Menteri Luar PA panggil UNSC ke mesyuarat tergempar berhubung pencerobohan Gaza

Selasa, 04/07/2006 –
Sebagai salah satu tindakan diplomatik PA untuk menghentikan pencerobohan askar Israel di Semenanjung Gaza yang memusnahkan banyak infrastruktur di situ, Menteri Luar PA telah memanggil mensyuarat tergempar UNSC untuk membincangkan keadaan keselamatan di semenanjung tersebut yang semakin buruk ekoran serangan Israel.


Di dalam persidangan media Rabu lalu, ketua jabatan Kementerian Penerangan, Taher Al-Nunu bertegas bahawa kementeriannya telah bekerja siang dan malam bersama golongan arab dan pihak-pihak yang prihatin untuk menghentikan keganasan Israel di Semenanjung Gaza.

Wakil Palestin ke UN juga telah didesak oleh kementeriannya untuk menyatukan kumpulan Arab dan negara-negara NAM di dalam isu ini dan sebagai “back-up” kepada sesi kecemasan.

?Sebagai usaha mengekang tindakan tentera Israel yang memperhebatkan kekejamannya ke atas rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza, Kementerian Luar PA telah mengambil beberapa langkah diplomasi untuk menghentikan kezaliman itu yang ternyata bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Jika is tidak dihentikan, ia bukan sekadar mengancam keselamatan Palestin tetapi di seluruh kawasan terbabit dan dunia secara keseluruhannya,? sumber rasmi PA itu menambah.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya telah mendesak pemimpin-pemimpin Arab dan Liga Arab untuk menyokong okjektif PA di dalam permintaannya menukar askar Israel yang ditawan dengan 500 orang wanita dan kanak-kanak rakyat Palestin yang ditahan di penjara-penjara Israel.
Liga Arab dijangka akan mengadakan sesi tergempar pada hari Khamis di atas permintaan Palestin untuk mengambil tindakan ke atas pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza. Walau bagaimanapun, sesi itu hanyalah di peringkat wakil negara Arab sahaja.

Berhubung perkara itu, Menteri Penerangan PA, Yousef Rezka telah mengadakan lawatan ke lokasi kemusnahan serta infrastruktur yang dibom oleh jet pejuang Israel Rabu lalu termasuk sebuah stesen janakuasa elektrik yang telah mnyebabkan seluruh semenanjung itu bergelap-gelita. Beliau menyifatkan keganasan Israel itu sebagai ‘kemusnahan pakej’ dan menggesa masyarakat antarabangsa serta persatuan antarabangsa yang berkecuali agar bertindak tegas ke atas kezaliman tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.