, Salfit. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOF memecah masuk kediaman rakyat Palestin Adib Qasem, 58, dan menahan beliau bersama anaknya Majdy, 24. IOF kemudiannya terus … Read moreRejim Zionis melancarkan serangan, menahan rakyat Palestin di Tebing Barat

Hamas: Serangan Salfit Tindak Balas Semula Jadi

Selasa , 09-10-2018 – Pergerakan Islam, Hamas, pada hari Ahad memuji serangan menembak anti-penjajahan awal hari di bandar Salfit, Tebing Barat di mana dua peneroka Israel terbunuh dan seorang cedera. Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa serangan itu adalah tindak balas semulajadi terhadap jenayah harian penjajah/pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestin. Hamas menegaskan bahawa rakyat … Read moreHamas: Serangan Salfit Tindak Balas Semula Jadi

Mogok Lapar Khader Adnan di Penjara Israel Memasuki Hari ke-36

Selasa , 09-10-2018 – Tahanan Palestin, Khader Adnan yang melakukan mogok lapar di penjara Israel kini memasuki hari ke-36 berturut-turut. Isteri Khader Adnan dalam satu kenyataan akhbar menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan suaminya terutama dengan semua pengasingan dan pengecualian perubatan yang dihadapi suaminya. Dia juga mengatakan bahawa layanan dari pihak atasan terhadap isu suaminya itu tidak … Read moreMogok Lapar Khader Adnan di Penjara Israel Memasuki Hari ke-36

Warga Israel langgar sekumpulan kambing.

Selasa , 09-10-2018 – Pendatang berbangsa Yahudi dilaporkan telah terlibat dengan langgar lari pada pada petang Rabu melibatkan kawanan kambing biri-biri di sebuah jalan di kawasan Tebing Barat di selatan al-Khalil. Menurut sumber tempatan – Pusat Maklumat Palestin (PIC), seorang pengembala bernama Ismail ad-Daghamin melintasi Jalan 60 berhampiran kampung Ghuwein dan kampung as-Samu di al-Khalil … Read moreWarga Israel langgar sekumpulan kambing.

Hamas: Keputusan AS tarik diri dari protokol Vienna mencerminkan dasar menyendiri negara itu.

Isnin , 08-10-2018 – Pertubuhan Pergerakan Hamas berkata, keputusan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari protokol Vienna dalam pekara resolusi pelanggaran mencerminkan politik menyendiri negara tersebut. “Keputusan pentadbiran AS menarik diri dari protokol Vienna pekara resolusi pelanggaran membuktikan bahawa negara itu semakin menyendiri hasil dari mengamalkan dasar berat sebelah dan tidak peduli, ” tulis … Read moreHamas: Keputusan AS tarik diri dari protokol Vienna mencerminkan dasar menyendiri negara itu.

90 peratus penduduk Gaza hidup tanpa bekalan air bersih.

Jumaat , 05-10-2018 – Pusat Biro Perangkaan Palestin (PCBS) mendedahkan bahawa peratusan isi rumah yang mendapat bekalan air bersih di Semenanjung Gaza hanya 11% berbanding 95 % di Tebing Barat. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak PCBS, sebanyak 62% keluarga yang menetap di bangunan kediaman menerima bekalan air minum dari sumber yang selamat, iaitu dari … Read more90 peratus penduduk Gaza hidup tanpa bekalan air bersih.

Warga emas terbunuh di timur Gaza

Jumaat , 05-10-2018 – Seorang lelaki warga emas Palestin telah dibunuh pada petang Selasa oleh tembakan dari kereta kebal Israel di timur kem pelarian al-Maghazi kawasan tengah Semenanjung Gaza. Wartawan PIC berkata yang Ibrahim al-Arrouqi, 78, telah ditembak oleh peluru 250-mm dari kereta kebal Israel yang bertempat di bahagian Israel sempadan timur Gaza. Beliau menambah … Read moreWarga emas terbunuh di timur Gaza