Pemimpin tertinggi Hamas dibunuh !!

Jumaat , 07/07/2006 –

Salah seorang pemimpin senior pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Dr Hussein Abu Ajwa (gambar) telah dibunuh oleh beberapa penyerang bersenjata yang tidak dapat dipastikan jumlahnya. Pemerhati berpendapat bahawa tragedi ini adalah usaha Israel dalam memperhebatkan serangannya.

Saksi melaporkan bahawa beberapa orang gangster bersenjata serta menaiki kereta telah mengejar dan mengepung kereta yang dipandu oleh Dr. Ajwa, 44. Dr Ajwa di dalam perjalanan pulang ke rumahnya malam semalam ketika diserang. Penyerang bersenjata dilihat menembak Abu Ajwa di dada, kaki dan kepala sebelum melarikan diri. Mereka telah mengheret Abu Ajwa keluar dari keretanya sebelum menembak dalam jarak dekat hingga mengakibatkan kematian.

Pemimpin Hamas itu tidak diiringi pengawal semasa kejadian. Abu Ajwa, pensyarah Pengajian Islam di Universiti Aqsa dikejarkan ke Hospital Shifa di Bandar Gaza. Sumber Hamas berkata bahawa pembunuh-pembunuh itu adalah agen kepada pasukan tentera Israel dan akan didakwa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.