Israel sekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat

Khamis, 10-10-2019 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah menyekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat melalui sempadan al-Karama dengan Jordan. Pihak Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin menyatakan bahawa 6,283 penumpang berjaya menyeberangi sempadan di kedua-dua arah melalui sempadan al-Karama pada hari Isnin. Pada hari yang sama 16 orang warga … Read moreIsrael sekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat

Rejim Israel tahan dua warga Palestin di pintu sempadan Karama.

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis Israel menahan dua pemuda warga Palestin di pintu masuk sempadan antara Tebing Barat dan Jordan. Menurut kata saksi kepada PIC, pihak rejim menahan Islam Fayad dan Naim Jaradat ketika mereka dalam perjalanan balik ke bandar Jenin, Tebing Barat dari Jordan. Selepas ditahan, kedua-dua mereka telah dibawa ke tempat lain. sumber … Read moreRejim Israel tahan dua warga Palestin di pintu sempadan Karama.

Kementerian Waqaf menyelar keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi

Rabu, 09-10-2019 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil pada Ahad dan Rabu hadapan bagi membenarkan para pendatang Yahudi untuk mengadakan sambutan di dalamnya. Dalam satu kenyataan, Kementerian itu turut menyatakan rejim berniat untuk menyerbu masjid itu pada Selasa dari pukul 2.00 petang … Read moreKementerian Waqaf menyelar keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi

Rejim Zionis culik 10 warga Palestin di Tebing Barat

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis pada awal pagi hari Isnin telah menahan 10 warga Palestin ketika serbuan di kediaman-kediaman di beberapa kawasan Tebing Barat yang berbeza. Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis menahan 10 warga Palestin di Ramallah, Bethlehem, Jenin, Salfit dan al-Khalil. Puluhan askar IOF menyerang sebuah pusat kebudayaan di perkampungan Kifl Hares, ke barat … Read moreRejim Zionis culik 10 warga Palestin di Tebing Barat

Pertembungan Tercetus Ketika Warga Israel Memecah Masuk ke Makam Yusuf

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis telah menyerbu kawasan timur, Bandar Nablus untuk mengiringi rakyat Israel yang ingin masuk ke Makam Yusuf. Para saksi menyatakan bahawa beberapa jip tentera Israel mengelilingi tapak dan kawasan kejiranan itu untuk memberi laluan kepada serangan pengganas. Rempuhan kuat berlaku setelah rejim Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru logam … Read morePertembungan Tercetus Ketika Warga Israel Memecah Masuk ke Makam Yusuf

Keadaan kesihatan Tahanan Wanita Jordan Semakin Teruk

Rabu, 09-10-2019 – Ayah tahanan wanita Jordan, Heba al-Labadi di dalam penjara Zionis menyebutkan, keadaan kesihatan anaknya semakin teruk selepas tindakan mogok lapar¬† yang dilakukan sejak dua minggu lalu untuk memprotes tindakan pemerintah Zionis yang menahannya tanpa sebab. Dia menambah, “Keadaan kesihatan puteri saya sangat sukar dan semakin teruk kerana mogok lapar sejak 14 hari … Read moreKeadaan kesihatan Tahanan Wanita Jordan Semakin Teruk

Rafat Murroh Seru Bela Al-Aqsha Dengan Semua Hal Yang Memungkinkan

Selasa, 08-10-2019 – Ketua Jabatan Media Hamas di luar Palestin, Rafat Murroh menyeru untuk membela Masjidil Aqsha melawan tindakan dan kejahatan Israel. Dalam keterangan akhbar, Khamis (3/10) Murroh menegaskan pentingnya membela Masjidil Aqsha dengan semua hal yang memungkinkan untuk menghadapi penjajah zionis dan kelompok teroris Yahudi. Murroh mengingatkan tentang rancangan Israel untuk melakukan serbuan dan … Read moreRafat Murroh Seru Bela Al-Aqsha Dengan Semua Hal Yang Memungkinkan

Matjila: PBB tidak pernah sekali pun laksanakan resolusi untuk Palestin.

Selasa, 08-10-2019 – Duta Afrika Selatan ke PBB, Jerry Matjila mengkritik tindakan badan dunia itu yang tidak pernah sama sekali melaksanakan salah satu dari 72 resolusi yang diputuskan untuk Palestin sejak tahun 1948. Matjila yang merupakan presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan Oktober semasa membuat kenyataan kepada akhbar al-Quds al-Arabi menyatakan tentang kegagalan masyarakat antarabangsa … Read moreMatjila: PBB tidak pernah sekali pun laksanakan resolusi untuk Palestin.

Tahanan Ahmed Ghannam mogok lapar 82 hari.

¬† Selasa, 08-10-2019 – Ahli keluarga tahanan Ahmed Ghannam telah menyuarakan kebimbangan terhadap nyawa beliau yang terancam disebabkan mogok lapar yang berpanjangan. Menurut sumber dari kalangan ahli keluarga, keadaan kesihatan Ghannam telah merosot dengan teruknya disebabkan mogok lapar selama 82 hari dan juga kerana keperluan perubatan yang terabai. Ghannam melancarkan mogok lapar untuk menyuarakan bantahan … Read moreTahanan Ahmed Ghannam mogok lapar 82 hari.

Rejim Zionis serbu kawasan Tebing Barat, bertelingkah dengan penduduk

Selasa, 08-10-2019 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Rabu menyerbu pelbagai kawasan di Tebing Barat. Sumber tempatan menyatakan satu kebakaran tercetus di sebuah kedai warga Palestin setelah IOF menyerbu kem pelarian Ain Sultan dekat utara bandar Jericho ketika tembakan bom gas pemedih mata dilepaskan secara besar-besaran. Puluhan pemuda Palestin membaling batu ke arah tentera … Read moreRejim Zionis serbu kawasan Tebing Barat, bertelingkah dengan penduduk

Qabha: Pilihan raya perlukan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat.

Jumaat, 04-10-2019 –Pemimpin kanan Hamas, Wasfi Qabha mengingatkan bahawa mengadakan pilihan raya tanpa wujudnya persefahaman dalam negara hanya akan mengekalkan perpecahan di kalangan rakyat Palestin. Melalui satu kenyataan medianya, Qabha menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin dan Fatah perlu mempastikan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat terlebih dahulu sebelum mahu mengadakan pilihan raya supaya rakyat … Read moreQabha: Pilihan raya perlukan keadaan dalam negara dan persekitaran yang sihat.

Beberapa negara Afrika menyokong hak Palestin di UNGA

Jumaat, 04-10-2019 – Palestin masih menjadi keutamaan Afrika, apabila belasan pemimpin dari benua itu menekankan perlunya Israel menghentikan penjajahannya ke atas Palestin dan mengembalikan hak sah kepada rakyat Palestin untuk bebas dalam kenyataan mereka di sesi ke 74 Mesyuarat Agung PBB minggu lepas. Senegal, Namibia, Nigeria, South Africa, Lesotho, Mozambique, Mauritius, Burkina Faso, Mali, Mauritania, … Read moreBeberapa negara Afrika menyokong hak Palestin di UNGA

Rejim Zionis serang mogok di Baitul Maqdis , tahan aktivis.

Jumaat, 04-10-2019 – Selasa lalu, Rejim Zionis telah menyerang suatu bantahan yang dianjurkan oleh warga Palestin berdekatan Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, di mana tahanan Palestin Samer al-Arabeed sedang ditahan pada ketika ini selepas koma kerana dibelasah ketika sesi soal-siasat oleh pihak berkuasa Israel. Rejim Zionis telah menyerang dengan ganas penunjuk-penunjuk perasaan dan telah menahan dua … Read moreRejim Zionis serang mogok di Baitul Maqdis , tahan aktivis.

Palestin mendesak untuk meningkatkan jumlah kehadiran mereka di Masjid Aqsa

Rabu, 02-10-2019 – Pergerakan Islam di Yerusalem yang dijajah telah menyeru rakyat Palestin di kota suci dan tanah yang diduduki sejak tahun 1948 untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Aqsa dan berarak secara beramai-ramai dari hari Ahad hingga akhir musim cuti Yahudi. Dalam satu pernyataan, Gerakan Islam menegaskan perlunya tidak memberi peluang kepada negara penjajah … Read morePalestin mendesak untuk meningkatkan jumlah kehadiran mereka di Masjid Aqsa

Beratus pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Rabu, 02-10-2019 – Sekurang-kurangnya 200 pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk ke kawasan halaman Masjidil Aqsa dengan kawalan ketat polis rejim Israel, dijangka lebih ramai lagi pendatang akan berbuat demikian. Menurut kata saksi, penganut Yahudi itu memasuki masjid tersebut secara berkumpulan dan melakukan tindakan provokasi ketika diberi penerangan yang mendakwa di situ adalah tapak kuil … Read moreBeratus pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.