Pertubuhan-pertubuhan Zionis rancang serangan ke atas Aqsa

Jumaat , 07/07/2006 –
Yayasan Al-Aqsa memberi amaran bahawa pertubuhan-pertubuhan pengganas Zionis telah merancang beberapa kempen untuk menyerang masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada 3/8/2006.


Dalam kenyataannya, yayasan itu melaporkan bahawa kumpulan fanatic yahudi telah merancang enam cubaan untuk menyerang dan memusnahkan kawasan suci Al-Aqsa. Mereka turut menegaskan akan berusaha sedaya-upaya mempertahankan Aqsa. Kempen itu dijangka akan memuncak pada 3/8/2006 sempena ulangtahun ‘kemusnahan kuil’.

Kumpulan-kumpulan yahudi mengatakan bahawa mereka akan mengatur perarakan bulanan di Bandar suci Baitulmaqdis yang akan berakhir di MasjidilAqsa di bawah slogan ‘dari kemusnahan kepada pembangunan’. Ini merujuk kepada rancangan meraka untuk membina kuil ketiga berdasarkan kenyataan akhbar Hebrew.
Majlis perbandaran yahudi di Baitulmaqdis pula mengumumkan rancangan untuk memperbaiki dan membangunkan kawasan ibadat kaum itu setinggi 27 meter di Bandar suci tersebut sebagai salah satu usaha untuk membina mercu tanda yahudi.

Walau bagaimanapun. Yayasan Al-Aqsa bertegas bahawa segala konspirasi yang dilaksanakan berdekad atau berabad lamanya telah gagal untuk memusnahkan Al-Aqsa dan Kubah Emas. Ini menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah simbol tamadun islam di Baitulmaqdis manakala gereja-gereja kristian pula sebagai lambang tolak ansur di Bandar suci itu.

” Kami mengesahan bahawa segala cubaan-cubaan yahudi akan gagal dan Kubah Emas akan terus kekal megah melambangkan keagungan senibinanya,” tambah kenyataan yayasan tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.