Dakwaan Israel terhadap pemimpin Hamas di luar negara menandakan kegagalan.

Selasa, 04/07/2006 –
Hamas mengesahkan hak untuk menawan askar-askar Israel di medan peperangan kerana askarnya melaksanakan serangan bersenjata ibarat ‘kehilangan maya’. Berikutan penangkapan seorang corporal rejim Zionis, Hamas menambah bahawa dakwaan Israel terhadap pemimpin politik Hamas di luar Palestin membayangkan kegagalan tindakan ketenteraan Israel dan cuba untuk mengekspot kegagalan tersebut ke luar nagara.

Pergerakan itu dalam kenyataanya Rabu lalu mengesahkan bahawa Semenanjung Gaza berada di bawah serangan dan kekejaman intensif Israel yang telah mula menghancurkan infrastruktur di Palestin termasuk jambatan, tenaga elektrik dan saluran air. Salinan kenyataan tersebut turut difaks kepada PIC (Palestinian Info Centre yang berpusat di UK). Ia juga turut menegaskan bahawa telah menjadi hak pejuang Palestin untuk menahan lebih ramai askar Israel untuk ditukar dengan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Palestin sambil menambah bahawa itu adalah tindakan yang diamalkan di peringkat antarabangsa melibatkan negara-negara yang berperang.

“Kenyataan rasmi Israel yang berterusan terhadap kepimpinan Hamas di dalam mengusir perancang utama operasi di Kerem Shalom merupakan propaganda yang direka bertujuan untuk mengeksport krisis dalaman Israel dan melindungi kekalahan pahit mereka dalam operasi tersebut,” kenyataan itu menambah.

Pergerakan itu menyeru semua paksi rakyat Palestin agar bersatu dan mengukuhkan barisan mereka tatkala peluru dan roket Israel tidak bermurah hati terhadap mana-mana paksi mahupun individu. Mereka turut memanggil rakyat Palestin samada di dalam atau luar negara agar mempersiapkan diri mereka untuk pertarungan yang panjang dengan musuh Zionis.

Masyarakat Arab dan ummah muslim juga dijemput oleh pergerakan itu untuk memainkan peranan keagamaan mereka, berjasa kepada negara, menyokong serta membela perjuangan rakyat Palestin. Hamas menegaskan bahawa mereka akan terus setia dengan perjuangan ini dan sebagai aspirasi kepada rakyat Palestin termasuk lebih 10 000 yang masih ditahan di penjara Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.