Israel Pukul Pelajar Hendak Solat dan Tangkap Imam Masjid


COMES: Al Quds ? Tentera Zionis Israel pagi semalam (28/07) memukul seorang pelajar Palestin berhampiran pagar tentera dekat Nablus utara Tebing Barat ketika hendak melakukan solat. Sementara itu, seorang imam masjid Hamzah di kampung Balugh Ramallah ditangkap.

Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili?lam, saksi menyatakan bahawa pelajar Mahmud Hanani, 23, dipukul keras dengan tongkat. Akibatnya dia mengalami luka parah. Sebelum dipukul Mahmud yang baru pulang dari kampus diperiksa begitu lama. Dia kemudian hendak pergi menunaikan solat di tempat tersebut. Sebelum sempat mengangkat tangan untuk solat, tentera Zionis Israel marah dan bertindak untuk memukulnya dengan tongkat tentera sehingga mengakibatkan kepala Mahmud mengalami luka parah.
Di Ramallah pula, seorang imam masjid Hamzah di kampung Balugh Ramallah Syaikh Said Taha, 49, ini dituduh oleh Zionis Israel terlibat dalam gerakan Islam bersama beberapa tokoh Islam dan bertanggungjawab dalam menjamin aktivis Islam. Beliau juga dituduh oleh Zionis Israel meanggotai Hamas. (ATB)