Kekejaman Tentera Zionis Meningkat

Jumaat, 14/07/2006 –
Tentera Zionis pada hari Selasa mencederakan remaja Palestin dan menahan 4 yang lain dalam pencerobohan rutin mereka di Nablus. Pencerobohan zionis ini disambut dengan balingan batu daripada para remaja dibalas dengan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata. Seorang paramedik juga cedera ditembak semasa menjalankan tugas beliau.

Di Tulkarm, tentera zionis menahan 6 remaja dan menukar bangunan awam kepada berek tentera Zionis.
Di Ramallah, tentera zionis menceroboh selepas 2 penduduk haram Yahudi dicederakan dalam satu insiden di sini. Pertubuhan Aqsa yang merupakan penjaga makam Islam di Jerusalam yang dijajah membantah projek Amerika-Israel dalam menukar perkuburan Islam kepada Muzium Toleransi.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.