Dan Israel akan berasa selamat!


Serangan pejuang Palestine pada 25 June ke atas pos tentera Zionis berdekatan dengan sempadan Gaza-Mesir telah menyebabkan Zionis ‘terpaksa mempertahankan diri’, umum wartawan BBC News.


Laporan itu disusuli dengan temubual dengan Jurucakap kementerian Luar Israel, kemudiannya pula temubual dengan wartawan suratkhabar harian Israel di Washington. Tiada suara dari Palestin yang kedengaran. Kedua-dua orang Israel itu berkomunikasi sesama sendiri, seolah-olah hanya nyawa orang Israel saja yang amat bernilai.

Tiada langsung berita antarabangsa di dalam bahasa Inggeris ? termasuk berita2 daripada negara Arab ? yang menyatakan bahawa serangan sebelum subuh itu adalah hak Palestine untuk bertindakbalas ke atas kekejaman Zionis. Sebelum inipun, Zionis telah membunuh beberapa rakyat Palestine sepanjang beberapa minggu lepas, tetapi pihak Palestine langsung tidak bertindakbalas ke atas rakyat biasa Israel, sebaliknya hanya menyerang tentera Zionis yang telah menyebabkan kesengsaraan ke atas penduduk Gaza.

Adakah mungkin media utama Timur Barat telah tersilap pandang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza semenjak ‘pengunduran’ Israel pada Sept 2005?

Ia bermula dengan bunyi letupan yang amat kuat, pengeboman yang dibuat2 dan pesawat pejuang Zionis yang terbang rendah di kawasan Semenanjung Gaza yang sesak dan miskin. Penduduk Palestine telah menyeru masyarakat antarabangsa supaya campurtangan untuk menghentikan provokasi Zionis itu. Seruan itu, seperti biasa di pandang sepi.

Taktik sedemikian dilakukan Zionis untuk menyampaikan mesej ini: Tiada apa yang patut kamu gembirakan, kami masih lagi mampu ?bermain dengan takdir kamu?, dan tidak seperti pengunduran dari Selatan Labenon pada 2000, kami meninggalkan Gaza dengan kemenangan dan mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja.

Lama kelamaan, serangan Zionis benar-benar berlaku dimana masyarakat antarabangsa masih lagi membisu dengan dengan apa yang dikatakan perkara rutin di kawasan Gaza ‘yang dibebaskan’. Bagi pihak media, tiada apa yang ingin dilaporkan semenjak HAMAS dan kumpulan2 lain enggan bertindakbalas terhadap provokasi itu, malah masih lagi patuh kepada perjanjian gencatan senjata yang dicapai dengan presiden Palestine, Mahmoud Abbas di Kaherah.

Lama kelamaan, serangan Zionis

benar-benar berlaku dimana masyarakat antarabangsa masih lagi membisu dengan dengan

apa yang dikatakan perkara rutin di kawasan Gaza ‘yang dibebaskan’


Geram dengan ketiadaan tindakbalas Palestion, pemimpin Zionis turut menggunakan taktik menakut-nakutkan, dengan maksud bahawa tiada seorang pun rakyat Palestine yang dapat lari dari pembunuhan terancang Zionis.

Lebih menarik lagi, HAMAS pula menang pilihanraya pada Januari 2006 ? bukti ketelusan pilihanraya itu. John Hughes di dalam Christian Science Monitor turut menyatakan di dalam media bahawa sesuatu yang tidak kena telah berlaku di Asia Barat, dan kemenangan HAMAS itu akan ‘mencacatkan’ proses damai.

Terasa selamat dengan sokongan padu kerajaan AS, taktik menakut-nakutkan yang dilakukan Zionis mula memuncak. Kali ini, perang Zionis ke atas Palestine turut menjadi ‘perang sejagat’, dengan diketuai oleh PBB dan EU. Semasa EU menarik balik bantuan kepada Palestien sehingga menjadi krisis kemanusiaan, kerajaan AS pula mengetuai kempen mengenakan tekanan politik satu ‘petanda’ kerjasama yang padu antara Democrats dan Republican dan semua ‘sahabat Zionis’ di media.

Media barat pula dengan segera melaporkan pelbagai alasan dan justifikasi kenapa rakyat Palestine mesti ‘didenda’ kerana memilih parlimen tersebut di dalam pilihanraya demokrasi: kerana HAMAS enggan mengiktiraf Israel dan menghentikan ‘keganasan’, antara alasan yang di gunapakai oleh Israel.

Penasihat utama kerajaan Zionis, Dov Wessglas, seorang yang sangat optimistik, menjadikan situasi keadaan rakyat Palestin yang kelaparan sebagai satu cerita yang kelakar. ‘ Kepungan ekonomi ini adalah seperti temujanji dengan seorang pakar pemakanan. Rakyat Palestine akan menjadi kurus, tapi mereka takkan mati kelaparan.’

Dengan jelas, pihak Zionis tidak akan berpuas hati dengan keadaan itu. Masanya telah tiba untuk bertindak dengan lebih agresif; keganasan berleluasa yang dikenakan kepada semua rakyat Palestine tanpa mengira umur. Hanya 7 minggu sahaja – berakhir pada 21 June dengan pembunuhan seorang wanita mengandung, bayi yang dikandungnya dan adiknya beserta mencederakan 14 orang lain dari satu keluarga – Zionis telah membunuh 90 orang rakyat Palestine, majoritinya adalah rakyat biasa. Ini termasuk pembunuhan 7 sekeluarga pada 9 Jun semasa mereka sedang berkelah di pantai berdekatan dengan bandar Beit Lahia, Gaza.

Menteri pertahanan Israel Amir Peretz mengatakan bahawa pembunuhan itu adalah satu kesilapan, sambil berikrar untuk meneruskan perang terhadap ?pengganas? yang melontar roket buatan sendiri ke kawasan Sderot di Israel. Di dalam masa yang sama di mana 90 rakyat Palestine di bunuh dan beratus2 tercedera, radio tentera Zionis melaporkan hanya satu kecederaan yang berlaku disebabkan oleh bedilan roket itu. Itupun tiada sumber yang dapat mengesahkan kecederaan itu.

Walaubagaimanapun, media barat termasuk BBC terus menerus menyamakan pembunuhan keluarga Palestine itu dengan bedilan roket dari pejuang Palestine: buku bertemu ruas! Adalah sah, kata media tersebut untuk membiarkan rakyat sesebuah negara kelaparan kerana kerajaan mereka enggan mengiktiraf penjajah!!!!!

Pentadbiran AS mempertahankan pembunuhan ke atas keluarga Palestine itu sebagai hak Zionis untuk mempertahankan diri!!!! BBC International pula enggan menganggap serangan Palestin ke atas tentera Zionis sebagai hak Palestin untuk mempertahankan diri!! Sebaliknya, hanya Israel yang dikatakan ‘terpaksa mempertahankan diri’ Tidak jelas pula berapa ramai rakyat Palestine yang perlu dibunuh sebelum Israel dikatakan betul2 ‘melampau’. Hanya jika kehidupan adalah seperti dulu rakyat Palestin kelaparan, disembelih dan dimalukan oleh Israel, barulah Israel merasa selamat.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.