Demonstrasi Anti-Tembok dihalang Israel !!


Di Jerusalem utara, pihak Israel menghalang 21 buah bas yang membawa rakyat Palestin daripada memasuki Ar-Ram. Bas tersebut membawa wanita, lelaki dan kanak2 dari Tulkarem untuk membantah Tembok Apartheid (Apartheid Wall) dalam suatu perarakan dari pusat Ar-Ram hingga ke pusat pemeriksaan Qalandiya, yg memisahkan Jerusalem then Tebing Barat (West Bank)

Kempen Anti Tembok Apartheid menyeru semua komitinyer di Tebing Barat utk menyertai dalam perarakan tersebut, sebagai satu cara menarik perhatian ramai terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memutuskan pembinaan tembok tersebut sebagai tidak sah. Mahkamah tersebut juga memerintahkan Israel supaya menghentikan pembinaan, merobohkan tembok yg telah dibina dan membayar rakyat Palestin gantirugi di atas kerugian mereka. Perarakan itu juga bertujuan menghangatkan bantahan terhadap tembok apartheid itu akan berterusan sehingga tembok tersebut roboh kesemuanya.

Bas2 daripada daerah Jenin dan Qalqiliya bersama dengan rombongan daripada barat daya Jerusalam berjaya tiba di pusat perarakan, pihak penceroboh telah menghalang semua bus dari Tulkarem daripada memasuki Ar-Ram, menahan mereka di pusat pemeriksaan Zaa’tara di Salfit dan juga di pusat pemeriksaan Atara di timur laut Ramallah. Walaupun terdapat beberapa usaha utk melepasi sekatan ini, akhirnya rombongan tersebut terpaksa berpatah balik ke Tulkarem selepas menunggu beberapa jam di pusat pemeriksaan Zaa’tara dan Atara

Penduduk daripada barat utara Tebing Barat datang ke Ar Ram bagi menyatakan hak mereka, dan penduduk Palestin yang lain, terhadap Jerusalem sebagai ibu negeri Palestin, dan juga menentang pembinaan Tembok Apartheid yang akan memisahkan kota tersebut daripada Tebing Barat.

Meskipun dengan tindakan agresif pihak penceroboh menghalang penunjuk perasaan daripada utara tiba di Ar Ram, ramai penyokong daripada Popular Comittee Against the Wall di Tulkarem, ditambah dengan mereka yang lain drpd Qalqiliya dan Jenin, berjaya tiba di Ar-Ram dan menyertai demonstrasi tersebut selepas solat Jumaat. Penunjuk perasaan berjaya berarak dari Ar-Ram hingga Qalandiya, merempuh sekatan yg dipasang oleh pihak penceroboh, dalam perarakan mereka menuju pusat pemeriksaan Qalqiliya. Sebelum demonstrasi bermula, mereka dari Qalqiliya bersembahyang di masjid Qalandiya, manakala mereka yang datang dari Jenin pula bersembahyang di Beit Hanina, bertentangan dengan Dahiet al Barid.

Askar Israel bersiap sedia sebelum penunjuk perasaan sampai dari Ar-Ram

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.