Bendera Israel di kedutaannya di Kaherah diganti

Selasa, 23/08/2011 - Seorang pemuda Mesir berjaya menurunkan bendera negara haram Israel yang berkibar di Kedutaan Negara haram Israel di Kaherah dan mengantikannya dengan bendera Mesir semasa protes diteruskan berikutan pembunuhan 5 orang anggota keselamatan Mesir.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Ahmed al-Shahat berjaya memanjat bangunan bersebelahan yang setinggi 23 tingkat. Bendera tersebut terus dibakar sebaik ianya mencecah tanah.

Sementara itu, beribu-ribu orang terus berkumpul di luar kedutaan terbabit yang telah memasuki hari ketiga, selepas tentera rejim Zionis menembak mati 5 orang tentera Mesir termasuk seorang yang berpangkat pegawai pada Khamis lalu di Semenanjung Sinai ketika sedang menjejaki para pejuang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa