Jamaah Islam Lebanon Ucap Tahniah Atas Kejayaan Hamas

Jumaat, 28/10/2011 – Jamaah Islam di Lebanon mengirimkan telegram kepada Ketua Biro Politik Hamas dan PM Palestin, Ismail Haneya menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan pertukaran tawanan dengan Israel yang berjaya membebaskan ratusan tawanan berbanding seorang tentera Israel, Gilad Shalit.

Dalam suratnya, Khamis (20/10) menyatakan, “Kami menyampaikan selamat dan tahniah atas usaha yang telah anda lakukan yang berakhir dengan pembebasan tahap pertama para tawanan, langkah ini membuktikan kemampuan pihak Palestin menawan tentera Israel selama lima tahun, dan dengan itu dapat mengembalikan seribu tawanan Palestin kembali ke negeri dan keluarga mereka.”

Jamaah Islam menegaskan bahawa kejayaan ini adalah sebahagian dari perjuangan jihad berterusan dan panjang yang dilakukan Hamas serta ia berjaya meraih harapan rakyat Palestin berupa kemenangan dan kebebasan.

sumber : COMES
penterjemah : osman