HAMAS mengutuk perbalahan di kalangan rakyat Palestin


Amman, 27/7/2004, (hamasonline.net) ? Khaled Mishal, Ketua Biro politik pergerakan HAMAS bertegas HAMAS tidak akan berdiam diri smentara pihak-pihak tertentu di Palestin sibuk bertelagah merebut puncak kekuasaan di Gaza.


Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah ramai pihak kecewa dengan sikap anggota-anggota Fatah yang berada di dalam pihak berkuasa Autonomi
Palestin sibuk bertelagah merebut kekuasaan di Gaza setelah pengunduran tentera rejim Zionis dari sana.

Beliau menegaskan bahawa HAMAS tidak terlibat dalan perebutan kuasa tersebut dan mengutuk tindakan pihak-pihak yang bertelagah. Menurutnya lagi pertelingkahan tersebut adalah tidak wajar,
tidak kena pada waktu dan tempatnya.

HAMAS tetap konsisten dengan perjuangan mereka menentang penjajah Zionis di bumi Palestin sehinggalah bumi tersebut berserta Masjid al-Aqsa
dimerdekakan. Beliau yang mewakili HAMAS menyeru agak semua pihak yang bertelagah kembali bersatu untuk menentang musuh.

Beliau juga ditanyakan tentang usaha HAMAS menentang penyelewengan pemimpin-pemimpin Palestin (Palestinian Authority) yang kebanyakannya
diwakili oleh gerakan al-Fatah. Beliau menegaskan usaha tersebut bukanlah sesuatu yang baru, malah HAMAS akan tetap menentang segala bentuk
penyelewengan terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat Palestin.

Menurutnya lagi usaha tersebut mestilah diperhebatkan agar perjuangan rakyat Palestin benar-benar mantap dan berjaya menarik keyakinan rakyat keseluruhannya demi menentang usaha-usaha melemahkan perjuangan rakyat Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis pimpinan Ariel Sharon.