Tentera rejim tembak kawasan pertanian, bot nelayan Gaza.

Jumaat, 25-10-2019 – Tentera Rejim Israel hala tembakkan ke arah kawasan tanah pertanian dan bot nelayan di Semenanjung Gaza. Menurut kata penduduk tempatan, anggota tentera rejim mensasarkan tembakan ke arah kawasan pertanian di Jabalia dan Khuza’ah  di timur Gaza. Di barat Gaza pula, nelayan dan bot menjadi sasaran tembakkan bot tentera laut rejim. Serangan lebih … Read moreTentera rejim tembak kawasan pertanian, bot nelayan Gaza.

Amaran usaha Israel bagi menerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis

Khamis, 24-10-2019 – Pihak berkuasa Sokongan Kristian dan Islam bagi Baitulmuqaddis dan Kota Suci telah memberi amaran yang rejim Israel sedang berusaha merubah karakter Arab dan identity Baitulmuqaddis bagi menerapkan unsur Yahudi. “Kempen yang dilakukan oleh pihak berkuasa rejim dan kumpulan pelampau agama ke atas Masjid Aqsa dan para pengunjung itu jelas menandakan pencabulan Israel … Read moreAmaran usaha Israel bagi menerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis

Pihak Mahkamah Israel Memanjangkan Tempoh Penahanan Samer

Khamis, 24-10-2019 – Pihak Mahkamah penjajah Israel pada hari Selasa (22/10/2019), memanjangkan tempoh penahanan Samer Arabeed selama lapan hari lagi.Badan Hak Asasi Manusia Palestin yang prihatin dengan isu tahanan “Al-Dhamir”, mengambil pernyataan dari para doktor di Hospital Hadassah, yang mengatakan, “Tahanan Palestin Samer Arabeed menderita pneumonia dan ada sedikit peningkatan fungsi buah pinggang.” Penjajah Israel … Read morePihak Mahkamah Israel Memanjangkan Tempoh Penahanan Samer

Rejim Zionis Menculik 18 Warga Palestin

Khamis, 24-10-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menahan rakyat Palestin sewaktu subuh ketika melakukan serbuan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Sumber tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 18 warga Palestin ditangkap di pelbagai kawasan di Bethlehem, Ramallah dan Baitulmaqdis. Menurut saksi, berlaku pertempuran kejam antara IOF dan penduduk Palestin di kem pelarian Dheisheh di Bethlehem, namun tiada … Read moreRejim Zionis Menculik 18 Warga Palestin

Berpuluh cedera dalam serangan gas pemedih mata tentera Israel di Ramallah.

Rabu, 16-10-2019 – Berpuluh-puluh pemuda Palestin menderita terkena asap gas pemedih mata dalam pertempuran ganas awal pagi dengan tentera rejim Zionis Israel di bandar Ramallah. Pertempuran itu berlaku di kawasan perumahan Attira di Ramallah selepas pihak tentera rejim memecah masuk dan mengeledah rumah milik seorang tahanan penjara, Samer al-Arbeed. Pertempuran sama turut berlaku di jalan … Read moreBerpuluh cedera dalam serangan gas pemedih mata tentera Israel di Ramallah.

Tembakan sambil memandu ke arah kereta para pendatang di Nablus

Rabu, 16-10-2019 – Sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan pendatang Yahudi terbakar pada petang Sabtu di Nablus, utara Tebing Barat. Menurut media Hebrew, kereta itu ditembak dari sebuah kereta yang dippecut pada puku l 9 malam di jalan dekat kawasan ladang Gilad, barat Nablus. Laporan berita lain mendakwa seorang lelaki bersenjata menunggang motorsikal dan melepaskan tembakan … Read moreTembakan sambil memandu ke arah kereta para pendatang di Nablus

Petani Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat

Rabu, 16-10-2019 – Tiga orang petani Palestin cedera pada hari Sabtu dan Ahad lalu dalam suatu serangan oleh peneroka-peneroka haram ketika menuai zaitun di Ramallah dan Bethlehem. Sumber-sumber tempatan menyatakan bahawa dua petani Palestin yang dikenali sebagai Mus’ab Da’mas dan Tareq Da’mas, mengalami kecederaan sederhana pada petang Sabtu selepas diserang penduduk haram Israel ketika mereka … Read morePetani Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat

Presiden Tunisia Yang Baru Dipilih, Qais Said Janji Sokong Palestin

Rabu, 16-10-2019 – Presiden Tunisia yang baru dipilih, Qais Said, Ahad  13 Oktober menegaskan sokongannya terhadap isu Palestin. pada awal pidato kemenangannya dalam pemilihan presiden pada pungutan suara kedua, Said berjanji akan bekerja menyokong isu Palestin secara adil. Presiden menegaskan bahawa isu Palestin merupakan agenda pertamanya di luar negeri dan beliau berharap sekiranya bendera Palestin … Read morePresiden Tunisia Yang Baru Dipilih, Qais Said Janji Sokong Palestin

Rejim Zionis menculik lima rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerus Salem.

