Yayasan Al-Aqsa : Zionis buat penggalian baru di bawah bandar lama

Khamis, 25/08/2011 – Yayasan Al-Aqsa untuk Pemeliharaan dan Sejarah mendedahkan dalam sebuah laporan akhbar pada hari Isnin (22 Ogos) bahawa Zionis dan badan eksekutif yang memperkenalkan diri mereka sebagai “Pertubuhan Warisan Zionis” memulakan penggalian terbaru terowong bawah tanah, di bawah gua lama, Gua Al-Kitan, yang terletaak di antara Pintu Amoud dan Sahirah (Herod) di kawasan utara bandar bersejarah Al-Quds. Salah satu terowong tersebut menghubungkan sehingga dibawah Masjid Al-Aqsa dekat kawasa Madrasah Umariah dari arah utara dinding Masjid Al-Aqsa, sementara sebuah lagi terowong yang bermula dari timur ke utara menuju ke kawasan yang dekat dengan Pintu Shairah – salah satu pintu bagi Bandar Al-Quds-.

Berdasarkan maklumat Yayasan Al-Aqsa, Zionis merancang untuk menggali terowong yang akan menghubungkan Bandar Silwan sehingga ke penghujung Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya dan akan bersifat bawah tanah. Ianya akan bermula dari tengah Bandar Silwan dan masuk ke Bandar Bersejarah dan Masjid Al-Aqsa dari selatan dan utara di samping juga mehubungkan di antara kawasan paling utara bandar tersebut, yang melibatkan terowong sepanjang 1600 meter.

Dalam lawatan sekitar bandar tersebut yang diketuai oleh yayasan ini, mereka mendedahkan beberapa tapak penggalian terowong ini, yang sedang dikerjakan oleh beberapa penggali terowong di kawasan hujung Gua Al-Kitan – yang dinamakan secara palsu oleh Zions sebagai Gua Raja Sulaiman atau Gua Tashdikiyahu (masing-masing adalah nama dari kitab Taurat-Talmud) – di mana pada masa itu mereka sedang menguatkan binaan terowong dengan kepingan-kepingan besi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen