Hamas: Saudi Tahan Tokoh Pimpinan Mereka Sejak 5 Bulan Lalu

Rabu, 11-09-2019 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menyatakan bahawa kerajaan Saudi telah menahan Dr. Muhammas Khuduri (81 tahun) sejak lima bulan yang lalu. Beliau adalah salah seorang pimpinan Hamas dan sudah tinggal di kota Jeddah sejak 30 tahun yang lalu. Dengan ini Hamas meminta kerajaan Saudi untuk segera membebaskanya dan sejumlah warga Palestin yang masih … Read moreHamas: Saudi Tahan Tokoh Pimpinan Mereka Sejak 5 Bulan Lalu

Mahkamah Israel lanjut tempoh tahanan pelajar universiti kali ke enam.

Selasa, 10-09-2019 – Sebuah mahkamah tentera di Israel melanjutkan lagi tempoh tahanan seorang pelajar universiti warga Palestin, berasal dari Jenin buat kali ke enam. Menurut keluargaYazan Naddad, mahkamah tentera di Salem telah menambah tempoh tahanan sehingga 22, September.Tentera rejim menangkap Baddad, seorang pelajar Universiti an-Najah, Februari lalu tanpa sebab. Mangsa kini ditahan di penjara Gilboa. … Read moreMahkamah Israel lanjut tempoh tahanan pelajar universiti kali ke enam.

Euro-Med Gesa Switzerland Tidak Tunduk Kepada Desakan Israel

Selasa, 10-09-2019 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean menyeru parlimen Swiss untuk tidak tunduk kepada desakan Israel untuk menggantung undang-undang jenayah Switzerland yang membenarkan perbicaraan untuk mendakwa para ahli politik dan pemimpin tentera haram Israel yang terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Palestin. Euro-Med berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka melihat lawatan delegasi Israel ke … Read moreEuro-Med Gesa Switzerland Tidak Tunduk Kepada Desakan Israel

Lapan Warga Palestin di Culik oleh Rejim Zionis di Tebing Barat dan BaitulMaqdis

Selasa, 10-09-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik lapan warga Palestin sewaktu Subuh selepas merampas rumah mereka di Tebing Barat dan BaitulMaqdis. Tentera Israel mendakwa dalam satu kenyataan bahawa pasukannya menangkap tujuh orang Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, IOF menculik dua belia dari rumah mereka di bandar Rujeib, timur Nablus, dan bandar Beit … Read moreLapan Warga Palestin di Culik oleh Rejim Zionis di Tebing Barat dan BaitulMaqdis

Hartabenda dan warga Palestin diserang penduduk haram di Nablus

Selasa, 10-09-2019 – Segerombolan penduduk haram pelampau Yahudi telah menyerang warga Palestin dan harta benda mereka Rabu lalu, di pekan-pekan Madama dan Burin, di selatan Nablus di kawasan terjajah Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, berdozen-dozen penduduk haram dari kawasan Yitzhar merusuh kawasan selatan Madama dengan dibantu perlindungan anggota keselamatan dan tentera, dan telah membakar dan … Read moreHartabenda dan warga Palestin diserang penduduk haram di Nablus

Kongres Kerakyatan Gaza Tolak ‘Deal of Century’

Selasa, 10-09-2019 – Pengarah Jabatan Urusan Pelarian Hamas, Iyad al-Maghari mengatakan, pihaknya telah bersiap-sedia untuk mengadakan Persidangan Kerakyatan dengan tema “Menghadapi ‘Deal of Century’ dan Melindungi Hak Kembali” pada Ahad petang (5/9) di Rashad Al Shawa Pusat Balai, Kota Gaza. Dalam pernyataan kepada akhbar Safa, Al-Maghari mengatakan, Kongres Rakyat ini dilakukan sebagai bentuk penegasan atas … Read moreKongres Kerakyatan Gaza Tolak ‘Deal of Century’

