Fatah lancar kempen tangkapan besar-besaran penduduk

Isnin, 26/09/2011 – Badan Keselamatan PA di Tebing Barat sejak mala Rabu lalu telah melancarkan penangkapan besar-besaran para penduduk daerah itu, dan menumpukan kerja mereka di dua kawasan, Al-Khalil (Hebron) dan Nablus yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang demonstrasi terhadap pengganas Zioni pada hari Jumaat berikutnya.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Badan Khidmat Inteligen telah menahan wartawan, Muhammad Mana (29 tahun) di Bandar Nablus, dan seperti yang dilaporkan media, badan tersebut memecah masuk rumah seorang penulis blog, Thamer Saba’anah dekat Bandar Jenin. Saba’anah baru sahaja dilepaskan daripada tahanan PA Fatah seminggu lepas.

Beberapa mahasiswa Universiti Palestin turut memberitahu bahawa mereka ternampak konco-konco badan tersebut telah meletakkan kereta-kereta mereka di luar pintu universiti, yang turut dilaporkan oleh saksi lain di Bandar Nablus adalah Badan Keamanan Fatah telah menceroboh beberapa buah rumah penduduk dekat Bandar Bahtha, dalam usaha mencari 15 pendukung Hamas sekitar daerah Nablus dan Tulkarem.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

2 thoughts on “Fatah lancar kempen tangkapan besar-besaran penduduk

  1. Bermakna Fatah masih degil dengan semangat kebangsaannya?

    Satu lagi, maaf jika saya bertanya… mohon penjelasan… siapa sebenarnya yang mahukan Palestin ke PBB? Hamas atau Fatah?

  2. Kurangkan demotrasi dan bertindak dengan akal fikiran yang rasional . Elakkan kematian dan kecederaan . Perjuangan umat Pelastine masih jauh dan lama . Hargai nyawa yang Allah beri .Jangan bertindak ikut nafsu dan amarah . Pasti Allah menolong orang yang bersabar . Tidak melawan tidak bermakna Pelastine kalah . Bina iman dan kekuatan fizikal dan mental lebih baik .

    Insyaalalh .

Comments are closed.