10 Syahid 35 Cedera Dalam Tempoh 24 Jam

Khamis ,13/07/2006 –
Dari Isnin (10/07) korban keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah 10 orang syahid dan 35 orang cedera dalam operasi ketenteraan zionis di perumahan
penduduk Palestin di Gaza, Khan Yunis dan utara Genting Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Khalid Radli menegaskan bahawa pihaknya sejak Isnin pagi menerima tujuh mangsa yang meninggal dunia dan 35 mangsa cedera. Sementara itu tiga lagi meninggal kerana cedera parah dalam serangan Israel sebelumnya.

Dalam serangan pesawat pengintip Israel terhadap sekumpulan pemuda Palestin yang sedang bermain bola sepak berdekatan sekolah pertanian di Baldah Bethanon, empat pemuda meninggal dan enam yang lain cedera parah.

Keempat-empat mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Al Adwan di sebelah utara Genting Gaza. Antaranya mangsa tersebut adalah Ahmad Audah Syabat (18), Ahmad Abu Amisyah (16), Mahfud Farid Nasr (20). Antara mangsa yang mengalami luka parah adalah Raji Umar Dlaifullah.

Sumber tempatan menjelaskan bahawa seorang pejuang Palestin dari brigade Al Qassam dilihat telah melancarkan serangan roket jenis Yasin ke kenderaan tentera Israel berdekatan pintu masuk Minthar di kampung Sejaueyah di sebelah timur Gaza. Serangan roket mengenai sasaran namun pesawat pengintip Israel dan tank-tank pengempur Israel menyerang pejuang Al Qassam sehingga syahid. Beliau difahamkan bernama Aiman Ukawa
(20).

Dari Khan Yunis (1.15pm Isnin) dilaporkan, sebuah pesawat tempur Appache Israel menyerang sebuah kenderaan awam jenis Subaru yang dinaiki pejuang Brigade Al Quds di wilayah Absan besar sebelah timur Khan Yunis. Akibatnya, dua dari mereka meninggal
syahid.

Keduanya-duanya iala Raid Musa Abu Shalah (24) dan Muhammad Khalifah (21). Pagi ini pesawat Israel menyerang kereta awam berdekatan masjid Taufiq di kampung Sejaueyah timur Genting Gaza sehingga Jamal Irfan (27) dari Brigade Al Qassam gugur syahid dan dua orang lainnya cedera.

Pada Isnin kelmarin, seorang bayi yang masih menyusui (15 bulan) meninggal syahid akibat luka parah yang dideritanya akibat serangan udara Israel ke sebuah rumah di Baldah Qararah sebelah utara Khan Yunis, selatan Genting Gaza pada 21 Jun lalu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.