HAMAS menyokong tindakan Hizbullah.

Khamis ,13/07/2006 –
Pelbagai reaksi oleh rakyat Palestin dan dunia Arab dengan tindakan pejuang Hizbullah menyerang rejim Zionis di sempadan Lubnan.


Hizbullah dilaporkan telah berjaya membunuh 7 orang rejim Zionis, mencederakan 21 orang dan berjaya menangkap 2 orang sebagai tebusan. Hamas menyokong tindakan Hizbullah dan menyatakan bersatunya mereka dalam program untuk membebaskan bumi Palestin dari terus dijajah oleh rejim Zionis.

Operasi Hizbullah ini berlangsung setelah 3 minggu operasi Brigade Al-Qassam di sebuah laluan masuk Kerem Shalom yang mengakibatkan 2 rejim Zionis mati.

Pergerakan Jihad Islami turut menyokong tindakan tersebut dan menyatakan ini akan menaikan
moral rakyat Palestin kerana mereka tidak berseorangan dalam menghadapi keganasan rejim
Zionis yang kini telah masuk 3 minggu operasi besar-besaran membunuh rakyat awam Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.