Penduduk Adei Ad Meroboh Tanah Palestin di utara Ramallah

Rabu, 25-09-2019 – Penduduk Yahudi dari penempatan haram Adei Ad meratakan tanah yang luas pada hari Ahad milik Palestin di bandar Turmus Ayya, utara Ramallah di Tebing Barat yang dijajah. Datuk Bandar Turmus Ayya, Rifaat Lavi berkata, peneroka Adei Ad meratakan sekitar enam dunam tanah pertanian milik keluarga Abu Kafya. Ini adalah kali keempat dalam … Read morePenduduk Adei Ad Meroboh Tanah Palestin di utara Ramallah

Israel roboh rumah penduduk Palestin di bandar Qalansuwa.

Rabu, 25-09-2019 – Rejim zionis Israel bertindak merobohkan sebuah rumah milik penduduk Palestin di bandar Qalansuwa atas alasan dibina tanpa lesen. Menurut kata saksi yang melihat kejadian, jentolak milik rejim dengan diiringi pekerja majlis perbandaran serta polis memasuki kawasan al-Sahel al-Gharbi di Qalansuwa dan terus melakukan kerja-kerja meruntuhkan rumah keluarga Abu Arrar. Pihak rejim sebelum … Read moreIsrael roboh rumah penduduk Palestin di bandar Qalansuwa.

Lima orang Palestin yang diculik oleh IOF di Tebing Barat

Rabu, 25-09-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) malam tadi dan pada Ahad subuh menculik lima warga Palestin di Tebing Barat dan Yerusalem. Tentera Israel mendakwa dalam satu kenyataan bahawa pasukannya menahan empat rakyat Palestin yang dikehendaki semasa serbuan rumah di Tebing Barat. Menurut laman web Ibrani 0404, tentera Israel telah menangkap malam tadi seorang Palestin … Read moreLima orang Palestin yang diculik oleh IOF di Tebing Barat

28 warga Palestin dilarang melalui sempadan Allenby pada minggu lepas

Rabu, 25-09-2019 – Pihak rejim Israel menghalang 28 orang warga Palestin daripada melalui sempadan Allenby (Raja Hussein) dengan Jordan. Polis rejim berkata yang para penumpang itu dilarang bermusafir atas alasan keselamatan yang tidak boleh dijelaskan. Bagaimanapun, lebih kurang 37,000 warga Palestin dan warga asing serta ambulans yang membawa 11 pesakit dapat melakukan perjalanan dua hala … Read more28 warga Palestin dilarang melalui sempadan Allenby pada minggu lepas

140 tahanan teruskan mogok lapar untuk hari ke 13

Rabu, 25-09-2019 – 140 tahanan Palestin di penjara Israel telah meneruskan mogok lapar tanpa penghujung untuk hari ke-13 berturut-turut, sebagai bantahan ke atas pemasangan alat penyekat isyarat telefon bimbit yang dipasang di pusat-pusat tahanan, kerana alat penyekat berkenaan dikatakan boleh menyebabkan penyakit barah. Pihak berkuasa penjara Israel masih berkeras tidak akan menunaikan janji yang telah … Read more140 tahanan teruskan mogok lapar untuk hari ke 13

Keluarga Khudari : Penahanan Mohamed dan anaknya tidah sah.

Rabu, 25-09-2019 – Abdul-Majed al-Khudari berkata penahanan saudaranya Mohamed, seorang pegawai kanan Hamas, dan anak saudaranya, Dr. Hani, oleh pihak berkuasa Saudi adalah kejadian yang mengejutkan. Dalam kenyataan akhbar, Abdul-Majed menambah, tiada siapa yang menjangkakan mereka berdua akan ditangkap dan dipenjarakan, ini kerana mereka tidak ada sebarang pendakwaan yang difailkan terhadap mereka. Beliau juga menegaskan … Read moreKeluarga Khudari : Penahanan Mohamed dan anaknya tidah sah.

Identiti Muslimah Yang Ditembak Mati Israel di Qalandiya Disiarkan

Rabu, 25-09-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin, Ahad (22/9) mengeluarkan informasi identiti muslimah yang gugur syahid ditembak mati Israel pada Rabu lalu, di pintu masuk Qalandiya, di utara al-Quds. Dalam keterangan rasmi yang disiarkan oleh kementerian kesihatan, Muslimah yang gugur syahid tersebut adalah Nayifah Muhammad Kaabanah (50) warga kota Ramon daerah Ramallah dan Birah. Pasukan Israel … Read moreIdentiti Muslimah Yang Ditembak Mati Israel di Qalandiya Disiarkan

Kesihatan tahanan lakukan mogok lapar merosot mendadak.

