Rejim Zionis menyerang Tebing Barat, menahan lebih ramai penduduk Palestin.

Rabu, 31/05/2006 –

Rejim Zionis telah menyerang kampung Beit Amrin di Tebing Barat, selatan Bandar Nablus pada awal pagi Isnin lalu (29/05/06) dan memusnahkan beberapa rumah rakyat Palestine sebelum menahan seorang pemuda Palestion.


Di masa yang sama, sekumpulan lagi rejim Zionis telah menyerang kampung Series, selatan bandar Jenin dan mengetatkan sekatan di daerah itu.

Sumber dari kampung itu mendedahkan bahawa rejim Zionis telah menahan seorang pemuda Palestin, Wael Sameeh Mahmoud, 27 and membawanya ke satu tempat yang tidak diketahui lokasinya.

Lebih banyak sekatan telah di kenakan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestion yang melintasi kawasan itu, menyebabkan mereka lewat sampai ke pejabat dan sekolah.

Di bandar Salfit, rejim Zionis terus mendirikan tembok di pos kawalan Hawara berdekatan dengan kampung Bourin bertujuan untuk menukar pos kawalan itu kepada tembok sekatan dan memisahkan Tebing Barat kepada kawasan2 berasingan.

Sementara itu, rejim Zionis di pos kawalan tersebut turut melarang penduduk Palestion berumur bawah 31 tahun daripada menyeberang. Hanya ambulan Palestin dan orang2 yang sakit sahaja dibenarkan melalui pos kawalan itu.

Ahad lepas menyaksikan rejim Zionis menyerang masuk Kolej Politeknik di bandar Al-Khalil dan turut melontar gas pemedih mata yang menyebabkan 3 pelajar tercedera dan menahan berpuluh2 orang lain sebelum menyerahkan notis yang memaksa mereka melapor diri di pejabat perisikan di Etzion berdekatan dengan bandar Bethlehem.

Sementara itu, mahkamah Israel di penjara Megiddo telah melanjutkan penahanan ke atas beberapa penduduk Palestin yang meringkuk di penjara tanpa sebarang penjelasan.

Dalam pada itu, pejuang kemerdekaan Palestin telah mengebom penempatan Israel, Kfar Azza dan Sderot yang terletak di kawasan yang ditawan Israel pada tahun 1948, dengan 3 bom buatan sendiri sambil menyebut bahawa serangan itu sebagai tindak balas ke atas kekejaman keterlaluan rejim Zionis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Nasser Salahuddin, pasukan bersenjata Popular Resistance Committee (PRC) dan Ahmed Abul Reesh, serpihan parti FATAH, mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, sambil berjanji tidak akan berdiam diri sehinggalah setiap inci tanah Palestin dibebaskan dan dikembalikan kepada rakyat Palestin.