Hamas kecam penahanan sistematik Israel

Jumaat, 27-01-2012 – Pergerakan Hamas Selasa lalu mengecam keras kempen sistematik penculikan dan penahanan yang digunakan oleh Israel terhadap ahli parlimen Palestin.

Dalam siaran akhbar lalu, Hamas berkata kempen ini bertujuan untuk mengekang tanggungjawab mereka sebagai pergerakan kebangsaan yang dipilih dan menjejaskan peluang untuk mencapai perdamaian Palestin serta mengaktifkan semula peranan majlis perundangan Palestin.

Sambil menambah penjajahan Israel tidak akan mendapat apa-apa daripada rancangan yang berniat jahat itu bahkan lebih banyak mendapat kekecewaan dan kegagalan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz