Haneyya umum perpaduan dengan Universiti Islam

Khamis, 06/07/2006 –

Ismail Haneyya, Perdana Menteri PA mengumumkan perpaduan dengan Universiti Islam di Gaza yang telah menjadi sasaran serangan udara Israel untuk kali kedua dalam masa kurang daripada seminggu.

Menerusi perbualan telefon Haneyya dengan Rektor Universiti Islam, Dr.Kamalin Shaath, Haneyya meluahkan rasa kesalnya dengan pengeboman Israel itu sambil menjelaskan bahawa universiti tersebut adalah salah satu di antara institusi akademik terpenting di Palestin dan di bumi Arab. Beliau menegaskan bahawa kerajaannya telah berikhtiar sedaya-upaya di semua peringkat untuk menyekat sebarang pencerobohan ke atas mana-mana institusi kebangsaan Palestin.

Dalam pada itu, ahli-ahli akademik yang menghadiri sidang akhbar berkenaan kemusnahan pejabat majlis pelajar universiti terbabit menegaskan bahawa serangan seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia sebenarnya disasarkan ke atas “golongan bijak Palestin masa akan datang.”

Dr.Shaat menyifatkan serangan udara Israel sebagai ‘kelakuan berdosa.’ Beliau menyeru Liga Arab, OIC, united nations, persatuan hak asasi manusia serta semua pertubuhan antarabangsa untuk mempertahankan rakyat Palestin dan institusi awam mereka. Menteri Pendidikan PA turut mengeluarkan kenyataan media mengecam serangan Israel ke atas Universiti Islam sambil menyifatkan serangan itu sebagai ‘biadap’.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.