Rakyat Palestin Diancam Bahaya Besar; Israel Gunakan Senjata Kimia

Jumaat ,14/07/2006 –
PM Palestin, Ismael Hanneyah menegaskan bahaya besar mengancam warga Palestin
setelah penjajah Israel mula menggunakan senjata napalm (sejenis bom yang
menggunakan bahan kimia dan radioaktif hingga membakar tubuh mangsa) dan nail bomb
(bom paku) yang merobek-robek tubuh mangsa dan menghancurkan tulangnya.

Hanneyah menegaskan perkara tersebut dalam sidang kabinet kerajaannya, Selasa
(11/07). Sebelumnya, Isnin (10/7) Menteri Kesihatan Palestin Dr. Basem Naim
menyatakan, militan Israel telah menggunakan sejenis bahan kimia baru yang terlarang
sebagai bahan bomnya dalam melakukan serangan terhadap penduduk Palestin.

Menurut Basem Naim, bahan peledak militan penjajah Israel mengandungi bahan kimia
dan radioaktif yang boleh membakar dan meluluhkan tubuh mangsa yang terkena bahan
tersebut. Bahkan menurut Dr. as Saqqa dari hospital as Syifa di Gaza, seperti
dipetik dari alJazeera, Rabu (12/07), “Tubuh mangsa yang terluka hampir semuanya
terbakar. Bahan bom ini bertindak dengan cara yang sangat mengerikan dan belum
pernah kami lihat sebelumnya.”

Menurut Dr.Saqqa, Pengarah Urusan Darurat di Hospital as Syifa, banyak anggot
keluarga mangsa korban yang tidak dapat mengenali mangsa yang meninggal akibat
serangan bom Israel tersebut.

Dr. Saqqa mengatakan, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan X-ray pada mangsa korban
yang meninggal, mereka tidak dapat mengenalpasti bahan apa yang telah mengenai
mangsa. “Tubuh mangsa yang meninggal seperti terbakar akibat bahan kimia,” katanya.

Hasil pemeriksaan pihak perubatan, Menteri Kesihatan Palestin Basem Naim yakin
Israel menggunakan bahan kimia baru dan senjata radioaktif dalam operasi mereka.
Beliau menegaskan bahawa sebahagian besar mangsa yang cedera adalah anak-anak di
bawah umur 16 tahun.

Sehingga kini, menurut Menteri Kesihatan, para doktor telah mengambil sel lebih
kurang 12 mangsa yang cedera. Pihaknya menyeru dunia antarabangsa dan organisasi Hak
Asasi Manusia untuk mengirimkan kumpulan perubatan ke Palestin untuk melakukan
pemeriksaan terhadap tubuh para mangsa korban untuk mengenalpasti masalah ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.