Bahar: Hebron adalah kota Palestin Selamanya

Jumaat, 06-09-2019 – Ahmed Bahar, wakil ketua Dewan Legislatif Palestin, mengatakan bahawa pemerintah penjajah Zionis sedang menghala ke dalam perang agama. Hal tersebut ditegaskan Ahmed Bahar dalam sebuah pernyataan akhbar pada Rabu (4/9/2019) malam. Beliau merujuk kepada penyerbuan Masjid Ibrahimi di kota Hebron yang dilakukan oleh Presiden Zionis Israel Robin Rivlin yang beberapa jam kemudian … Read moreBahar: Hebron adalah kota Palestin Selamanya

Netanyahu Cemari Masjid Ibrahimi

Jumaat, 06-09-2019 –Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari Rabu lalu telah mencemarkan Masjid Ibrahimi di al-Khalil, hanya beberapa jam setelah Presiden Israel Reuven Rivlin melawat kawasan yang sama. Lawatan Netanyahu berkenaan hanya beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya di Israel, dan Perdana Menteri berkenaan bertujuan ingin meraih undi daripada penduduk haram Israel. “Kami bukannya asing di … Read moreNetanyahu Cemari Masjid Ibrahimi

HRD gesa penduduk tolak lawatan Netanyahu ke al-Khalil.

Jumaat, 06-09-2019 – Human Right Defenders (HRD) al-Khalil menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima perbuatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mencemar kemuliaan Masjid Ibrahim dan mengesa penduduk di bandar itu supaya menyuarakan rasa marah mereka terhadap lawatan tersebut.  Melalui satu kenyataan media, HRD mengingatkan bahawa sebenarnya lawatan Netanyahu ke al-Khalil adalah untuk menyokong pendatang haram … Read moreHRD gesa penduduk tolak lawatan Netanyahu ke al-Khalil.

Hamas menyelar kerajaan Shtayyeh kerana tidak mengangkat sekatan Gaza

Jumaat, 06-09-2019 – Jurucakap Hamas, Hazem Qasem dengan tegas mengecam kerajaan Shtayyeh kerana berterusan melakukan perbuatan yang memburukkan isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang terkepung dan mendalamkan lagi pembahagian antara Palestin. Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, jurucakap Qasem mengatakan bahawa Gerakannya telah memberi amaran untuk membentuk kerajaan dari konsensus nasional dan mewakili kepentingan Pergerakan … Read moreHamas menyelar kerajaan Shtayyeh kerana tidak mengangkat sekatan Gaza

Segerombolan Peneroka Haram Israel Ceroboh Masjid al-Aqsa

Jumaat, 06-09-2019 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada hari Rabu pagi mencemarkan Masjid al-Aqsa di Jerusalem Dijajah sambil dikawal ketat oleh pasukan polis Israel haram. Pengurus kompaun al-Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani berkata sejumlah besar peneroka pelampau Israel menceroboh ke tempat suci melalui Pintu al-Maghareba yang berada di bawah kawalan Israel sepenuhnya. Sheikh al-Kiswani mengatakan bahawa … Read moreSegerombolan Peneroka Haram Israel Ceroboh Masjid al-Aqsa

Jentolak Israel roboh masjid di al-Khalil.

Khamis, 05-09-2019 – Tentera rejim zionis Israel meroboh sebuah masjid di kawasan selatan Bandar al-Khalil, Tebing Barat. Menurut kata saksi, dua jentolak milik rejim Israel memasuki kawasan Jabal Juhar di al-Khalil pada awal pagi dan mula menolak bangunan masjid yang masih dalam pembinaan itu. Tambah saksi itu lagi, pihak rejim mendakwa bahawa masjid itu terletak … Read moreJentolak Israel roboh masjid di al-Khalil.

8 Tahanan Palestin Mogok Lapar

Khamis, 05-09-2019 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata bahawa lapan tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan mogok lapar. Mereka melancarkan mogok lapar dalam tempoh yang berbeza-beza, sebagai menyatakan bantahan terhadap tahanan pentadbiran yang dikenakan ke atas mereka. Suruhanjaya berkenaan menyatakan bahawa tahanan Huthaifa Halabiya, seorang … Read more8 Tahanan Palestin Mogok Lapar