Fanatik Yahudi musnahkan perkuburan Islam

Jumaat, 27-01-2012 – Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (AFEH) telah menuduh para fanatik Yahudi atas kesalahan memusnahkan batu-batu tanda kuburan di perkuburan Islam di Bisan.

AFEH berkata di dalam kenyataannya pada Rabu bahawa ia melawat perkuburan itu sepanjang tahun dan menyembur bahan kimia untuk menghilangkan lalang, dan menemui kemusnahan tersebut pada Selasa.

AFEH turut memberitahu bahawa ia menyelenggara perkuburan itu dalam program tahunan memelihara kawasan-kawasan keagamaan dan membina semula banyak kubur sejak beberapa tahun lepas yang menjadi sasaran serangan seumpamanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati