Zionis bunuh pimpinan tertinggi Brigade Al-Quds di Rafah, dan Al-Jhad berjanji akan membalasnya

Khamis, 25/08/2011 – Pemimpin Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan bagi Gerakan Jihad Al-Islami syahid sementara dua lagi cedera apabila mereka diserang hendap oleh jet perang milik Zionis di Rafah, dari selatan Gaza selepas perjanjian gencatan senjata dilanggar oleh rejim itu.

Sumber pasukan perubatan dan tempatan memberi kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin bahawa beberapa jet perang milik Zionis membedil sebuah kereta awam berjenama Hyundai dekat Tal Sultan dari barat Rafah, yang menyebabkan syahidnya pejuang Brigade Al-Quds, Ismael Al-Asmer (34 tahun) dan mencederakan dua yang lainnya yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Abu Yousef An-Najjar, Rafah. Gerakan Jihad berjanji akan memberi serangan balik terhadap pembunuhan Al-Asmer ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen