Israel Ambil Kesempatan Atas Gesaan Amerika Menahan Mishaal

Rabu , 05/07/2006 –
Hamas berkata desakan Amerika terhadap kerajaan Syria menahan Mishaal (gambar) memberi laluan yang jelas bagi Israel untuk meningkatkan lagi siri kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.


Beberapa hari yang lepas, wakil Amerika ke PBB John Bolton meminta Majlis Keselamatan PBB untuk tidak mengutuk serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin akhir-akhir ini dan berlaku melampau apabila meminta kerajaan Syria menahan Mishaal disebabkan beliau merupakan “pengganas antarabangsa”.

Hamas berkata Mishaal merupakan pejuang rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel dan Amerika turut bantu dan melindungi Israel. Tindakan Amerika ini langsung tidak mengejutkan Hamas yang mana Amerika begitu dikenali menyebelahi pihak berlaku kejam dan langsung tidak menghormati hak asasi manusia.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.