Eropah lancarkan kempen boikot terhadap Syarikat Aliston milik Perancis yang terlibat dengan pengyahudian Al-Quds.

Jumaat, 30/09/2011 – Hari ini ini telah diumumkan bahawa Eropah akan memulakan kempen boikot terhadap Syarikat Aliston dari Perancis kerana penglibatan syarikat tersebut dalam proses pengyahudian Bandar Al-Quds. Kempen yang bertemakan Dignity ini turut memberitahu bahawa syarikat itu pada masa ini sedang cuba untuk bekerjasama dalam projek Shuttle Haramain yang bakal menghubungkan Mekah Al-Mukaramah dan Madinah Al-Munawwarah dekat Arab Saudi.

Khaled Al-Ter’ani, pengerusi kempen yang telah mendapat liputan dalam sidang media di Beirut pada hari Rabu (28 September) menegaskan kepentingan memboikot Syarikat AListon adalah kerana : “syarikat ini telah membantu Zionis mengyahudikan Al-Quds, satu tindakan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan hak kemanusiaan, melalui penyertaannya dalam projek Jerusalem Shuttle. Oleh itu Aliston sebenarnya terlibat secara langsung dengan ‘pembersihan etnik’ yang dilakukan oleh Zionis terhadap warga Palestin.”, beliau turut menegaskan pada waktu yang sama bahawa pemboikotan ini perlu segera dimulakan kerana syarikat tersebut turut terlibat dengan projek keretaapi shuttle untuk Al-Haramain.

Beliau turut menggesa Kumpulan Ar-Rajhi Holdings (kumpulan syarikat pelaburan Saudi yang melibatkan bank-bank Islam, real estate, pelaburan kewangan dan projek-projek mega), yang membuat kerjasama antarabangsa dengan Syarikat Aliston, untuk memutuskan kerjasa ini secepat mungkin, dan sebaliknya memilih syarikat yang lebih patuh kepada etika kerja dan profesion untuk diamanahkan menjalankan projek shuttle Haramain dekat kedua-dua kawasan suci tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen