Israel Umumkan “Perang Yang Panjang” ke atas Palestine.

Rabu , 05/07/2006 –
Bilamana Perdana Menteri Palestine Ismail Haniya merayu supaya pejuang Palestine tidak mengapa-apakan askar Zionis yang ditahan, perdana menteri Israel pula mengumumkan “perang yang panjang” terhadap Semenanjung Gaza pada Selasa 4 Julai.


“Ini adalah perang yang panjang….ia memerlukan kesabaran, kadangkala tiada kesudahan,” Olmert dipetik sebagai berkata oleh Reuters.“Kami mesti sedar bila untuk sabar dan bila untuk menyerang.”

Israel telah memberi lampu hijau kepada tenteranya untuk menceroboh masuk sehingga ke atas utara Gaza walaupun tidak memberi arahan untuk menyerang, kata suratkhabar Maariv. Ini berlaku selepas tamatnya tempoh hari Selasa yang diberikan oleh kumpulan Palestine yang menahan tentera Israel, untuk pihak Zionis itu bersetuju dengan proses pertukaran tahanan.

Israel telah melancarkan serangan pada Rabu 28 Jun dan memusnahkan stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza, 3 jambatan utama, paip2 air, sekolah2, universiti2, padang bola, kawasan perkuburan dan pejabat Haniya. Kereta2 kebal dan kereta2 perisai turut memusnahkan pokok2 zaitun, sumber pendapatan utama petani-petani Palestine.

Lebih kurang 5000 tentera dan beberapa kereta kebal Israel telah ditempatkan di sempadan Gaza di dalam misi serangan terbesar Israel sejak berundur dari wilayah kecil pada September lepas yang menamatkan 38 tahun penjajahan.

Pencabulan Geneva


Sementara kereta2 perisai dan tenteranya berkumpul di sempadan utara Semenanjung Gaza, Israel memberikan amaran kepada HAMAS yang “sesuatu yang dahsyat” akan berlaku jika korporal Gilat dicederakan. “Saya ingin menekankan disini, tiada seorang pun yang akan dikecualikan,” kata Olmert.
Menteri dalam negerinya, Roni Bar-On memberitahu radio Israel, “ HAMAS faham benar….sesuatu yang dahsyat akan berlaku jika mereka mencederakan Gilat Shalit.”


Israel memberikan amaran kepada HAMAS yang “sesuatu yang dahsyat” akan berlaku jika korporal Gilat dicederakan. “Saya ingin menekankan disini, tiada seorang pun yang akan dikecualikan,” kata Olmert.

Switzerland, negara tempat persidangan Geneva telah menegaskan bahawa Israel telah melanggar undang2 kemanusiaan dengan melancarkan “collective punishment” ke atas Palestine. “Banyak tindakan tentera israel di Semenjung Gaza yang telah melanggar prinsip2 sejagat….dan ia adalah satu tindakan “collective punishment”, di mana ia adalah tidak dibenarkan,” kata menteri luarnya.

Dia menekankan bahawa tiada ragu2 lagi bahawa Israel tidak mengambil langkah2 yang perlu dibawah undang2 antarabangsa untuk melindungi masyarakat awam dan infrastruktur. Kemusnahan stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 43% bekalan elektrik kepada Semenanjung Gaza, serangan keatas pejabat perdana menteri dan penahanan ahli2 parlimen yang sah adalah tidak sah, menteri itu menambah lagi.

Tentera penjajah zionis telah menculik 1/3 daripada anggota kerajaan Palestine, 24 ahli parlimen dan beberapa ahli perbandaran di dalam serangan waktu malam di kawasan Tebing barat yang dicerobohinya. Israel mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Palestine, ugutan yang di kemukakan olah Yuval Diskin, ketua agensi keselamatan Shin Beth kepada Presiden Mahmoud Abbas. Kerajaan Palestine telah menafikan terlibat dalam operasi itu sambil menasihatkan agar tentera yang sitahan itu dilayan dengan baik.

Tiada Jalan Keluar


Osama Al-Muzaini, ketua politik HAMAS berkata yang ketiga2 kumpulan telah menarik diri dari rundingan anjuran Mesir itu. Kumpulan itu mendesak agar 1000 tahanan di penjara Israel ditukar dengan Shalit. Mereka turut memberi amaran bahawa ‘Israel akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di masa hadapan’ jika permintaan untuk pertukaran tahanan itu tidak dipenuhi.

Salah satu kumpulan itu, Islamic Army berkata yang tiada lagi berita berkaitan Shalit akan diberikan. Mereka turut memberikan berbeza2 pendapat tentang nasibnya. “Sama ada dia akan dibunuh atau tidak, kami tidak akan memberikan apa2 info….rundingan telah ditutup,” kata jurucakap Islamic Army , Abu Al-Muthana. “Kami tidak membunuh tahanan. Islam mengajar kami supaya melayan tahanan dengan baik.” Dia turut enggan memberitahu sama ada Shalit masih hidup atau tidak.

Muthana turut membandingkan nasib Shalit dengan nasib tentera udara israel Ron Arad, yang hilang di selatan Labenon 20 tahun lalu. Terdapat spekulasi yang mengatakan Arad telah mati. “Mereka mungkin telah membunuhnya, membawanya ke negara lain atau menyembunyikannya. Semua pilihan masih terbuka.”

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.