Mesir Halang Penulis Terkenal Palestin Melepasi Rafah

Jumaat, 28/10/2011 – Pihak berkuasa Mesir mengharamkan penulis dan wartawan Palestin Mustafa Assawaf daripada meninggalkan Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah ke Iran untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat pengasas liga media Islam yang akan diadakan di Tehran.

Sawaf melahirkan rasa kecewa pada kegigihan pihak berkuasa Mesir dalam mencegah beberapa warga Palestin daripada meninggalkan Gaza atas sebab-sebab keselamatan, yang menyatakan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang salah laku atau menunjukkan permusuhan terhadap Mesir.

Beliau merayu kepada belia revolusi Mesir menzahirkan perubahan sebenar mereka dan mengambil tindakan terhadap dasar sekatan dan penghinaan yang diteruskan oleh pihak berkuasa di negara terhadap rakyat Palestin di lintas sempadan Rafah dan lapangan terbang Kaherah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen