Gaza Kehabisan Stok 120 Jenis Ubat

Selasa, 27/09/2011 – Kementerian Kesihatan di Gaza menegaskan berlakunya krisis kekurangan ubat di Gaza terus meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Bahagian Ubat-ubatan, Dr. Munir Burs, dalam laporan bulan September ini menyatakan, 120 jenis ubat-ubatan sama sekali tidak ada stok, sementara itu 150 jenis peralatan medik juga kehabisan stok. Ketika ini 76 jenis ubat dan 75 jenis peralatan medik dijangka habis dalam tempoh tiga bulan ke hadapan.

Dr. Munir menyebutkan bahawa perkhidmatan kesihatan di beberapa hospital dan pusat-pusat kesihatan mengalami kesan langsung dari krisis ini yang dari masa ke masa terus meningkat. Hal ini mengancam kelangsungan kerja di beberapa hospital. Disebutkan bahawa pihak kementerian berusaha mengelola keadaan sukar tersebut agar tetap dapat memberikan khidmat kesihatan secara menyeluruh dalam batas yang boleh dilakukan.

Beliau mendesak agar pihak berkaitan seperti badan kemanusiaan dan hak asasi manusia untuk memberikan bantuan ubat-ubatan ke Gaza secara berterusan supaya krisis dapat diatasi secara optimum.

sumber : COMES
penterjemah : osman dan hijjaz