Haniya: Serangan tidak akan membawa keamanan

Seorang telah terbunuh dan beberapa yang lain telah tercedera di dalam serangan udara Israel yang terbaru di Gaza, di mana Perdana Menteri Palestine menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak akan membawa kepada keamanan.

Radio Israel telah mengumumkan bahawa tentera Israel tengah bersiap sedia untuk meluaskan lagi operasi darat di Gaza sebagai salah satu operasi ketenteraan yang di jalankan di sana selepas penahanan tentera Israel oleh pejuang Palestine pada 25 June lalu. Saksi turut melaporkan bahawa tentera Israel telah mula memasuki tengah Gaza semenjak bermulanya serangan di mana mereka telah memulakan operasi mencari di kampung di Deir El Balah. Ehud Olmert, perdana menteri Israel telah berikrar pada Isnin lalu untuk meneruskan kempen ketenteraan itu untuk membebaskan tenteranya yang ditahan dan menyekat serangan roket ke selatan Israel.

Walau bagaimanapun, perdana menteri Palestine, Ismail Haniya telah menulis di dalam artikel US Washington Post yang “jika Israel tidak membenarkan rakyat Palestine hidup dalam aman, penuh kehormatan dan integriti, maka rakyat Israel juga tidak akan dapat menikmati hak itu.”

Peluru berpandu dilancarkan


Di dalam tindakan mereka yang terbaru, pesawat tentera udara Israel telah melancarkan serangan udara ke atas pejuang Palestine yang sedang membawa roket2 berdekatan bandar Bait Hanun, kata tentera Israel. Penduduk turut melaporkan bahawa seorang pejuang telah terbunuh dan 2 orang lagi dalam keadaan kritikal. Beberapa penduduk awam turut tercedera di dalam serangan itu. Lebih daripada 50 rakyat Palestine, di mana 20 orang adalah orang awam telah terbunuh didalam serangan Israel, kata penduduk Gaza dan kakitangan perubatan.

Kakitangan bantuan kemanusian PBB turut merungut pada selasa lepas yang pihak Israel tidak mengambil langkah2 yang cukup untuk mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza, kata diplomat barat.

Kebijaksanaan dan Logik


Di dalam ucapannya pada perjumpaan kabinet pada Selasa lepas, Haniya telah mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata dan rundingan dengan Israel. Israel telah menolak gencatan senjata itu sambil berkata yang pejuang Palestine perlulah membebaskan tenteranya, Corporal Gilat Shalit dan menghentikan bedilan roket.


“Kami di dalam kerajaan Palestine masih komited dengan inisiatif yang kami telah anjurkan dan kami tetap berpegang bahawa rundingan politik, diplomasi dan bertenang adalah jalan keluar kepada kemelut ini,”

“Saya ingin mengatakan kepada pemimpin penjajah ini,(pemimpin Zionis) bahawa kebijaksanaan dan logik akan berjaya,” kata Haniya. “Kami di dalam kerajaan Palestine masih komited dengan inisiatif yang kami telah anjurkan dan kami tetap berpegang bahawa rundingan politik, diplomasi dan bertenang adalah jalan keluar kepada kemelut ini,” katanya yang merujuk kepada gencatan senjata itu.

Bantuan telah diterima


Haniya berkata di dalam artikel yang disiarkan dalam Washington Post pada Selasa lepas bahawa “serangan ke atas Gaza adalah tindakan terbaru untuk memusnahkan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan dengan adil pada awal tahun ini di kawasan Palestine yang dijajah”. Beliau menuduh Israel dan AS, yang mengetuai kempen menghentikan bantuan kepada Palestine, melancarkan perang ekonomi dan politik.

Beliau turut mengingatkan rakyat AS untuk “berfikir secara dalam2 apakah sebab dan sejarah yang sebenarnya, di mana saya rasa mereka akan mula bertanya2 kenapa negara ‘halal’ seperti Israel terpaksa melancarkan perang selama berdekad2 ke atas pelarian tanpa pernah sekalipun mencapai matlamatnya”.

Penderma barat telah menggesa HAMAS supaya meninggalkan “keganasan”, mengiktiraf Israel dan menerima keputusan rundingan damai sebelum ini. HAMAS yang telah mengalahkan FATAH di dalam pilihanraya Januari lalu, telah menolak gesaan itu. Sementara itu, pejabat Abbas telah menerima US$50 juta daripada Liga Arab, jumlah terbesar yang diterima dari bantuan antarabangsa semenjak sekatan bantuan. Sumber rasmi juga turut mengatakan yang bantuan itu telah dihantar terus kepada Abbas dan tidak melalui HAMAS tanpa menerangkan bagaimana wang itu akan digunakan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.