Gabungan perikatan perdagangan Norway bersatu bersama kerajaan PA

Khamis,

06/07/2006 –

Gabungan perikatan perdagangan Norway mmeperbaharui sokongan berterusan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka. Di dalam mesej yang dihantar gabungan tersebut, pekerja-pekerja warga Norway menjelaskan, “ Perikatan kami mengikuti perkembangan yang berlaku di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan penuh rasa kebimbangan terhadap Israel. Namun, ia menyerlahkan perpaduan seluruh warga Palestin dalam ikhtiar mereka mendapatkan sebuah negara yang merdeka.”

Perdana menteri Norway (gambar) dan menteri luarnya merayu supaya serangan ketenteraan rejim Zionis terhadap rakyat palestin dan bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza serta Tebing Barat dihentikan. Mereka menyifatkan tindakan ganas Israel itu sebagai ‘sesuatu yang melampau hanya kerana penangkapan seorang askar kerahan rejim Zionis’

Misi perubatan Norway telah berlepas ke Semenanjung Gaza Isnin lalu bagi membantu memperluaskan perkhidmatan perubatan kepada rakyat Palestin di Semenanjung yang padat dengan penduduk itu.

Di Iran, banyak perwakilan pelajar berkumpul di pejabat wakil Hamas di Bandar Tehran untuk menyatakan sokongan tanpa henti mereka terhadap kerajaan PA dan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis. Wakil Hamas di Iran, Dr. Abdul Muti Abu Osama menyambut baik kedatangan perwakilan pelajar Iran dan mengatakan bahawa Iran adalah salah satu negara yang membantu rakyat Palestin di semua peringkat sambil menyeru tindakan inisiatif pelajar.

Beliau menegaskan bahawa pihak yang menahan askar kerahan Israel tidak mungkin akan membebaskan tawanan mereka selagi permintaan mereka tidak dipenuhi. Beliau berkata, “saya memberitahu Olmert dan kerajaan pengganasnya bahawa pihak yang bertanggungjawab menangkap orang kamu tidak akan membebaskannya sehingga kamu memenuhi tuntutan mereka untuk membebaskan wanita-wanita dan kanak-kanak Palestin yang merengkok di penjara kamu!” “Ikut langkah yang logik dan gunakan saluran diplomatik sebelum ianya terlambat,” tambah beliau.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.