Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi Syahid Dibunuh Israel

GAZA, 18/4/2004 ? Pemimpin karismatik Hamas yang semenjak sekian lama menjadi sasaran Israel ini akhirnya gugur syahid pada Sabtu petang (17/04) bersama tiga orang lainnya di jalan Jala, Gifafi, utara Genting Gaza dalam sebuah serangan udara Israel yang mengebom kenderaan yang mereka naiki dengan dua buah peluru perpandu.

Dr. Jam’ah Saqo, Pengarah Hospital As-Syifa menyatakan, Dr. Abdul Aziz Rantisi gugur syahid akibat kecederaan serius di bahagian dada dan lehernya. Di samping beliau, tiga lagi warga Palestin yang lain gugur syahid. Ketiga-tiga orang mangsa itu ialah Akram Nassar (ajudan), Muhammad Abu Namus dan sseorang lagi yang belum diketahui identitinya.


Ketua Bahagian Kecemasan di Hospital As-Syifa Gaza, Kadir Abu Shafi menyatakan, As-Syahid Rantisi meninggal akibat kecederaan yang dialaminya sangat serius akibat serangan udara Israel tersebut.

Sumber-sumber Palestin menyebutkan, dua peluru perpandu dilepaskan oleh Israel dan dengan tepat mengenai kereta yang dinaiki Rantisi. Di samping itu, ada enam mangsa berdekatan tempat kejadian mengalami kecederaan. Kereta yang menjadi sasaran hancur berkecai.

Rantisi gugur syahid menyusuli gugurnya pemimpin ruhi Hamas, Syeikh Ahmad Yasin (22/03). As-Syahid sebelum itu pernah terselamat dari operasi pembunuhan Israel pada 10 September 2003.

Israel sendiri menegaskan akan menhapuskan kesemua pemimpin gerakan Islam Hamas. Seorang pegawai Israel yang enggan disebut namanya menyatakan, pada hari Ahad 7 September 2003, pihak Israel memiliki azam untuk menhapuskan kesemua anggota Hamas, tanpa membezakan pimpinan politik atau sayap ketenteraannya.