Isnin, 23-09-2019 – Seorang pemogok lapar di penjara Israel, Nasir al-Jada dipindahkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba bertambah teruk. Pejabat Media Pertubuhan Tahanan Palestin berkata, keluarga mangsa memberitahu bahawa pihak penjara rejim telah membawa saudaranya itu ke Pusat Perubatan Kaplan setelah kesihatan beliau semakin merosot.Nasir al-Jada, 31 tahun yang berasal dari Jenin, utara Tebing … Read moreKesihatan tahanan lakukan mogok lapar merosot mendadak.

Tentera Israel bunuh wanita Palestin di tempat pemeriksaan Qalandiya

Isnin, 23-09-2019 – Rejim Zionis telah menembak mati seorang wanita Palestin di tempat pemeriksaan Qalandiya, di utara kawasan terjajah Baitulmaqdis, Rabu lalu. Saksi kejadian mendakwa bahawa tentera Zionis yang bertugas di tempat pemeriksaan Qalandiya telah menembak seorang wanita Palestin yang berumur di dalam lingkungan lima puluhan dan telah membiarkan beliau berdarah sampai mati, atas tuduhan … Read moreTentera Israel bunuh wanita Palestin di tempat pemeriksaan Qalandiya

Rejim Zionis menahan dua pemuda Palestin atas pemilikan pisau

Isnin, 23-09-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Selasa menahan dua pemuda Palestin berhampiran kawasan Ein Bubin, barat bandar West Ramallah, atas dakwaan pemilikan pisau. Laman web Israel “0404” mendakwa bahawa dua warga Palestin telah ditangkap berhampiran Ein Bubin kerana disyaki mencuba serangan pisau.Ia menambah bahawa tahanan kemudian dipindahkan ke pusat soal siasat Israel. … Read moreRejim Zionis menahan dua pemuda Palestin atas pemilikan pisau

Israel meratakan 145,000 meter persegi tanah desa Hajja di Qalqilya

Isnin, 23-09-2019 – Pasukan pendudukan penjajah Israel pada Rabu (18/9/2019) meratakan tanah pertanian yang sangat luas di desa Hajja, yang terletak sebelah timur Qalqilya, wilayah utara di Tebing Barat yang diduduki penjajah Israel. Petugas yang bertanggung jawab menghadapi pendatang Yahudi di daerah Qalqilya, Mohammed Abu al-Sheikh, mengatakan, “Jentolak-jentolak pasukan pendudukan penjajah Israel, mulai meratakan tanah … Read moreIsrael meratakan 145,000 meter persegi tanah desa Hajja di Qalqilya

Israel tutup Gaza, Tebing Barat pada hari pilihanraya

Khamis, 19-09-2019 – Tentera Rejim Zionis akan mengenakan penutupan sepenuhnya laluan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa pilihanraya Knesset pada hari Selasa. Di dalam suatu kenyataan, jurucakap untuk pihak tentera Israel berkata “berdasarkan penilaian keadaan keselamatan dan arahan daripada pihak berkuasa politik, penutupan sepenuhnya akan dilaksanakan di laluan di kawasan Tebing Barat dan Semenanjung … Read moreIsrael tutup Gaza, Tebing Barat pada hari pilihanraya

Jentolak Israel ceroboh sempadan Gaza.

Khamis, 19-09-2019 – Jentolak milik tentera rejim Israel dilaporkan telak menceroboh masuk timur Khan Younis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Menurut sumber media, dua jentolak keluar dari sebuah pos tentera yang terletak di sebelah pagar sempadan bergerak menuju timur Khan Younis dan mula melakukan kerja-kerja merata tanah di situ. Kawasan sempadan timur Gaza sering menjadi sasaran … Read moreJentolak Israel ceroboh sempadan Gaza.

IRDG: Saudi Terlibat Dalam Kehilangan Rakyat Palestin

Khamis, 19-09-2019 – Pihak Observatorium Euromed untuk Hak Asasi Manusia dan International Institute for Rights and Development, Geneva (IRDG) menyatakan keperihatinannya yang mendalam pada Sidang Dewan Hak Asasi Manusia ke-42 atas penangkapan yang dilakukan pemerintah Saudi terhadap puluhan warga Palestin. Mereka disembunyikan tanpa dasar undang-undang. Dalam pernyataan bersama, Kedua-dua organisasi itu mengatakan, puluhan warga Palestin … Read moreIRDG: Saudi Terlibat Dalam Kehilangan Rakyat Palestin

Isteri kepada Pemogok Lapar Merayu Bantuan untuk Kesihatan Suaminya

Khamis, 19-09-2019 – Tahanan Palestin, Sultan Khalaf, yang telah melakukan mogok makan selama 63 hari berkemungkinan boleh mati di penjara Israel setelah keadaan kesihatannya mencapai tahap mengancam nyawa, menurut keluarganya. Isteri Khalaf merayu kepada semua pihak yang berkaitan untuk bertindak dengan segera membantu suaminya dan mengesahkan bahawa suaminya menderita beberapa penyakit seperti otak tidak berfungsi, … Read moreIsteri kepada Pemogok Lapar Merayu Bantuan untuk Kesihatan Suaminya