Tindakan Hizbullah Bertepatan – Nazzal

Jumaat, 14/07/2006 –

Muhammad Nazzal, ahli biro politik pergerakan Hamas, telah menyifatkan serangan tentera Hizbullah terhadap kedudukan tentera regim pengganas Israel, sebagai tindakan berani dan sah (legitimate), kerana ianya dilakukan dikawasan Lubnan yang diceroboh regim.


Nazzal, yang sekarang dalam rangka lawatan ke Mesir, memberitahu agensi berita Reuters, sebarang bentuk serangan keatas tentera regim Israel hanyalah semata-mata demi menyelamatkan penduduk bumi Palestin. Ditanya mengenai kemungkinan Hamas berkerjasama dengan Hizbullah dalam isu pertukaran tahanan dengan Israel, Nazzal menyifatkan ianya masih terlalu awal untuk diputuskan.

Sayap bersenjata Hamas bersama dua kumpulan pergerakan rakyat Palestin yang lain berjaya menangkap tentera pengganas regim Israel tiga minggu lalu di selatan Genting Gaza dalam satu operasi ketenteraan yang berani. Delegasi Hamas yang diketuai Nazzal bersama ahli biro politik yang lain, Muhammad Nasr, tiba di Mesir pada hari Selasa. Delegasi tersebut telah menemui Omar Sulaiman, Ketua Agensi Perisikan Mesir bagi membincangkan perkembangan di Palestin.

Sementara itu, salah seorang ketua dari kalangan tahanan Palestin dipenempatan penjara Israel berkata bahawa kalangan tahanan mempunyai harapan yang tinggi dan hanya menghitung hari untuk pembebasan. Kamal Al-Tawil, Datuk Bandar El-Bireh, menyifatkan operasi tentera Hizbullah sebagai cekap dan berani keatas tentera musuh yang dilengkapi senjata berat.

Beliau berkata lagi, kesemua tahanan menaruh harapan yang penuh untuk dibebaskan dalam masa yang terdekat walaupun pelbagai tekanan dikenakan keatas mereka seperti memberhentikan rawatan perubatan, menyekat lawatan, kekejaman dan dihalang dari berhubung dengan dunia luar.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.