Isnin, 14-10-2019 – Rejim Zionis Israel (IOF) pada pagi Rabu menculik lima rakyat Palestin semasa kempen di Tebing Barat dan Jerusalem. Kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel mendakwa lima orang tahanan diminta oleh pihak berkuasa regim kerana terlibat dalam kegiatan melawan Israel.  Menurut sumber tempatan, IOF menculik Mohamed Abu Diya, 16 tahun di rumahnya di … Read moreRejim Zionis menculik lima rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerus Salem.

Kanak2 Palestin cedera terkena gas pemedih mata Rejim Zionis

Isnin, 14-10-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan oleh askar Rejim Zionis Selasa lalu, semasa rusuhan di perkampungan al-Janiya barat Bandar Ramallah. Pihak akhbar Quds yang memetik sumber tempatan melaporkan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu perkampungan al-Janiya dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom pegun secara rambang dan bertubi-tubi. … Read moreKanak2 Palestin cedera terkena gas pemedih mata Rejim Zionis

Hamas: Pencemaran Aqsa oleh para pendatang perlukan reaksi warga Palestin

Isnin, 14-10-2019 – Gerakan Hamas telah menyelar pencerobohan ke atas Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi yang semakin menjadi-jadi dan menyifatkan ia sebagai keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara Muslim dan Arab. Tindakan itu disifatkan sebagai bertujuan untuk menerapkan unsur Yahudi di kawasan suci Islam. Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, jurucakap Hamas, Fawzi … Read moreHamas: Pencemaran Aqsa oleh para pendatang perlukan reaksi warga Palestin

Tahanan sakit di hospital Ramla berisiko mati perlahan.

Isnin, 14-10-2019 – Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Tahanan Dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa tahanan yang berada di hospital penjara Ramla sedang berhadapan dengan risiko mati secara perlahan-lahan setiap hari kerana mereka telah dinafikan dari mendapat rawatan perubatan. Menurut Suruhanjaya itu, keadaan kesihatan 10 tahanan di hospital tersebut sangat teruk dan ramai yang tidak boleh … Read moreTahanan sakit di hospital Ramla berisiko mati perlahan.

Buruh warga Palestin cedera ditembak tentera Israel.

Isnin, 14-10-2019 – Seorang buruh warga Palestin cedera terkena peluru selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakkan ke arahnya. Kejadian berlaku berhampiran tembok pemisah di utara Tulkarem. Menurut kata saksi kepada pemberita Palestinian Information Center (PIC), seorang pemuda yang dikenali sebagai Abdul Salam Khalil, berkerja sebagai buruh dan berasal dari perkampungan an-Nazla al-Gharbiya yang terletak di … Read moreBuruh warga Palestin cedera ditembak tentera Israel.

Kementerian Dalam Israel mengenakan larangan perjalanan ke atas 4 orang aktivis

Khamis, 10-10-2019 – Kementerian Dalam Israel pada Isnin mengeluarkan larangan perjalanan ke atas 4 aktivis termasuk 2 wanita untuk tempoh sebulan. Keputusan Israel itu dikeluarkan ke atas para aktivis pro-Aqsa: Mohamed al-Shalabi, Ameen al-Shuweiki, Khadija Khuwais dan Hinadi al-Halawani. Menurut keputusan bertulis itu, kementerian dalam mendakwa yang perjalanan 4 orang aktivis itu boleh mengancam keselamatan … Read moreKementerian Dalam Israel mengenakan larangan perjalanan ke atas 4 orang aktivis

Rejim Zionis Menangkap 10 Orang Warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 10-10-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik 10 rakyat Palestin di waktu Subuh selepas menyerang rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Sumber tempatan melaporkan bahawa 10 warga Palestin tersebut ditangkap di Ramallah, al-Khalil, Qalqilya dan Baitulmaqdis. Mereka menambah bahawa seorang pemuda Palestin kurang upaya adalah antara yang ditahan. sumber : http://english.palinfo.compenterjemah : nurul